The King Romance: 54

8K 652 101
                                    

Alara mengemaskan ikatan rambutnya. Dia baru selesai merapikan diri kerana pagi ini dia akan pergi ke hospital untuk melawat Raja Bariyah. Bukan main gembira lagi dia apabila mengetahui Raja Bariyah telah sedar dari koma.

"Abang..." Alara mengerling pada Raja Adriel yang duduk di sofa. "Abang... oh abang..."

Raja Adriel tersedar apabila namanya dipanggil berkali-kali. Jauh betul dia mengelamun. Semua gara-gara kejadian semalam yang menyebabkan kepalanya sedikit serabut.

"Aaaa... ya sayang?" Raja Adriel terpinga-pinga.

"Abang okay ke? Kenapa Lara tengok abang macam jauh termenung?" Soal Alara sambil menepek loose powder pada wajahnya.

Raja Adriel bangun dari duduk. Tubuh ramping Alara dipeluk dari belakang. Bau wangian Coco Chanel yang dipakai Alara menenangkan jiwanya yang bergelora.

"Abang okay aje... cuma abang rasa abang pulak tak sihat ni." Beritahu Raja Adriel yang sudah menongkatkan dagu di bahu Alara.

Alara terus meletakkan loose powder di meja solek. Tubuhnya dipusing menghadap Raja Adriel. Tangan laju ditekap pada dahi dan leher suaminya.

"Abang demam ke? Atau ada sakit mana-mana?" Alara beriak risau.

"Ya sayang... I feel lovesick... lovesick because of you." Perlahan Raja Adriel menutur sambil membelai wajah Alara yang disolek ringkas namun tetap terlihat cantik di matanya.

"Abang ni. Mengadalah... saja nak bagi Lara risau kan." Jeling Alara manja.

"Sayang tak perlu risaukan abang. Sayang cuma perlu risaukan diri sayang aje. Abang boleh jaga diri abang... dan abang boleh jaga sayang jugak. Kalau boleh... abang tak nak isteri abang sakit. Biarlah sakit sayang tu pindah pada abang. Yang penting isteri abang ni sihat selalu."

"Abang... kenapa sweet sangat ni?" Alara seperti biasalah sudah tersentuh. "Kalau macam tu... Lara takkan jatuh sakit supaya suami kesayangan Lara ni takkan sakit. Biar suami Lara ni sentiasa sihat dan gagah perkasa."

"Aduh sayang..." Raja Adriel tiba-tiba longlai.

"Abang kenapa?" Alara memaut kedua-dua lengan Raja Adriel.

"Abang cair... cair sebab isteri abang ni lagi sweet." Raja Adriel tersenyum nakal.

"Eeeii abang ni. Suka lah usik Lara." Alara beriak geram. Sempat perut Raja Adriel dicubit perlahan.

"Mestilah. Teasing you is my favorite part, sayang..." Raja Adriel melabuhkan kucupan pada bibir mungil Alara. "Sayang dah siap ke?"

"Dah abang... abang dah siap ke?"

"Dah jugak. Jom kita gerak sekarang..."

Raja Adriel merangkul pinggang Alara dan mereka sama-sama turun ke bawah. Raja Adriel memandu menuju ke hospital. Kereta diberhentikan betul-betul di lobi hospital.

"Eh abang, kenapa tak parking terus?" Alara kehairanan.

Raja Adriel meletakkan tangan di belakang kerusi Alara.

"Abang drop off sayang dulu. Abang perlu pergi somewhere kejap. Ada urusan perlu diselesaikan. Sorry, love. Nanti abang datang pada sayang, ya?"

"Hmmm... okay abang. Takpe... Lagipun Fariha ada tu... abang selesaikan dulu urusan abang ya?" Alara ternampak kelibat Fariha yang turut turun dari kereta Raja Haziq. "Abang hati-hati okay. Drive safe, husband. Lara love you..."

"Abang love you too, sayang."

Alara tunduk menyalami tangan suaminya. Raja Adriel terus menarik wajah Alara untuk mencium dahi isterinya. Malah, pipi dan bibir Alara juga turut dicium olehnya. Dia ingin cium Alara puas-puas sebagai bekalan berpisah dengan isterinya untuk beberapa jam.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now