The King Romance: 29

12.1K 644 115
                                    

Selesai meletakkan luggage di bilik, semua dibawa untuk ke meja santapan. Mereka akan dihidangkan dengan makan tengah hari terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti seterusnya.

Alara cepat-cepat menarik tangan Raja Adriel untuk mendahului langkah keluarga. Ada perkara penting yang ingin dia bincangkan bersama Raja Adriel.

"Ariel... macam mana ni?" Alara bertanya.

Raja Adriel yang faham maksud soalan isterinya itu hanya meraut rambut ke belakang tanda dia juga sedang dilanda kebuntuan.

"You kena do something. Mana boleh kita tidur sama-sama macam tu..." Sambung Alara apabila melihat Raja Adriel diam.

Raja Adriel sudah ligat berfikir sedari tadi. Tapi, dia tidak menemui sebarang jalan keluar memandangkan mereka dalam percutian keluarga. Semua sudah diurus dan diatur oleh neneknya.

"Ariel... kenapa diam? You dengar tak apa I cakap ni?" Alara menggoncangkan lengan Raja Adriel.

Raja Adriel tersedar. Dia memandang Alara yang sedikit rendah darinya.

"Dengarlah. Aku tak pekak lagi." Jawab Raja Adriel mendatar.

Alara mencebik dengan respon Raja Adriel.

"Haaa... cepatlah... tukar bilik kita." Gesa Alara.

"Yang kau kalut sangat dah kenapa?" Raja Adriel menyoal. Dia tidak suka didesak.

"Haa? Kalut? Mestilah I kalut! You gila ke untuk kita tidur sekatil?!" Tinggi suara Alara.

"Aku tak gila lagi... kalau aku gila sekalipun... aku takkan tidurlah dengan kau." Keras Raja Adriel membalas.

"Dah tu... jangan cakap aje... buatlah sekarang." Marah Alara.

"Kau nak suruh aku buat apa lagi? Kau tak dengar ke apa yang Ayahanda bagitau tadi?"

"Dengarlah... I tak pekak jugak lagi." Alara menjeling. "Tapi... takkanlah you tak boleh bangkang? Bukan you cakap you ada kuasa ke?"

"Kuasa kepala hotak kau. Kau nak suruh aku lawan kuasa keluarga aku sendiri ke?"

"Ya... kalau itu yang terpaksa. You jugak kan yang keluarkan peraturan untuk kita tidak tidur sekatil. So, you kenalah patuh. Takkan you nak langgar peraturan sendiri. Come on... jangan buat-buat lupa."

Raja Adriel mengetap gigi geram mendengar sindiran Alara. Dia sendiri terikat antara peraturan-peraturan yang dibuat oleh mereka dan rasa hormat untuk mengetepikan keluarga.

"Kau tak payah nak ingatkan aku lah! Aku tahulah apa yang patut aku buat."

"Haaa buatlah sekarang! Jangan senyap macam ni." Ejek Alara.

"Aku tengah fikirlah ni... boleh tak kau jangan membebel. Semaklah kepala aku ni." Rengus Raja Adriel.

"Mana I tak bebelnya kalau you ni lambat bertindak... patutnya dari awal you dah booking bilik kita dengan dua katil tau. Tapi sekarang... tengok apa jadi... eeeiii takkanlah kita nak tidur sekali..."

"Kau jangan nak salahkan aku pulak eh. Dah kalau kau nak sangat bilik dua katil, haaa kau pergilah uruskan sendiri."

"Eh kenapa pulak I? You lah uruskan... I kan dah bagi idea tadi."

"Kau tu yang lambat bagi idea... so semua ni salah kau. Kalau kau cakap benda ni dari semalam, bolehlah aku uruskan cepat-cepat." Raja Adriel tak nak kalah.

"What?! I pulak dipersalahkan?"

"Yela... dah tu siapa lagi? Kau aje kan yang terpaling tak rela sekarang ni..." Sinis Raja Adriel berkata.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now