The King Romance: 16

10.6K 539 89
                                    

Raja Adriel yang sedang lena tidur sedikit terganggu apabila mendengar suara seseorang menjerit kuat memanggil namanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raja Adriel yang sedang lena tidur sedikit terganggu apabila mendengar suara seseorang menjerit kuat memanggil namanya. Ditambah pula bahunya yang ditampar perlahan berkali-kali.

"Ariel... bangun... bangun." Raja Bariyah mengejutkan Raja Adriel.

Raja Adriel menggeliat sedikit. Selimut ditolak jatuh ke bawah.

"Ada apa, Nenda?" Tanya Raja Adriel dengan suara serak.

"Bangunlah... dah pagi ni... cepat. Kita ada banyak benda nak settlekan hari ni." Ujar Raja Bariyah.

"Settlekan apa, Nenda? Ariel mengantuk ni... nanti-nantilah settlekan benda tu." Raja Adriel cuba menyambung lenanya kembali.

Mana tak nya, dia tidur selepas Subuh tadi. Semua gara-gara memikirkan tentang rancangan jodoh yang tidak masuk akal itu. Tidak memasal dia insomnia tidak lena tidur.

"Eh mana boleh. Kena settlekan hari ni jugak. Cepat bangun..." Arah Raja Bariyah lagi.

"Alaaa Nenda... bagi Ariel tidur sikit lagi please. I'm so sleepy right now." Mohon Raja Adriel.

"Nenda bagi kamu setengah jam untuk bersiap. Nenda tunggu dekat bawah." Raja Bariyah keluar dari bilik yang dikhususkan untuk cucunya itu.

Raja Adriel meraut rambutnya berkali-kali. Dia baru hendak lena dah kena kacau. Aduh, tidak semena-mena cutinya diganggu. Patut waktu-waktu sekarang, dia masih me time. Ini jarum jam baru menunjukkan pukul 7:15 minit pagi, dia dah kena bangun. Spoil betul.

Tapi, Raja Adriel bangkit juga dari baring. Siapa dia untuk melawan arahan Raja Bariyah. Sebagai cucu yang taat, dia menurut sahaja. Dia perlu bersiap dalam tempoh masa setengah jam. Entah urusan apalah yang ingin diselesaikan oleh neneknya itu.

Sementara itu, Alara menyelak selimut yang menutup sedikit wajahnya. Rambut yang kusut ditolak ke belakang telinga. Dia menguap luas. Rasa mengantuk masih bersisa.

Alara meraba-raba tangannya ke meja sisi. Dia mencapai botol air untuk membasahkan tekak. Memang rutin dia setiap pagi untuk minum air masak. Alara melihat botolnya yang telah kehabisan air. Lah, dia lupa nak refill ke semalam?

Alara bangun dari baring. Matanya dikerling pada jam digital yang sudah menunjukkan pukul 8:45 minit pagi. Fuh, lambat betul dia bangun. Selalu waktu-waktu seperti ini, dia sudah sibuk dengan aktiviti harian.

Mana taknya, semalam Alara bersekang mata untuk beribadah kepada Yang Maha Esa bagi meminta petunjuk di atas perkahwinannya nanti. Mohon dia, andai Raja Adriel adalah jodoh terbaik untuknya, maka permudahkan hatinya untuk menerima dengan hati yang terbuka walaupun sekarang hatinya masih berat dengan keputusan ini.

Alara turun dari katil dengan membawa botol comelnya yang bercorak pelangi untuk ke dapur. Dengan masih mamai, Alara berjalan perlahan keluar dari bilik dan menuruni anak tangga.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now