The King Romance: 31

14K 720 158
                                    

Alara mencelikkan mata apabila telinganya menangkap bunyi suara orang sedang bercakap. Terpisat-pisat Alara menggosok matanya dan cuba untuk sedar dari mamai. Alara mengangkat sedikit kepala untuk melihat keadaan di bilik itu.

Serta-merta Alara bagaikan teringat bahawa dia sedang dalam percutian keluarga. Dilihat Raja Bariyah dan Raja Puan Sri Azimah sedang berbual sambil bersiap di depan meja solek. Alara mengalihkan pandangan pada Raja Adriel di sisinya pula. Terbatuk-batuk Alara apabila menyedari dirinya erat memeluk dada Raja Adriel.

Alara terus mencapai botol minuman di sebelah tilam. Diteguk rakus untuk menghilangkan rasa terkejutnya. Dalam masa yang sama, tangannya mencapai Iphone di sebelah bantal. Dia cuba melihat alarm yang disetkan semalam. Takkanlah dia tidak dengar? Atau alarm tidak berfungsi?

"Eh Lara... kamu dah bangun?" Tegur Raja Bariyah.

Alara tersentak. Dia segera mengukir senyuman manis.

"Dah, Nenda..." Jawab Alara sopan.

"Kamu dapat tidur dengan lena tak semalam?" Tanya Raja Bariyah.

"Lena sangat, Nenda..." Alara buat-buat menggeliatkan badannya dengan membawa kedua-dua tangan ke belakang dan mendabik dada.

Kejap, Alara rasa ada sesuatu yang menonjol dari tubuhnya. Segera Alara menjatuhkan pandangan pada bahagian dada. Membulat matanya apabila melihat keadaan dirinya yang tidak berbaju dalam. Laju tangan Alara menutup dadanya. Malah selimut juga ditarik sebagai pengganti untuk melindungi keadaan tubuhnya yang tidak senonoh itu.

Disebabkan tarikan kuat dari Alara, Raja Adriel tersedar dari tidur. Dia menggerakkan sedikit badannya untuk menghilangkan lenguh menggalas kepala Alara semalaman.

"Morning sayang..." Suara serak Raja Adriel menyapa isterinya.

Alara menoleh pada Raja Adriel yang sedang tersenyum padanya. Tidak pasti senyuman itu ikhlas atau hanya sekadar mengejek. 

Raja Adriel bangun dari baring. Pipi Alara dicium lembut.

"A morning kiss dari abang untuk sayang..."

 Terkedu Alara apabila Raja Adriel memberikan dia ciuman pula pagi-pagi ini.

"Mana kiss untuk abang, sayang?" Raja Adriel buat-buat bertanya.

Alara membulatkan mata. Raja Adriel ini terlalu menghayati watak ke sampai perlu nak meminta-minta begini?

"Cepatlah sayang... tak lengkap hari abang tanpa ciuman dari sayang." Raja Adriel menghalakan pipi.

Raja Bariyah dan Raja Puan Sri Azimah sudah saling tersenyum. Sejuk mata mereka melihat tingkah suami isteri itu romantis walaupun baru bangun dari tidur.

Alara menarik nafas panjang sebelum dia mendekatkan wajahnya pada Raja Adriel. Memang dia tidak dapat menolak dengan keadaan tersepit ini. Lambat-lambat, dia mencium juga pipi Raja Adriel itu.

'Chuuuppp.'

Alara terus menjarakkan wajahnya kembali. Geram dia apabila Raja Adriel sedang menayangkan sengihan. Seronok lah tu dapat mempermainkan orang?

"Aik, sebelah aje ke? Bukan selalu sayang cium satu muka abang ke?" Raja Adriel sengaja menyoal.

"Eeeiii abang ni. Mengada pulak..." Alara menjeling tajam. Dia cuba menyabarkan hati dengan usikan Raja Adriel tika ini.

"Mana ada abang mengada... memang itu rutin sayang setiap kali bangun dari tidur kan?"

"Errr... mm- mm- memanglah tapi bukanlah dekat sini. Abang ni agak-agaklah sikit kalau nak memintak pun."

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now