The King Romance: 34

14.4K 814 192
                                    

Alara membilas wajahnya dengan air berkali-kali. Tidak sanggup untuk dia menatap wajahnya pada cermin besar di bilik air kerana perasaan malu yang teramat. Dia kebocoran di atas katil sebaik dikejutkan oleh Raja Adriel tadi.

Dan, Raja Adriel meminta dia untuk membersihkan diri dulu sementara Raja Adriel mencuci kesan darah di atas cadar putih. Bukan sedikit tapi banyak juga. Hmm, dia lupa untuk bangun dan menukar pad sewaktu tidur semalam. Tidak memasal Raja Adriel melihat darah kotornya. Ah, malu betul!

Alara mandi dan keluar dari bilik air dengan keadaan berkemban. Dilihat Raja Adriel sedang mengemaskan cadar baru di hujung katil. Manakala, cadar yang kotor diletakkan di bawal katil.

Alara terus meluru ke arah luggagenya. Raja Adriel telah memindahkan luggage-luggage mereka untuk ke bilik ini. Laju sahaja Alara mencari pakaian yang ingin dipakai untuk hari ini. Alara memilih cotton floral dress warna biru lembut. Alara buat-buat sibuk merapikan diri untuk tidak memandang Raja Adriel.

Raja Adriel pula menghilangkan diri ke bilik air. Dia juga perlu bersiap memandangkan ada aktiviti bersama keluarga yang perlu dihadiri sekejap nanti. Lima belas minit mandi, Raja Adriel keluar dan menghampiri meja solek di mana Alara sedang menyolek wajahnya.

"Tepi sikit..." Raja Adriel menolak tubuh Alara.

Alara merengus apabila Raja Adriel menganggunya. Nasib tidak comot matanya apabila Raja Adriel menolak dia ketika dia sedang melukis eyeliner.

"Ariel... you ni kan..." Alara meninggi suara. "Tak nampak ke I tengah guna meja solek ni?"

Raja Adriel tidak mengendahkan amarah Alara. Dia mencapai botol body spray lalu kuat dia menyembur ke tubuhnya yang hanya bertuala.

Alara terbatuk-batuk menghidu bau kuat body spray jenama Tom Ford itu. Raja Adriel ini spray memang tak pandang kiri dan kanan langsung. Dan, sengaja pula Raja Adriel spray dengan menayang tubuh sasa. Dah macam tengah buat iklan body spray dah gayanya.

"Huhhh..." Alara membawa diri ke sofa.

Terpaksa Alara menarik cermin kecil dari makeup pouch. Dia mengalah dan membiarkan Raja Adriel yang conquer meja solek. Alara menyambung solekannya yang terhenti tadi tapi entah kenapa, dia tidak boleh fokus apabila matanya sesekali memandang pada tubuh Raja Adriel yang sedang memakai gel rambut.

Alara menelan liur. Tergoda betul dia melihat Raja Adriel saat ini. Andailah dia dapat memiliki tubuh Raja Adriel itu, pasti dia tidak akan melepaskan Raja Adriel dari pelukannya.

'Alara... apa kau mengarut ni...'

Alara pantas menggelengkan kepala. Dia bagaikan tersedar dia sudah jauh berangan. Ah, ini pasti punca dia sedang period. Itu yang hormon dia gatal semacam aje.

"Apa yang kau gelengkan tu, Lara?" Raja Adriel menyoal sambil tubuhnya menyarung cotton short sleeve warna biru lembut juga yang dipadankan dengan flat pant warna putih. Eh, sedondon dia dengan Alara pagi ini.

Alara mengangkat muka pada Raja Adriel.

"Haaa? Errr takde pape..." Jawab Alara laju. Habislah kalau Raja Adriel tahu apa yang dia fikirkan tadi. Memang boleh ditertawakan oleh Raja Adriel lagi.

"Yeke? Atau kau cuba menafikan kekacakan aku ni?"

Alara menayangkan riak menyampah. Mulalah tu Raja Adriel ingin mengangkat bakul sendiri walaupun dia tolong angkat sekali. Suaminya memang handsome pun.

"Bapak perasan you ni... semalam you mimpi apa eh sampaikan you yakin sangat puji diri sendiri?"

"Mimpikan kau lah... itu yang sampai basah katil. Terpaksa aku tukar cadar." Selamba Raja Adriel berkata.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now