The King Romance: 21

13K 605 157
                                    




Alara selesai menunaikan solat Subuh. Dia duduk bersimpuh sekejap di atas tikar sejadah untuk menenangkan dirinya. Bibir kecilnya membaca beberapa zikir dan selawat. Kemudian, Alara menadah tangan memohon doa pada Yang Maha Esa.

"Ya Allah, jika ini yang dikehendaki oleh-Mu, maka permudahkanlah diri aku. Aku redha bahawa perancangan-Mu adalah sebaik-baik perancangan untukku. Bukalah pintu hatiku untuk yakin dan terima semuanya dengan hati yang terbuka. Aku serahkan semuanya pada-Mu. Amin Ya Rabb..."

Sebaik Alara mengaminkan doa, pintu biliknya ditolak dari luar. Wajah Datin Rosila muncul dan menghampiri anak perempuannya. Sejuk hati dia melihat Alara dalam keadaan bertelekung. Alara memang anak solehah.

"Lara sayang..."

"Ya mummy..."

Datin Rosila duduk di sebelah Alara. Tangannya mengelus wajah mulus Alara. Dia tiba-tiba dihimpit sebak kerana satu-satu anak perempuannya bakal dinikahkan sekejap sahaja lagi. Anak yang dijaga sejak dari kecil, akhirnya bertemu jodoh jua.

"Mummy tak sangka anak mummy dah nak jadi isteri orang dah nanti. Mummy harap kamu takde simpan apa-apa dalam hati dengan keputusan mummy dan daddy untuk satukan kamu dan Ariel. Apa yang kami buat hanyalah untuk tengok kamu bahagia. Mummy dan daddy sayangkan kamu..."

Alara pula pilu melihat Datin Rosila yang sedikit sedih itu.

"Mummy... Lara tak simpan apa-apa pun dalam hati ni. Lara tahu, mummy dan daddy mahukan yang terbaik untuk Lara..." Alara menyekat air mata mummynya. "Cuma... satu aje... Lara mintak restu dan doa dari mummy... doakan Lara bahagia ya. Doakan agar perkahwinan ni bahagia untuk Lara..."

Alara pula yang menangis. Yela, dia sendiri pun tidak pasti bagaimana nasibnya nanti. Perkahwinan yang tidak dipinta akhirnya bakal tiba juga dalam beberapa jam lagi. Dia takut dan bimbang andai perkahwinan ini hanya membuat hidupnya musnah.

"Mummy akan selalu doakan kamu, sayang. Selagi mummy hidup, doa mummy takkan putus untuk kamu. Insyaallah sayang, kamu akan bahagia... anak mummy akan bahagia." Datin Rosila menarik tubuh Alara ke dalam pelukan.

Alara melepaskan hiba di bahu Datin Rosila. Terasa belakang badannya digosok lembut oleh Datin Rosila.

"Dah... jangan nangis. Kamu nak kahwin dah kejap lagi." Datin Rosila meleraikan pelukan. "Kamu boleh bersiap dah ni... nanti lambat pulak."

Alara hanya mengukir senyuman. Kepala seraya diangguk. Dia menarik telekung dari tubuhnya. Dia sudah siap mandi. Jadi, dia memang boleh terus untuk bersolek dan mengenakan busana pernikahannya.

Dan, tidak lama kemudian, beberapa orang makeup artist dan wedding stylist masuk ke bilik. Alara terus dirias cantik dengan solekan sweet look dan dipakaikan baju nikah ala-ala kebarung dengan full lace putih. Sangat sesuai dengan Alara yang bertubuh ramping dan tinggi lampai.

Alara pula telah meminta agar dirinya dipakaikan tudung sempena majlis akad nikah. Dia ingin tampil sopan dan menutup aurat di majlis suci itu. Mereka bertungkus lumus membetulkan drip tudung agar kelihatan sempurna pada kepala dan dada Alara. Veil labuh kemudian dilekatkan pada kepala Alara.

Akhir sekali, Alara mengenakan pointed heels yang ditaburi diamond dari jenama Dolce & Gabbana. Lengkap gayanya sebagai pengantin dari atas dan bawah. Alara memberi kerjasama kepada photographer yang turut serta di bilik itu untuk mengambil beberapa keping gambarnya yang siap di touch up.

Sementara di rumah agam pula, Raja Adriel di siapkan oleh groom makeup and hairdo stylist. Wajahnya turut dirias agar tampil lebih fresh dan berseri. Rambutnya disikat kemas dengan gel. Terserlah kekacakannya yang memang sudah kacak. Rata-rata jururias terpukau melihat dirinya.

The King Romance (HIATUS)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें