The King Romance: 32

13K 730 125
                                    

Sebelah petang pula, Alara mengikut Raja Adriel dan keluarga untuk menyantuni rakyat yang bercuti di resort mereka. Alara sedikit kekok memandangkan ini pertama kali dia berjumpa rakyat secara rasmi sebagai isteri kepada Raja Adriel.

Nasiblah Alara sudah biasa melayani peminat, jadi dia boleh menyelesakan diri dengan cepat dalam keadaan ini. Baginya, tiada jurang perbezaan yang besar pun. Cuma sekarang, dirinya lebih disanjung tinggi dan Alara sedikit segan dan merasakan dia belum layak untuk menerima layanan seperti itu.

Manakala, Raja Adriel sudah sakit rahang menayangkan senyuman sedari tadi. Dia akhirnya membuat kemunculan kedua untuk bertemu mata dengan rakyat. Walaupun, dia tidak berapa gemar tapi dia perlu juga untuk menunjukkan muka. Sampai bila dia hendak mengelak kan?

"Abang..." Panggil Alara perlahan apabila mereka tengah minum petang.

"Ya sayang..." Raja Adriel memandang isterinya di sebelah.

"Malam nanti ada aktiviti apa-apa lagi ke?" Alara ingin tahu. Yela, dia tidak mengetahui jadual akitiviti mereka di sini.

"Hmmm, rasanya takde... kenapa sayang?"

"Oh saja tanya..."

Alara meneruskan suapan kuih ke mulutnya. Sesekali, dia menggerak-gerakkan badannya ke kiri dan kanan. Entah kenapa, sedari tadi dia merasakan tidak selesa pada pinggangnya seperti lenguh yang teramat.

"Sayang... sayang kenapa?" Raja Adriel pelik melihat Alara yang seperti tidak senang duduk.

"Errr takde pape..." Alara cuba membetulkan duduknya.

"Jangan tipu abang... I saw you feeling uncomfy just now. Kenapa sayang? Come, bagitau abang." Raja Adriel meraih wajah Alara supaya memandang padanya.

"It just nothing, abang... Lara cuma rasa lenguh dekat pinggang aje. Maybe effect jungle trekking tadi kot." Balas Alara.

"Really? Lenguh sangat ke? Sayang nak balik chalet tak?" Prihatin Raja Adriel bertanya.

"No, thanks. Lara okay aje ni. Tak lah lenguh sangat. I still can bare with this." Jawab Alara. Mana mungkin dia ingin meninggalkan meja memandangkan ahli keluarga masih menyantuni rakyat yang turut dijemput untuk makan bersama.

"Sini... come closer tu abang..."

Raja Adriel menarik sedikit lengan Alara supaya rapat di sebelahnya. Tangan Raja Adriel kemudian melingkar di belakang pinggang Alara. Dengan perlahan-lahan, dia mengurut lembut pinggang Alara.

"Is that okay with you, sayang? Ke urutan abang buat sayang lagi tak selesa?"

Alara menegapkan tubuh. Drastik betul perbuatan Raja Adriel ke atas dirinya sekarang. Terus ketar tangan Alara yang sedang memegang kuih. Nasib kuih tidak terlepas jatuh dari tangannya.

"Errr just nice... tapi tak apalah abang. Tak perlu pun susah-susah urut Lara. Bukannya Lara..."

Tidak sempat Alara ingin menghabiskan ayat, Raja Adriel menolak tangannya untuk meneruskan suapan.

"Ssyyhh, sayang makan aje. Let my hand do the job..." Bisik Raja Adriel perlahan.

Alara tidak membalas. Dia cuba bertenang dengan menghabiskan kuih di tangannya. Terasa sungguh payah untuk dia menelan. Malah, dia turut makan hidangan-hidangan lain untuk dia menghilangkan rasa debar yang menyinggah. Mahu aje dia larikan diri sekarang. Bukan sebab lenguh di pinggang, tapi sebab tidak sanggup untuk menerima sentuhan dari Raja Adriel.

Tapi, urutan Raja Adriel di pinggangnya melegakan rasa lenguh yang melanda dirinya sekejap tadi. Alara melihat Raja Adriel rancak berborak bersama ahli keluarga dengan tangan masih lincah mengurut pinggangnya. Ah, kenapa Raja Adriel terlihat sungguh gentleman? Ada sahaja perbuatan dari Raja Adriel yang membuat hatinya cair. Ala, janganlah! Dia tidak boleh terjatuh dalam lakonan ini. Nanti dia juga yang merana.

The King Romance (HIATUS)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang