The King Romance: 23

11.2K 618 118
                                    

Selesai bermain golf, Alara dan Raja Adriel pulang ke rumah agam. Bukan main teruja lagi Alara apabila melihat keluarganya datang. Mereka menerima jemputan dari Raja Bariyah untuk makan malam di rumah ini.

"Mummy! Daddy!" Alara berlari sebaik tiba di ruang tamu mewah rumah itu.

Alara memeluk erat Datin Rosila dan Dato Safwan.

"Rindunya dekat mummy dan daddy." Ucap Alara sebak.

"Ish kamu ni... baru sehari berpisah dah rindu bagai." Balas Datin Rosila.

"Tah kamu ni... dah kahwin pun manja lagi." Dato Safwan mengusik.

Semua yang melihat adegan anak beranak itu ketawa besar.

"Maksu..." Aiman, anak kepada Amsyar menarik hujung lengan baju Alara.

"Yes my boy?" Alara menoleh.

"Tadi kan... Aiman ada nampak playground dekat depan sana tu... boleh tak Maksu bawak Aiman pergi sana?" Pinta Aiman.

Alara berfikir sejenak. Dia melihat smartwatch di tangan. Hmm baru pukul 6:20 minit petang. Sempat lagi ni kalau nak bawa anak buahnya bermain di taman permainan.

"Boleh... jom..." Alara meraih tangan kecil Aiman.

"Yeayyyy, terbaiklah Maksu ni." Aiman bersorak.

"Along... Kak Long... Lara mintak izin bawak Aiman pergi main kejap ya?" Alara memandang Amsyar dan Adawiyah.

"Boleh... pergilah. Tapi jangan melencong ke lain pulak tau." Pesan Amsyar.

Alara seraya mengangguk. Dia juga sudah teruja untuk bermain dengan Aiman memandangkan sudah beberapa hari dia tidak sempat melayan Aiman kerana sibuk dengan hal perkahwinan.

Alara yang ingin bergerak keluar menghentikan langkah sekejap. Dia memandang Raja Adriel yang sedang duduk di sofa tidak jauh darinya. Alara bagaikan sedang berfikir sehinggalah dia membuat keputusan untuk mendekati Raja Adriel.

"Errr... abang..."

"Hmmm ya sayang?"

Alara cuba untuk mengawal riak malunya apabila seluruh ahli keluarganya dan keluarga mertua memandang ke arah mereka.

"Errr... I... nak keluar kejap ni. Boleh tak?" Perlahan Alara bertanya.

"Lara..." Datin Rosila mencelah. "Apa kamu bahasakan diri macam tu?"

Alara termangu apabila ditegur.

"Haaa? Kenapa mummy? Ada yang salah ke?"

"Takde salah tapi telinga mummy ni tak sedaplah dengar kamu bahasakan diri macam tu." Beritahu Datin Rosila.

Alara malu sekejap. Aduh, pagi tadi dah kena tegur dengan Raja Bariyah. Sekarang kena tegur dengan Datin Rosila pula. Memang penting sangat ke bahasa panggilan ni? Bersyukur tau dia tidak guna bahasa rempit 'wa' dan 'lu' bersama Raja Adriel. Agaknya boleh rosak terus gegendang telinga wanita-wanita itu bila dengar.

Raja Adriel yang mendengar itu hanya tersenyum.

"It's okay mummy. Riel tak kisah pun. As long as isteri Riel selesa nak bahasakan diri dia macam mana." Raja Adriel bersuara.

"Kamu ni jangan manjakan sangat isteri kamu ni, Riel. Tegur-tegur sikit apa yang patut." Datin Rosila berkata.

"Inshaallah mummy tapi so far, anak mummy ni dah jadi isteri yang cukup baik." Jawab Raja Adriel lagi. 

Raja Adriel mengelus belakang pinggang Alara yang berdiri di sisinya. Alara pula diam tidak berkutik. Dia tahu Raja Adriel sedang berlakon. Biarlah Raja Adriel menunjukkan bakat terpendam sebagai watak utama. Dia sekadar watak sampingan.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now