The King Romance: 40

15.3K 769 205
                                    




Alara menarik tangan Fariha untuk ke biliknya. Terkocoh-kocoh Fariha mengikut langkah laju rakannya itu sehingga sedikit semput. Dah lah rumah ini besar bak istana.

"Weh, kau buat apa datang sini?" Soal Alara sebaik pintu bilik ditutup.

Fariha mengingati kembali tujuan sebenar dia datang ke kediaman Raja Adriel dan Alara. Dia hampir terlupa kerana disajikan dengan adegan luar jangkauan tadi.

"Oh ni... aku datang nak hantarkan kau punya skrip." Hulur Fariha. Skrip ini penting untuk Alara berlatih sepanjang seminggu bercuti bagi sesi penggambaran minggu depan.

Alara menyambut huluran itu. Dia juga langsung tidak mempedulikan skrip cinta ini. Maklumlah, dirinya sendiri bagaikan sibuk bercinta. Eh?

"Weh Lara... sini lah." Fariha menarik Alara untuk duduk di atas katil. Banyak soalan yang ingin ditanya saat ini.

Alara memandang Fariha yang teruja. Dia sudah tahu apa yang bakal ditembak rakannya nanti. Dan, dia juga sudah bersedia dengan jawapan. Mana boleh lari dah, rakannya sudah melihat dengan mata sendiri. Ini selagi dia tidak menjawab dan mengaku dengan mulut sendiri, selagi itulah dia akan ditanya.

"So, apa cerita ni? Kau dan suami kau dah saling jatuh cinta ke?" Lancar Fariha bertanya.

Alara diam sejenak. Cuba menyusun kata.

"Ya... kami saling jatuh cinta..." Belum sempat Alara menghabiskan ayat, dia melihat Fariha tiba-tiba bangun dari katil.

Alara tercengang apabila Fariha sedang bersujud lama pada karpet di lantai. Dah kenapa pula dengan Fariha ini?

"Kau pehal, Far? Dah macam tak betul aje..." Tegur Alara.

"Ssyyhh... diam... aku tengah sujud syukur ni." Balas Fariha.

Alara mengerutkan dahi. Kurang faham dengan tingkah Fariha.

"Dah kenapa kau nak sujud syukur pulak?"

"Sebab... kata-kata aku ni masin lagi sekali..."

Fariha bangun semula dan duduk di sebelah Alara. Dia memeluk Alara dengan erat.

"Wehhhh! Happynya aku untuk kau. Betul lah tekaan aku selama ni, kau jatuh cinta dengan suami kau. Dan... suami kau pun jatuh cinta pada kau jugak. Berkat doa aku siang malam mendoakan hubungan kau dan suami kau..."

"Perlu ke nak mention pasal doa tu? Tah-tah, takde pun kau nak doakan aku. Yang kau tahu, ajar aku bukan-bukan aje..." Jeling Alara.

"Oiii..." Fariha menyiku. "Aku ni nampak aje kawan yang nakal tau tapi... aku kawan yang baik. Mana kau nak dapat kawan yang sentiasa mendoakan kau haaa? Dah lah setiap apa yang keluar dari mulut aku ni betul... so, aku nak claim hadiah atas doa-doa aku selama ni..."

"Eeeiii kau ni... teruknya perangai. Berdoa sebab mengharapkan sesuatu rupanya..."

"Mestilah... dengan kau aje aku boleh mintak. Sebab... aku ni dah jadi peramal masa depan kau tau... setiap yang aku ramal, semua betul walaupun kau berpuluh kali menafikan."

"Berlagaknya kau... semua tu kebetulan aje pun... tapi... kalau betul kau boleh ramal masa depan... apa yang berlaku nanti antara aku dan suami aku?"

Alara sudah duduk bersila di atas katil. Dia pun tidak sabar ingin tahu memandangkan apa yang keluar dari mulut Fariha selalu benar belaka. Ceyyy, dia pun percaya juga.

"Hmmm... kejap... bagi aku ramal."

Fariha memandang Alara lama dan pandangannya jatuh pada seluruh tubuh Alara yang mengenakan blouse cotton putih bersama corak bunga halus.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now