The King Romance: 37

15.5K 921 295
                                    

Raja Adriel menghela nafas panjang. Dia menyandarkan badan ke sofa kulit. Fikirannya sedikit kusut. Sejak kejadian dia hampir terkantoi dengan Alara, dia langsung tidak pulang ke rumah. Raja Adriel memilih untuk bermalam di introport.

Yela, Raja Adriel perlu mengelakkan diri buat sementara waktu dari bertemu mata dengan Alara. Isterinya itu sudah menangkap gelang yang dipakai di tangannya. Hanya kerana seutas gelang, identitinya hampir terbongkar. Bahaya betul.

Raja Adriel menarik gelang dari pergelangan tangan. Dia menilik gelang itu lama. Tidak semena-mena bibirnya ketawa kecil. Haih, disebabkan amaran dari Alara, dia tidak menanggalkan gelang ini.

Raja Adriel menyarung kembali gelang itu. Hadiah pemberian dari Alara ini akan dijaga sebaik mungkin. Cuma dia perlu lebih berhati-hati nanti. Tidak mahu perbuatannya diketahui Alara.

Raja Adriel mencapai Iphone di meja. Skrin leper itu ditenung bagaikan ingin tembus. Dia telah menukarkan wallpaper kepada gambar Alara. Cantik wajah Alara yang tersenyum dengan lesung pipi terbentuk elok. Hasil gambar candid mereka berdua ketika di Sabah.

Tanpa sedar, Raja Adriel menyentuh skrin ibarat sedang membelai pipi Alara. Ah, dia terbawa-bawa dengan belaian yang sentiasa dia berikan pada Alara. Tangannya terlalu ingin membelai Alara tanpa henti. Entah apalah yang merasuk dirinya sehingga dia kemaruk pada Alara.

Raja Adriel mengeluh. Tidak semena-mena dia terpaksa berjauhan dengan Alara. Dan, masa belum cukup dua puluh empat jam dia berjauhan dari Alara, dia sudah rindukan Alara. Errr, seriuslah?

Raja Adriel juga tidak faham dengan dirinya. Dia rindu ingin mengusik Alara. Dia rindu ingin mendengar suara Alara walaupun suara merdu itu asyik marah-marah padanya. Dia juga rindu semua tentang Alara.

'Ah parah! Kenapa dengan aku ni?'

Raja Adriel mengurut pelipis. Dia sendiri berperang hebat dengan perasaan yang menerpa dalam sanubarinya sejak akhir-akhir ini.

"Tuan Ray..." Panggil orang bawahan.

Raja Adriel mengangkat kepala.

"Tuan Ray okay ke?"

"Aku okay. Tak payah risau. Korang buat aje kerja korang."

Orang-orang bawahan Raja Adriel saling berpandangan. Mereka sedikit hairan melihat Raja Adriel seperti banyak termenung. Sekejap-sekejap Raja Adriel tersenyum. Lepas itu, diganti dengan wajah serius pula. Tuan mereka ini baik-baik sahajakah?

"Baik Tuan Ray. Kalau Tuan Ray perlukan apa-apa, kami sedia membantu."

Raja Adriel mengangguk kecil. Dia melihat orang-orang bawahannya sudah menghilangkan diri di sebalik bilik-bilik dalam bangunan ini. Tangannya meraut rambut ke belakang berkali-kali. Ketara sangat ke keadaan dirinya sehingga disedari oleh orang-orang bawahan sendiri.

Tidak boleh jadi ini, dari terlalu banyak berfikir, baik dia menyibukkan diri. Raja Adriel bangun dari duduk. Dia menuju ke arah training room. Dia ingin melepaskan perasaan yang membelenggu dirinya saat ini.

Raja Haziq yang kebetulan baru tiba di introport terus mencari orang-orang bawahan. Dia telah mendapat panggilan dari mereka berkenaan Raja Adriel.

"Mana Tuan Ray korang?" Tanya Raja Haziq.

"Tuan Ray ada di belakang, Tuan Haz..." Tunjuk mereka.

Raja Haziq segera berlalu untuk berjumpa dengan Raja Adriel. Dia masuk ke bilik yang menempatkan segala peralatan training untuk pertahanan diri. Dilihat Raja Adriel sedang berboxing. Bukan main kuat dan padu tumbukan Raja Adriel pada punching bag.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now