The King Romance: 20

11.7K 615 110
                                    


Malam sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan, Alara menadah kedua-dua tangannya untuk di inaikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan, Alara menadah kedua-dua tangannya untuk di inaikan. Semua gara-gara idea Fariha yang mencadangkan kepada Datin Rosila supaya dia memakai dan mengukir inai di tangan. Kata Fariha, baru naik seri pengantin. Haa, memang naik seri lah sangat sehingga tangannya sudah merah dengan pekat inai itu.

Alara hanya memandang tangannya yang diukir dengan corak bunga. Dia memilih corak yang tidak terlalu padat. Cukuplah yang simple-simple sahaja. Lagipun, ini pertama kali dia memakai inai. Belum pernah dalam hidupnya mengorbankan tangannya yang putih melepak untuk berhias seperti ini.

Alara mengerling Fariha yang santai menyandar pada sofa. Mereka duduk di ruang tamu. Kediaman Alara sudah dipenuhi dengan sanak-saudara yang berkumpul malam ini. Semua tidak sabar untuk menyambut hari perkahwinan Alara esok.

Alara sendiri pula tidak merasai perasaan teruja. Dia rasa jiwanya kosong. Sekarang ini pun dia hanya berpura-pura seperti dialah bakal pengantin yang tidak betah menunggu hari esok tiba. Sangat berpura-pura ya.

Fariha yang lincah meng-scroll telefonnya tidak henti mengomel sendiri.

"Wow..."

"Omg! Sukanya! Sukanya!"

"Perggghhh! Ni mantap... I like..."

Alara memandang pada Fariha. Bukan main ralit Fariha dalam dunia dia sedari tadi. Entah apalah yang dibuat Fariha itu.

"Kau kenapa, Far? Apa yang kau tengok tu?" Tanya Alara ingin tahu.

Fariha terus mendekatkan badannya pada Alara. Yela, Alara kan tidak boleh bergerak memandangkan rakannya sedang berinai.

"Ni... aku tengah tengok ni." Fariha menunjukkan skrin telefonnnya pada Alara. "Artikel pasal berita perkahwinan kau dan Raja Adriel..."

Alara tekun melihat satu-satu tajuk artikel yang mula tersebar di kalangan warga net.

'Alara Sophia bakal berkahwin dengan kaum kerabat.'

'Selebriti terkenal tanah air akan melangsungkan majlis perkahwinan dalam masa terdekat.'

'Hangat! Putera mahkota, Raja Adriel Shah bercinta dengan Alara Sophia.'

'Raja Adriel Shah memilih selebriti, Alara Sophia sebagai suri hati.'

'Istana negara sah merasmikan berita perkahwinan Raja Adriel Shah dan Alara Sophia.'

'Puteri bongsu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengahwini anak raja.'

Dan macam-macam lagilah artikel tentang dirinya dan Raja Adriel itu. Dia memilih untuk tidak membacanya. Tapi, Fariha pula yang menunjukkan artikel itu semua padanya sekarang. Dia sudah sakit kepala memikirkan tentang kemungkinan penyebaran berita ini.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now