The King Romance: 48

14.6K 805 253
                                    


Alara melihat kad jemputan yang cantik berwarna keemasan di tangan. Dia baru sahaja menerima kad jemputan dari pihak istana yang datang ke kediamannya tadi. Kad itu adalah khas untuk dia dan Raja Adriel.

Alara termenung seketika apabila melihat butiran yang tertulis pada kad itu. Dia kurang gembira kerana ada sesuatu yang menganggu fikirannya tika ini.

"Sayang..."

Alara menoleh pada pintu utama apabila melihat Raja Adriel sudah pulang dari kerja. Oh ya! Hari ini Raja Adriel masuk ke pejabat sekejap memandangkan ada urusan pejabat yang tidak dapat dielakkan. Suaminya agak berat juga untuk meninggalkan dia keseorangan di rumah. Kata Raja Adriel, risau jika dia bersedih nanti. Tapi, Alara bijak membuang kerisauan suaminya dengan memberitahu dia sudah tidak sedih lagi.

"Eh, abang? Bila abang balik? Lara tak perasan pun." Alara bangun mendapatkan suaminya. Seperti biasa, tangan Raja Adriel disalami lembut.

"Baru aje... mana sayang nak perasan kalau sayang jauh termenung. Sampai mana sayang termenung tadi? Zimbabwe atau Somalia?" Canda Raja Adriel.

"Abang ni... menyempat eh..." Alara mencubit lengan Raja Adriel yang terdedah kerana lengan baju kemeja sudah disingsing ke siku. "Abang duduklah dulu. Lara ambilkan abang minuman."

Alara terus menghilangkan diri ke dapur. Raja Adriel bersandar di sofa. Briefcase diletakkan di sebelah. Dia melepaskan penat sementara menunggu Alara. Dan, tidak lama kemudian Alara muncul kembali bersama segelas jus oren di tangan.

"Nah, abang... minumlah." Hulur Alara.

Raja Adriel menyambut huluran itu. Laju dia meneguk jus oren sehingga halkumnya bergerak-gerak menarik minat Alara untuk memandang. Wah, telan liur Alara melihatnya. Dia pula yang terasa dahaga. Dahaga dengan belaian dan sentuhan Raja Adriel.

"Abang... Lara rindu abang." Alara memeluk Raja Adriel sebaik suaminya meletakkan gelas di meja kopi.

"Abang pun rindukan sayang... so macam mana sayang hari ni? Buat apa je dekat rumah waktu abang takde tadi?" Raja Adriel menarik Alara untuk turut bersandar di tubuhnya. Jarinya mengelus bahu Alara lembut.

"Lara takde buat pape pun. Lara kemas-kemas rumah aje..."

"Lah, sayang kemas apa? Kan abang suruh sayang rest aje dekat rumah. Tak perlulah kemas, nanti abang boleh suruh dayang-dayang datang kemas rumah ni. Kesian sayang nanti, penat aje..."

"Eh takpelah abang. Lara okay je... lagipun bukan penat mana pun nak kemas rumah kita ni. Sambil-sambil tu boleh Lara hilangkan stress."

Alara memang suka melakukan kerja-kerja rumah setiap kali dia dalam keadaan tertekan. Ia bagaikan terapi untuk Alara yang dipanggil therapeutic. Bolehlah dia melarikan fikiran dari terlalu memikirkan tentang masalah sekejap.

"Hmmm, yela. Tapi janji dengan abang untuk tak buat kerja-kerja berat okay?"

"Okay abang..." Alara mengangguk dengan senyuman. Kepalanya dilentokkan pada dada Raja Adriel. Bau badan Raja Adriel bagaikan memberi dia ketenangan. "Abang... your smell is so good."

"What smell, sayang?"

"Your perfume..." Alara suka betul dengan perfume Raja Adriel ini. Bau maskulin dan seksi.

"Oh... abang ingatkan bau peluh abang..."

"Eeeii abang ni. Pengotor. Buat apa Lara nak bau peluh abang pulak."

"Buat hilangkan stress sayanglah. Kan sayang cakap sayang stress..."

"Memang lah tapi takdelah Lara nak bau peluh abang... mengarut aje abang ni."

The King Romance (HIATUS)Onde histórias criam vida. Descubra agora