The King Romance: 43

14K 745 94
                                    

Alara menghirup hot chocolate di tangan sambil matanya tidak lekang memandang Raja Adriel yang sibuk sedang memilih dan melipat pakaian dari dalam almari. Entah apalah yang merasuk suaminya hingga rajin begini malam ini. Tak nampak penat langsung selepas aktiviti menunggang kuda mereka petang tadi.

"Abang..."

"Ya sayang..."

"Abang buat apa sebenarnya ni?"

Raja Adriel hanya tersengih sambil tangannya menarik pula luggage lalu diletakkan pakaian-pakaian Alara ke dalam luggage. Dia menyelesaikan keperluan Alara dulu sebelum mencapai luggage yang lain untuk keperluannya pula. Ikutkan, dia mahu berkongsi luggage bersama Alara, tetapi barang-barang Alara saja sudah hampir penuh luggage.

"Tengah kemas baju sayanglah."

"Ha? Kemas baju Lara? Untuk apa?" Alara blur.

"Lah, sayang tak tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Tahu kenapa abang kemas semua ni..."

Alara menggeleng.

"Abang ni, kalau Lara tahu, takdelah Lara tanya abang."

"Hmmm betul jugak. So, sayang nak tahu ke?"

Alara laju mengangguk. Mestilah dia ingin tahu.

"Nak! Nak! Nak!"

"Okay abang bagitau. Abang kemas ni untuk bawak sayang pergi somewhere..." Raja Adriel sengaja menghentikan bicara.

"Somewhere? Wah, kemana abang?" Alara sudah bernada teruja. Yela, Raja Adriel nak bawa dia bercuti, siapa yang tak suka kan? Boleh lah dia menghabiskan baki cuti yang bersisa.

"Ada dua tempat abang nak bawak sayang tapi, abang nak sayang pilih either one. Boleh?" Raja Adriel memandang Alara.

"Boleh abang... apa dia tempat-tempat tu?"

"Hmmm, sayang jangan terkejut tau."

"Baik abang..." Alara sabar menunggu walaupun dia sudah berangan Raja Adriel membawa dia mengelilingi satu Europe.

"Well, abang nak sayang pilih nak pergi Zimbabwe atau Somalia..."

Terbuntang mata Alara mendengarnya. Punah angan-angan dia yang mula berkembang tadi. Lain yang difikir, lain pula yang dijawab suaminya. Nak pergi ke South Africa rupanya. Tak guna punya Raja Adriel.

"Abang!!!" Alara meninggi suara. Kusyen kecil yang terletak di hujung sofa diambil dan dibaling kepada Raja Adriel. "Apa ni?! Main-main eh abang!!!!"

Raja Adriel mengelak dari terkena balingan isterinya. Fuh, kalau tak elak, memang tepat kena pada kepalanya. Boleh tahan juga sasaran isterinya ini. Headshot.

"Mana ada abang main-main. Betullah, abang nak bawak sayang pergi sana. Kan waktu tunang dulu abang janji nak hantar sayang ke sana. Janji harus ditepati. Sayang lupa ke?" Ujar Raja Adriel dalam sisa tawa. Bukan main mencuka wajah Alara tika ini.

Alara yang memang sudah fobia mendengar tentang dua nama negara itu membalingkan lagi kusyen buat kali kedua. Sakit hati betul bila Raja Adriel mengungkit kembali. Waktu sesi luahan perasaan beberapa hari lepas, Raja Adriel menyatakan ingin disimpan segala kenangan buruk antara mereka dan mencipta kenangan baru, lah sekarang boleh pula Raja Adriel menyebutnya lagi. Memang cari pasal.

"Abang sengaja kan? Benda dah lepas tu biarlah lepas. Tak payah lah nak mention lagi." Rengus Alara tidak puas hati.

"Mestilah abang kena mention. Itukan memang tempat idaman sayang... sayang tak sabar-sabar nak pergi sejak dari kita kenal dulu. I can see it from your face, sayang." Raja Adriel masih mengusik.

The King Romance (HIATUS)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora