The King Romance: 49

9.5K 750 258
                                    

Isyika berlari laju meninggalkan kawasan bangunan hitam. Berkali-kali kepalanya ditoleh ke belakang. Dia takut andai dirinya dikejar lagi oleh lelaki yang tidak dikenali. Dua hari lepas dia telah diheret dan dikurung di satu tempat asing. Dia sendiri tidak pasti keberadaan dia sekarang ini. Yang dia tahu, dia ingin melarikan diri jauh-jauh sebelum dia ditangkap lagi.

Isyika berdiri di bahu jalan. Keadaan yang gelap tanpa lampu jalan menyukarkan untuk dia melihat sekeliling. Dah lah malam ini bulan sabit bagaikan tersorok dan bintang-bintang pula tidak kelihatan. Memang kelam sungguh langit. Ditambah dengan bunyi burung hantu saling sahut-menyahut. Seram betul.

Isyika cuba menahan beberapa buah kereta yang melalui jalan itu namun tiada satu pun kereta yang berhenti. Isyika bagaikan hendak gila. Dia menjerit kuat memaki pemandu yang tidak mengendahkan dirinya.

"Dasar bodoh! Nak tolong orang pun susah ke?!?!"

Isyika mendongak ke atas. Terasa titisan air mengena wajahnya. Hujan. Isyika berlari-lari anak menuju ke kawasan berteduh. Aduh, masalah betul. Dah lah telefonnya sudah dirampas. Kalau tidak, bolehlah dia menghubungi Hariz. Pasti Hariz risaukan dirinya.

Isyika terkejut apabila melihat tiga orang lelaki datang menghampirinya. Isyika cuba berlagak tenang dan menarik rambutnya yang basah untuk menutup wajah. Risau pula dia jika lelaki-lelaki itu adalah lelaki yang menculiknya.

"Hi si seksi..." Tegur seorang lelaki yang menghampiri Isyika.

Isyika buat-buat tidak mendengar.

"Amboi sombongnya..."

"Tah... pandanglah sini... nak tengok jugak muka yang tak berapa nak cantik tu."

Lelaki-lelaki itu ketawa. Mereka cuba mencuit-cuit tubuh Isyika tapi Isyika bertindak dengan menepis.

"Korang nak apa ha?! Jangan nak pegang-pegang aku! Aku jijik dengan jantan macam korang ni. Bukan taste aku!" Tempik Isyika sambil memandang pada tiga lelaki yang berparut dan bertatoo di lengan.

"Wow... ganas! Tapi takpe, kitorang suka. Biar kita jijik sama-sama. Jom..."

Isyika dikepung dari depan dan belakang. Liur diteguk kesat apabila lengannya dicengkam kuat oleh mereka bertiga.

"Kk- kk- korang nak bawak aku pergi mana ni?" Isyika cuba mengeraskan diri.

"Pergi cari kepuasan." Jawab mereka sambil ketawa jahat.

Isyika menggigil saat mendengar balasan itu. Kepuasan? Adakah ini maksudnya dia akan dirogol beramai-ramai? Oh tidak...

"Le... le... lepaskan aku lah!" Isyika meronta.

Tiga lelaki itu menarik Isyika untuk masuk ke sebuah van hitam. Mulut Isyika ditekap sehingga suara Isyika tenggelam timbul. Mereka inginkan Isyika malam ini. Biar tubuh Isyika diratah sepuas hati mereka.

Isyika mengikut langkah mereka sebaik tiba di satu tempat yang baru. Dia dibawa ke satu hotel mewah. Terkocoh-kocoh Isyika menurut sehingga tubuhnya ditolak ke lantai apabila mereka tiba ke satu suite eksekutif.

Pucat wajah Isyika saat melihat ramai lagi lelaki yang menunggunya di suite itu. Dah lah semua bertubuh tegap dan sasa. Kalau dia melawan, belum tentu dia akan selamat.

"Korang ni siapa ha?!" Jerit Isyika sambil mengundurkan diri ke belakang.

"Rileks lah... jangan takut-takut. Kitorang tak buat pape pun pada kau... paling tak pun, kitorang nak kau layan kitorang aje." Jawab mereka diiringi tawa.

Isyika sudah tidak senang duduk. Walaupun dia selalu sahaja melakukan perbuatan terkutuk seperti ini tapi bila berdepan dengan situasi sekarang, dia tetap ketakutan. Isyika merangkak untuk menuju ke pintu tapi terasa rambutnya ditarik kuat.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now