The King Romance: 45

12K 691 85
                                    

Alara merebahkan badan ke atas katil dan handbag dicampak ke sebelah. Dia ingin melepaskan lelah seketika sebelum bangun membersihkan diri. Alara sedikit penat memandangkan babak lakonan yang dibawa tadi agak berat iaitu banyak menggunakan pergerakan.

Alara melihat jam di tangan kanannya. Baru pukul 4:15 petang. Dia pulang awal hari ini kerana jadualnya telah di atur untuk menghadiri event malam nanti. Tapi, dia telah membuat keputusan untuk tidak hadir dan dia juga telah meminta pihak team untuk mengembalikan dress-dress kepada agensi.

Alara menutup mulut yang menguap. Alara ingin tidur sekejap memandangkan dia agak kurang tidur sejak kebelakangan ini. Yela, setiap malam Raja Adriel akan ajak untuk bersama di atas katil dan dia pula sentiasa bangun awal sebelum Subuh untuk bersiap ke lokasi penggambaran. Memang lari terus waktu tidurnya. Dari tidur awal kepada tidur lambat.

Alara yang baru hendak memejamkan mata terganggu apabila kedengaran bunyi loceng di tingkat bawah.

'Ish, siapa pulak ni yang ganggu aku nak tidur ni.' Marah Alara.

Alara turun dari katil dan terus menuju ke pintu utama. Dia melihat pada skrin sistem pintu menunjukkan beberapa wajah yang dia kenali. Pintu dibuka.

"Assalamualaikum Puan Muda..." Sapa dayang-dayang istana.

"Waalaikumussalam. Ya ada apa?" Sopan Alara bertanya.

"Maaf patik dan yang lain menganggu Puan Muda tapi patik berempat telah diminta oleh Putera Mahkota untuk mengadap Puan Muda." Beritahu salah satu dayang.

"Oh... untuk apa ya?" Alara kebingungan. Raja Ariel tidak pula memaklumkan dia apa-apa.

"Untuk ini... Puan Muda." Dayang-dayang menunjukkan black clothes dust cover di tangan masing-masing.

"Errr... apa yang dekat dalam tu?" Alara kurang jelas.

"Dress-dress yang telah dipilih oleh Putera Mahkota untuk Puan Muda. Kami sembah maklum dari Putera Mahkota bahawa Puan Muda perlu menghadiri majlis malam nanti."

Bagai tidak percaya Alara mengetahui Raja Adriel meminta pihak istana untuk membawakan dress-dress kepadanya. Alahai, Raja Adriel suka membuat kejutan tanpa memberitahu dirinya dulu.

"I see... errr kalau macam tu jemputlah masuk." Alara mempelawa.

Dayang-dayang mengikut langkah Alara untuk ke ruang tamu. Mereka sudah biasa datang ke kediaman mewah ini kerana Raja Adriel selalu meminta mereka untuk membersih dan mengemas rumah ini.

"Puan Muda..."

"Yaaa..."

"Puan Muda boleh cuba pakai dress ni dan pilih yang mana berkenan di hati."

"Kena cuba sekarang ke?"

Dayang-dayang itu mengangguk serentak lalu dihulurkan dress-dress kepada Alara. Mahu terduduk Alara apabila dia menyambut huluran tersebut. Pergh, berat betul dress-dress ini semua. Pakai material apa ni?

Alara terus berjalan untuk ke bilik tidur dan telah meminta dayang-dayang untuk mengikutnya juga. Manalah tahu dia perlukan pertolongan dari mereka semua nanti. Jadi, tidak perlulah dia menjerit untuk memanggil.

Alara menarik keluar dress-dress dari black clothes cover dust. Mahu terkeluar biji mata Alara apabila melihat busana pada setiap dress sungguh cantik dan eksklusif. Dan, dress-dress itu adalah dari top designer yang sama dengan dress-dress semalam. Menariknya, dress-dress yang dibawa ini tidak terlalu seksi dan ketat. Sungguh sempurna di matanya.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now