3

20.3K 914 6
                                    

Sebelas bulan berlalu dengan pantas dan kini sudah cuti sekolah. Seperti biasa aku hanya memenuhi hari aku dengan bangun tidur, makan, menghadap laptop dan telefon, serta jalan-jalan shopping.

Usai makan malam aku terus naik ke bilik dan menghadap telefon. Aku mendapati terdapat mesej di Facebook.

Assalamualaikum Ania. Buat ape?

"Lah daripada Adam rupanya." Pipi ku mula merah. Tak pernah-pernah Adam chat dengan aku.

Aku membalas mesej Adam itu dan pergi ke tandas.

Wassalam. Tak buat apa-apa. Ada je dalam bilik ni. Kenapa tiba-tiba chat?

Kling. "Mesti Adam balas chat aku!" Semangat aku dapatkan telefon aku.

Kau dekat mana? Saja je nak chat dengan kau. Aku dekat kampung😬

Ouh. Aku dekat rumah je. Berjalan di setiap sudut rumah bak kata Mirah. Ahahaaha.

Aku pun chat dengan Adam sampai tengah malam tak ingat dunia. Aku jenis yang suka bercerita kepada Adam kerana dia pandai simpan rahsia. Tak sangka dia boleh rapat dengan aku sejak awal tahun.

Teringat pula aku dekat kek batik aku buat siang tadi. Abang aku kata sedap. Kau nak rasa? Huhu.

Memang aku ada buat kek batik. Baru belajar. Seronok juga dapat membuatnya. Aku mendapatkan resepi daripada internet. 'Kling'. Mesej masuk dan aku membacanya.

Untung lah. Kalau kau nak tahu, aku pandai masak ikan siakap 3 rasa tau..

"Yelahtu, jangan-jangan tipu." Aku membalas kata-katanya itu.

Eleh, tak perlu buat lawak kat sini jangan2 kau tipu. Erm kau tak ada minat sesiapa ke?

Sengaja aku menukar topik supaya tidak bergaduh. Lagipun aku tidak pernah bergaduh dengan Adam.

Adalah jugak aku minat someone ni. Tapi kau tak kenal punya. Dulu dia minat aku, sekarang aku minat dia pula. Macam kau lah, kau kan minat aku... Mana tahu satu hari nanti aku pula minat kau😊

"Halamak! Dia ungkit balik lah masa awal tahun.. Malunya!!!" Aku menampar pipi aku secara perlahan akibat malu.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now