25

12.5K 502 12
                                    

Sudah 5 bulan aku menjadi isteri kepada Adam. Sejak aku bergelar isteri, sahabat aku semua aku tidak sempat berjumpa, sibuk dengan bekerja lagi. Aku berhasrat nak jumpa Irah.

"Hello. Assalamualaikum Irah! Wei, jumpa jom? Ya Allah rindu gila ni!" Aku menelefon Irah sebaik pulang daripada kerja.

"Waalaikumsalam! Aku pun rindu! Malam ni jom dinner? Aku ajak suami aku. Tempat yang selalu kita makan dulu ar?" Irah mencadangkan sebuah tempat.

"Boleh jugak, malam ni pukul 8 tau! Bye muah!!" Aku mematikan talian.

Aku tengok jam. Sudah pukul 6 lebih. Sekejap lagi mesti Adam balik daripada kerja. Baik aku mandi dahulu.

Usai mandi, aku menghendap kereta Adam di tingkap bilik. Kereta Adam sudah ada pasti dah balik. Aku memakai baju lawa-lawa.

"Aik sayang lawa nampak?" Tegur Adam.

"Nak keluar dinner dengan Irah. Abang mandi dulu siap-siap. Nanti sayang sediakan baju untuk abang. Solat sama-sama tau." Aku mengambil tuala Adam lalu memberikannya kepada Adam.

Aku memilih baju Adam sedondon dengan aku. Pastinya warna kelabu hitam. Aku letakkannya di atas katil.

Usai solat maghrib, aku bersiap-siap. Sekadar menepek bedak dan memakai lipgloss untuk elakkan bibir merekah.

"Jom?" Ajak Adam.

"Jom!" Aku mengunci pagar lalu masuk ke dalam kereta.

Tiba sahaja di kedai makan, aku ternampak Irah. Perutnya boyot. Tak sangka dah mengandung rupanya! Badannya nampak lebih gemuk sedikit daripada sebelum ini. Mesti best dapat rasa mengandung. Aku je sampai sekarang belum ada berita gembira.

"Irah!! Ya Allah! Rindunya!" Aku berpelukan dengan Irah. Mana tak nya rindu oi!!

"Ehemm!" Dah berdehem dah Adam.

"Eee abang ni kacau je!" Marah aku.

"Dah duduk jom, Adam, ni laki aku. Saiful." Kata Irah. Adam bersalaman dengan Saiful.

Aku duduk bersebelahan dengan Irah dan berhadapan dengan Adam.

"Nak makan apa ni? Tanya aku. Aku sememangnya sudah tahu apa yang perlu aku pesan kerana makanan kegemaran aku, makanan kegemaran Adam juga.

"Kau orderlah apa-apa, aku cuma nak makan nasi goreng USA. Abang nak apa?" Tanya Irah kepada suaminya.

"Macam ayang jugak lah.." Saiful bersuara.

Aku memandang ke arah waitress. "Saya nak nasi putih dua pinggan, tomyam ayam dengan telur dadar ye..."

Waitress melangkah pergi. Aku melihat Irah betul-betul tembam. Beruntung Irah dapat mengandung muda-muda.

"Irah! Kau mengandung berapa bulan dah?"

"Dah 3 bulan dah."

"Ada alahan apa-apa tak? Ya Allah untungnya! Tak sabar aku! Mesti comel anak kau ni macam mak kau.." Aku mengusap-usap perut Irah. Walaupun tidak nampak mana tetapi kecantikan semasa sia mengandung terserlah.

"Tu lah sayang! Lain kali kalau nak anak, jangan sombong sangat.." Sampuk Adam.

Semua ketawa berdekak-dekak. Memang aku akui, mula-mula sombong tetapi lama-lama makin sayang.

Cinta classmateNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ