7

16.3K 722 16
                                    

"Assalamualaikum warahmatullah" selesai solat subuh.

Aku terus tersenyum kerana harini ialah hari lahir aku. Aku termenung seketika.

Kling.. Iphone 5 aku berdering.

'Happy birthday Ania!' Tertera pada skrin telefonku pada 12.00 pagi. Mataku masih segar bugar kerana semangat hari ini hari lahir aku.

Ramai kawan baik aku memberi ucapan tersebut. Ada yang macam karangan pun ada.

Tapi aku masih tertunggu-tunggu seseorang yang aku terlalu berharap untuk memberi ucapan.

"Ania siapa org pertama wish kau?"

"Nak tahu siapa? Org pertama yang wish ialah Hotlink"

Semestinya itu lawak.

Lamunan aku terhenti akibat terdengar abang aku bangun daripada tidur. Aku bingkas berdiri dan bersiap untuk ke sekolah.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Knock-knock!! "Assalamualaikum!"

Kaki kananku melangkah masuk ke kelas dengan sebuah senyuman.

"Happy birthday Ania." Fia tepuk bahuku.

"Terima kasih."

Aku jalan-jalan satu kelas kerana didapati kelas aku kotor. Memang aku jenis pembersih tetapi ikut mood.

Kebetulan aku bertugas hari itu.

"Qila, jom cari penyapu. Harini kita bertugas." Aku menyapa Qila.

"Okay je. Nak cari kat mana?" Qila terpusing-pusing mencari penyapu.

"Kelas sebelah?"

"Jom!" Qila menarik tangan aku menuju ke kelas sebelah.

Siap menyapu satu kelas, aku terdengar Naif memanggil aku.

"Ania!! Sini jap." Aku bergegas ke meja Adam kerana Naif di situ.

"Kenape?" Aku nampak tangan Naif dengan Adam bergelut di bawah meja seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

"Bagi je lah!" Aku dengar bisikan Naif.

"Korang berdua ni kenapa?"

Mereka berbisik lagi.

"Ni ha Adam nak bagi hadiah dekat kau." Aku terkedu.

"Hah?" Jantung aku berdegup laju. Ececey.

Adam senyum. "Amik lah ni. Aku bagi." Adam menghulurkan Kitkat Chunky. Raup muka Adam seperti malu nak bagi.

"Betul ke weyh?!!"

"Betul lah, tak kan aku main-main. Ambik je lah." Adam berkeras.

"Ahaha Ya Allah. Terima kasih. Kau orang pertama bagi aku hadiah." Terharu sekejap.

Aku terus sambut hadiah tersebut.

"Sama-sama. Kalau cair nasib lah ye." Muka dia dah gelisah.

"Tak pe, tak kesah pun." Aku buat muka selamba.

Aku simpan di bawah meja. Kalau simpan di dalam beg takut penyet disebabkan aku hempap.

Bergerak menuju ke hadapan kelas aku ialah perkara yang selalu aku buat.

"Seperti insan biasa~~~" Aziz menyanyi.

"Eh Aziz! Happy birthday! Ehehe dah lah tarikh lahir kita sama."

"Terima kasih Ania. Eheheheh. Kau pun sama Happy birthday juga!"

"Kau buat aku terharu la Aziz. Ish! Terima kasih dan sama-sama." Pecah tawa kami berdua.

Aku perasan Adam juga turut ketawa. Ramai yang menyaksikan telatah kami.

Balik daripada sekolah, aku terus bersiap dan memakai baju kurung untuk ke acara pengawas di sebuah hotel.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Aku menyedok masakan kegemaran aku iaitu mushroom soup. Kemudian berganjak kehadapan untuk mengambil roti semasa beratur untuk mengambil makanan.

"Selamat hari lahir Ania.." Jiran lama aku menegur.

"Terima kasih." Ramai pula menegur aku selepas dia.

Aku menjamu selera dengan gembira. Kerana ramai yang wish aku. Huhu.

Kemudian ada cabutan bertuah mengikut nombor.

Pengacara menyebut nombor. "129."

"Alah!!" Aku mengeluh.

"Seterusnya, jangan risau banyak lagi hadiah. 27!!" Semua terdiam.

Macam nombor aku. Aku melihat nombor aku. Dan aku menjerit. "Yeay!!!" Aku berdiri.

Ramai bersorak. "Go Ania!!"

Alhamdulillah. Hari ini hari bertuah. Dapat hadiah, dapat cabutan bertuah, and dapat wish.

Kepenatan balik daripada majlis. Aku tukar baju kerana geng kesayangan aku nak lepak.

"Ania, tumpang tandas boleh?" Iffah dah macam orang tak waras.
"Ha boleh je tapi tandas atas tau."
"Boleh tak tunggu aku?"
"Ye aku tunggu."

10 minit kemudian,
"Iffah kau okay tak?" Lama dah aku tunggu oi!
"Aku senggugut lah. Tunggu lah kejap"
"Aku turun jap nak tengok yang lain."

Aku keluar rumah dan pergi ke rumah sebelah.

"Wei asal Iffah? Penat aku tunggu."

"Ania, kau boleh tolong tak? Mak aku suruh beli Sunquick. Tapi aku tak tukar baju lagi." Ess hulur duit.

"Okay. Tapi Iffah macam mana? Zir, jom teman?"

"Tak pe aku pergi jumpa dia nanti." Zeera menawarkan diri.

Siap membeli sirap. Tadi suruh beli Sunquick tiba-tiba sirap. Ni semua Zir suruh.

"Ess ni ha Zir suruh beli sirap." Aku beri botol sirap kepada Ess.

"Tak apa. Memang mak aku suruh kalau tak de sunquick. Kau pergi lah padang. Semua dah ada."

"Jom." Aku mengajak Zir. Zir seorang lelaki. Tapi aku rapat dengan dia sebab dia jenis penyimpan rahsia.

Sampai di pondok aku nampak Iffah dan lain-lain. Aku terkedu. Tak tahu kenapa.

Tiba-tiba sebuah lagu dinyanyikan kepada aku.
"Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Ania!!!"

Terharu dan tiba-tiba. Splash! Aku disiram dengan air sirap yang aku beli tadi.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now