27

11.5K 503 9
                                    

"Hah! Berangan! Pikir pasal suami ke pakwe baru?" Nureen ni macam tahu-tahu je aku jumpa pakwe baru. Dia ni macam pakai saka. Siap boleh teka life aku itu ini. Ahaha.

"Haah, aku ada pakwe baru. Hensem kau tahu?" Acah je tu. Tak kan lah boleh ada pakwe. Nampak sangat aku yang curang dulu.

"Kau ni biar betul?" Muka cuak Nureen ditayang.

"Aku gurau je lah,ahahahaha."

"Ish kau ni! Ingat betul-betul."

Dering Iphone 6 aku berbunyi. Ada orang call. Nama Mama tertera di screen telephone. Alamak! Lupa pula nak bagitahu mak aku!

"Wei, diam kejap. Aku angkat call." Aku tujukan kepada Nureen.

Aku mengangkat call.

"Assalamualaikum angah. Ada mana?" Ermmm.. Apa aku nak bagitahu ni? Mak aku dah tanya dah tu.

"Waalaikumsalam. Ada dekat rumah kawan angah. Angah ada kursus selama seminggu dekat Pahang." Aku dah mengetap bibir.

"Dah tu kenapa tak bagitahu suami sendiri? Siap datang cari dekat rumah ma lagi ni. Korang berdua ada masalah ke?" Masak! Ma ni boleh tahu je.

"Ada problem sikit je, tapi tak pe lah. Nanti settle lah tu."

"Ikut korang berdua lah, ma tak nak masuk campur. Apa-apa hal.. Jangan lupa bagitahu ma."

"Oraite!" Beria aku matikan talian. Takut kena soal banyak perkara lagi. Fuhh.

Nureen sudah membuat bahasa isyarat. 'Dah habis?'

"Dah." Aku meletakkan kembali telefon keatas meja dihadapan aku. Aku tengok Nureen memakai tudung. Kemana pula nak pergi?

"Nak pergi mana? Siap dengan minyak wangi lah.." Tegur aku.

"Aku nak keluar kejap, pergi TMG. Nak ikut tak?"

Aku berfikir. Mungkin aku perlu ikut. Banyak benda aku nak beli. 'Kotex' aku pun dah habis. "Nak!"

Aku terus bangkit daripada sofa. Menyarungkan tudung dan berlari kearah Nureen.

+++

Sesampai sahaja di TMG Mart di Indera Mahkota, Nureen mengatakan bahawa tunang dan kawan tunangnya turut ada. Terkejut beruk aku. Kalau aku tahu ada lelaki, memang tak lah aku nak ikut.

Sudah 10 minit aku dan Nureen tunggu tunangnya datang. Mana tak, biasanya perempuan yang lambat.. Kalini lelaki pulak.

"Mana tunang kau Nureen? Aku dah boleh beranak tunggu kau punya tunang. Kalah perempuan nak makeup." Aku mengesat peluh yang berada di hidungku.

"Sabarlah sekejap. Mungkin jam? Eh kejap, tu macam tunang aku! Ha tu pon!" Beria Nureen menghendap kearah luar. Disebabkan oleh Nureen memandang ke luar, aku pun turut toleh.

Macam kenal je yang kat belakang tu? Yang depan tu aku kenal lah sebab Nureen pernah tunjuk gambar tunang dia. Segak juga lah tunang dia tapi tak sesegak Adam. Haih. Yang belakang tu... Macam pernah aku lihat, tapi dimana ya?

"Assalamualaikum." Tegur lelaki yang belakang. "Still remember me?"

"Waalaikumsalam. Nope." Jawab aku. Asal tiba-tiba je tanya?

Nureen sudah tercengang. "Korang saling kenal ke?" Soalan itu ditujukan kepada aku.

"Yes! Ingat tak dalam bas? My name is Harith Zaqwan." Jap! Aku refresh balik. Yes! Aku ingat!

"Ingat! Dah jom masuk!"

Kami berempat terus masuk kedalam. Aku dan Nureen jalan berdua di hadapan manakala tunang Nureen dan Rith di belakang.

Selama 20 minit berada di dalam TMG Mart, aku hanya sekadar menjadi pemerhati. Nureen yang memilih barang dan menolak troley. Tujuan aku cuma satu, beli barang aku. Tapi ada lelaki. Itu yang susah.

"Korang! Korang pergi lah dulu pilih. Aku nak pergi tempat lain jap."

Aku berjalan seorang diri. Nasib baik Rith tak ikut. Kalau tidak, kemana aku pergi pasti dia nak ikut. Dia ni makin lain macam aku tengok tadi. Makin caring. Kadang-kadang macam nak usha aku pun ada. Bukan nak perasan lah tapi orang lain pun boleh rasa kalau jadi aku.

Aku memerhati rak yang menempatkan semua pad. Ada yang berjenama Kotex, Libresse, Maxy, Kleenex dan macam-macam lagi. Biasanya Libresse lah yang aku suka sebab lembut tapi disebabkan aku nak berjimat, belilah kotex. Ahahahah.

Aku hendak membeli dua. Satu yang 28cm dan 32cm. So, mana terletaknya Kotex 28cm? "Hmmm.."

"Nah." Seseorang menghulurkan sebungkus Kotex 28cm Overnight kepada aku.

"Ha! Ni pun terima kasih." Eh jap-jap! Macam kenal je suara ni. Aku memandang tepat kearah orang yang berada dihadapan aku.

"Abang..." Aku terkaku. Macam mana dia boleh jejak aku? Setahu aku, dia tak cari aku langsung.

"Shh! Jangan tanya apa-apa. Ambil pad ni, jom pergi bayar. Ikut abang balik JB sekarang jugak!" Adam terus menarik tangan aku untuk menuju kearah cashier.

Namun baru dua langkah, aku cuba melepaskan tangan aku daripada ditarik. "Tak nak! Aku tak suka orang yang tak setia!"

"Ikut abang dulu! Nanti abang cerita dekat luar. Jangan buat kecoh dekat sini." Tangan aku terus ditarik sehingga ke luar. Aku membayar pad di kaunter ekspress. Ada benarnya juga, jika aku buat kecoh dekat situ.. Tak pasal-pasal masuk lokap.

"Dah! Tak payah jauh-jauh. Dekat depan ni pun dah cukup! So apa lagi yang kita perlu bincangkan?"

"Abang nak Ania balik rumah. Please??" Rayu Adam. Mukanya agak kesian. Aku tak pasti sama ada dia nak aku balik atas sebab apa. Nak curang depan aku atau nak ceraikan aku.

"No! Aku tak ingin nak balik!"

"Kalau Ania berdegil juga, abang heret Ania sampai Johor!" Amboi cik abang ni! Sampai nak heret-heret. Ingat aku ni apa?

"Silakan! Aku tak kesah! Cuba buat kalau berani." Sengaja aku mengugut dia. Setahu aku Adam ni seorang yang baik hati. Pasti akan bercakap baik-baik.

"Okay!" Tangan aku terus ditarik. Kuat betul tarikannya.

"Lepas lah!!!!!" Jerit aku.

"Bro! Awek aku tu. Kau nak bawak pergi mana?" Aku terdengar suara Rith. Aku toleh kebelakang. Memang betul Rith! Tapi kenapa nak cakap aku ni awek dia? Habis lah aku!

Adam menoleh kebelakang. Tangan aku yang ditarik kini dilepaskan. "Good job! Siapa kau ni? Nak jadi hero?"

"Aku ni boyfriend dia." Lengan baju aku ditarik. Secara automatik aku terus berada di belakang Rith. Adam tercengang melihat kelakuan Rith.

Gedebuk! Nampaknya sebuah tumbukan melayang kemuka Rith.

"Rith! Adam! What are you trying to do? Do you want to kill him?" Jerit aku. Uish gila ke Adam ni?

Rith cuba bangkit semula. "Kalau memang betul dia isteri kau? Kenapa kau biarkan dia datang sini seorang diri? Kenapa kau nak berkasar dengan dia?"

"Rith, saya memang isteri dia. Saya datang sini sebab saya ada problem sikit dengan suami saya. Sorry sebab saya, awak kena tumbuk." Aku cuba jelaskan satu persatu. Aku perasan riak muka Rith sedikit berubah.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now