26

11.9K 508 14
                                    

Aku bersiap-siap untuk ke Mydin Mall. Situ je barang dapur murah-murah. Kebetulan barang dapur kehabisan. Aku cuma mencalit sedikit gincu di bibir dan menepek-nepek bedak kompak. Maklumlah, penah kena tegur masa dulu-dulu sebab pakai mekap tebal-tebal. Ahaha. Memang tercengang habis aku.

Aku menarik beg tangan yang sudah tersedia di atas meja beserta kunci kereta dan terus pergi seorang diri. Nak pergi dengan Adam? Memang tak lah! Dah curang tu curang je lah. Buat apa aku nak ingat dia pulak an?

Sesampai sahaja di Mydin Mall, aku terus masuk ke pintu utama Mydin. Aku mengambil troley lalu memeriksa list barang-barang yang perlu dibeli.

1. Ayam
2. Kicap
3. Bawang merah
4. Gula
5. Garam
6. Telur
7. Carrot
8. Susu pekat
9. Beras
10. Cili

Banyak lagi barang-barang yang perlu aku beli, cuma perlu ambil bila nampak.

"Okay! Tinggal satu lagi bahan iaitu.. Cili! Kat mana ek cili? Rasanya kat situ kot.." Melilau mata aku mencari kedudukan cili. Terperuk sedikit agaknya.

Sibuk melilau mencari cili, tup tup... Aku ternampak seseorang yang aku kenal.. What? Adam? Dengan seorang perempuan? Siapa?

Haih, ada isteri macam tak ada isteri siap keluar dengan perempuan lain. Aku terkaku. Lama aku tenung mereka yang sedang sibuk bermesraan. Alamak! Adam ternampak aku! Aku terus mengalihkan pandangan. Buat seolah-olah tidak nampak. Aku letak cili cepat-cepat kemudian bla.

"Sayang!" Tudia! Adam dah panggil. Dia jerit sekuat hati.

'Ingat tak nampak aku tadi. Baik aku balik cepat-cepat. Ish mana counter ekspress ni?!!' Aku terus pergi ke counter bayaran dan larikan diri daripada Adam.

Aku tolak troley cepat-cepat selaju yang boleh aku buat. Fuh! Lenguh aku nak lari. Aku buka bonet kereta dan meletakkan barang-barang secepatnya.

Tangan aku ditarik. Aku yakin pasti Adam. Kemas tangan aku dipegang.

"Lepaslah!" Aku menarik kembali tangan aku. Gagal! Kuat betul Adam.

"No untill I explain to you!" Balas Adam. Tangannya masih menggenggam rapat tangan aku.

Argh!! Sakit tahu tak? Aku ni bukannya gedempol sangat dia nak pegang kuat-kuat. "Lepaslah! Sakit tahu tak? Ya Allah! Cubalah lepas sakit tahu tak!!?" Bebola mata aku merembeskan air jernih.

Teresak-esak aku menghamburkan tangis. Adam kebisuan. Mati kata. Tangan aku dia lepaskan.

"Im so sorry. Abang tak sengaja." Sayu suara dia.

"Sakit tahu tak hati ni? Sesenangnya kau cakap sorry. Dah lah! Pergi dekat perempuan tu! Jangan jumpa aku lagi! Aku tahu lepasni kita jumpa dekat mahkamah!" Aku terus menghempas bonet kereta lalu menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi meninggalkan Adam seorang diri di situ.

+++

Beg pakaian sudah pun tersedia. Aku sudah bersedia untuk lari daripada rumah. Wait! Lari rumah? Nonono. Aku cuma nak tenangkan diri. Aku ingat nak duduk rumah Nureen di Kuantan. Aku tahu, rumahnya ada kekosongan satu bilik. Sengaja aku memilih untuk ke rumah kawan aku yang jauh-jauh. Aku membeli tiket bas untuk ke Kuantan dan bertolak pada hari ini juga.

Tok.. Tok.. Tok..

Nureen membuka pintu. "Aik? Macam mana boleh datang sini? Siap bawa beg bagai ni nak pergi mana?" Matanya memandang kearah aku atas bawah.

"Aku nak tidur rumah kau boleh?" Aku mengukir sebuah senyuman dan tangan memohon tanda boleh.

"Ha boleh je, tapi kenapa tiba-tiba? Cuba cerita." Tangan Nureen sibuk membuka mangga di pagar rumahnya.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now