4

19K 859 7
                                    

Tingkatan dua.

Nina datang menghampiriku. "Ania, awak duduk kumpulan sini dengan Fia."

Aku pelik. Meja ada empat tapi dua orang je yang duduk. Aku toleh ke belakang memanggil Nina. "Nina! Siapa yang duduk depan kiteorang? Lelaki ke perempuan jugak?"

"Setiap kumpulan yang depan ni dua lelaki dua perempuan." Nina melihat kertas dan beredar pergi.

"Fia, rasa-rasa siapa yang duduk depan kita?" Aku memandang ke kiri dan memerhati Fia.

"I think depan kita Clarance sebab dia sahaja yang belum ada tempat duduk." Benar juga kata Fia. Tetapi siapa depan aku jika Clarance di depan Fia?

Clarance menggalas beg lalu duduk di hadapan Fia. Benar tekaan Fia. Tapi siapa depan aku? Aku masih tertanya-tanya.

"Clarance.. Erm you think siapa sebelah you?" Kalau bercakap dengan Clarance memang I-You sikit sebab dah terbiasa dengan Clarance. Kadang-kadang kekok.

"Seriesly I don't know about that." Clarance memberikan senyuman kepada aku sehingga telinga. Bagi aku senyumannya itu seperti Joker.

"Ouh okay" Aku membalas senyumannya.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Pada hari kedua persekolahan tingkatan dua, tempat duduk di hadapan aku masih kosong.

"Memang tak ada orang kot depan aku" mengeluh aku sendirian. Aku pun tak tahu kenapa seolah-olah mengharap yang seseorang akan duduk di tempat itu.

Fia memandang aku kehairanan. "Hoi!!"

"Oh mak kau hijau!"

"Awak pandang apa dekat depan awak tu?"

"Ish Fia ni! Buat terkejut je. Tak de apa-apalah. Saja je pandang situ. Lagipun tak de orang.

"Hmm ye lah."

Guru kelas aku masuk ke kelas pada waktu pertama lalu memberikan salam.

"Waalaikumsalam dan selamat sejahtera cikgu!" Aku hairan, kenapa cikgu masuk tiba-tiba. Bukan masa cikgu pun.

"Cikgu nak bagitahu, kelas ni akan ada pertambahan pelajar." Aku berkerut dahi.

"Sejak bila ada pelajar baru cikgu?" Aku persoalkannya kepada cikgu.

Cikgu itu senyum. "Awak ingat ada pelajar baru? Bukan lah, ni budak kelas sebelah."

"Ouh......." Lama aku begitu. Terkejut gamaknya dengan berita itu.

"Dah-dah cepat masuk!" Mata aku tertumpu pada pintu utama kelas.

Aku terperasan dua susuk tubuh lelaki yang memasuki kelas aku. Susuk tubuh yang di belakang seperti aku kenal dan aku pernah rapat.

"Yeay!!!! Adam!!" Kelas bersorak.

Mulut aku ternganga. 'Betul ke apa yang aku nampak? Ke aku mimpi?'

"Nampaknya depan Ania kosong, Adam duduk di depan Ania ye?"

Jantung aku berdegup semakin kencang.

"Baiklah cikgu" Adam berjalan menghampiri meja di depan aku dan duduk dengan sebuah senyuman.

"Hai Adam." Clarance cuba menegur kawan baik lamanya. Memang sejak tingkatan satu mereka rapat. Tidak sangka mereka akan rapat lagi.

"Hai gang.. Erm hai Ania." Adam menegur aku. Luruh jantungku. Betul ke Adam menegur aku?

Cinta classmateWhere stories live. Discover now