18

15.3K 594 40
                                    

Alhamdulillah, sudah seminggu aku menjadi isteri Adam. Selama seminggu ini juga aku membuat perangai. Aku nak tengok selama mana dia boleh bertahan dengan perangai aku.

Seminggu ini aku hanya berada di rumah mak aku. Harini aku terpaksa ikut Adam pulang ke rumah Puan Maria.

Aku membawa baju yang simple dan tidak menjolok mata. Aku tahu, suami mana yang senang tengok isteri kita cantik dihadapan orang lain.

"Sayang, baju semua dah bawa?" Aku sedang melipat baju untuk dimasukkan ke dalam beg. Adam bersila di hadapan aku.

Aku sudah mula menerima Adam sebagai suami aku. Tetapi aku tidak terima sepenuhnya, aku ingin mengujinya lagi. "Dah bawa dah semua. Awak tu? Baju dah kemas belum?"

"Mestilah dah. Tapi abang rasa sayang terlupa sesuatu.." Apa yang aku terlupa? Rasanya semua dah masuk dalam beg.

"Ni?" Adam mengeluarkan baju dalam aku berwarna hitam daripada belakang badannya.

"Adam!! Bak sini!" Aku sudah bengang. Mana pulak suami aku dapat baju tu?!

Adam bangun. "Kalau nak amiklah!"

Ish Adam ni!! Terpaksalah aku bangun. "Bagilah!!" Aku menjengkekkan kaki kerana tidak sampai. Aku cuba sedaya upaya. Aku terlompat-lompat nak ambil.

"Tahulah tinggi, tapi please bagi!" Aku lompat sekuat hati sehingga aku tercium bibir Adam. Ops! Ni semua sebab Adam ke depan.

Muka aku merah. "Alolo sian dia.. Nak benda ni sampai tercium abang." Adam mula memberikan baju dalam itu kepada aku tetapi dia menyimpan kembali.

"Eee!! Awak ni, malulah saya." Aku cuba sedaya upaya untuk menyorok muka aku.

Adam menarik muka aku menghadap dia. "Sayang, please jangan panggil 'awak' 'saya' lagi.. Abang tak suka. Boleh tak panggil Abang, 'abang'.."

"Perlu ke?" Aku jarang nak bermanja-manja dengan seseorang seperti ini. Aku janggal.

Adam menarik tangan aku. Diciumnya tangan aku. "Dengan panggilan macam tu lah, baru dapat eratkan percintaan kita."

"Saya cuba. Okay?"

"Cuba sebut Abang?"

Haih ni yang malas. Tak pasal-pasal kena buli. "Abang?" Aku cuba sebut.

Adam senyum. "Macam tu lah isteri abang!" Adam memberi kucupan di dahi aku. Aku semakin lali dengan ciuman yang selalu Adam beri.

"Ab..bang, boleh tak bagi baju tu dekat sayang?" Sayang? Fuhh aku dah macam biasa.

"Erm. Boleh tapi saiz berapa sayang pakai ni? Mana tahu, masa birthday abang boleh bagi?"

Geli aku dengar! Aku terus cubit perlahan tangan Adam.

"Auww! Sakitlah sayang!" Adam menyapu tangannya.

"Eleh, baru perlahan dah sakit. Lelaki ke ni?" Aku terus mengambil baju dalam itu dan selit di dalam beg.

"Dah siap kemas dah?"

"Dah!" Aku zip beg itu.

"Jom tidur!" Adam terus angkat aku dan letak aku di atas katil.

"Abang ni! Kan sayang dah cakap, tak payah angkat.. Sayang ada kakilah.." Diketuk-ketuknya dada Adam yang sado tu.

Adam buat tidak endah. "Sayang ringan tak pe." Adam menutup lampu dan tidur sambil memeluk aku. Itulah rutin harian dia. Aku belum bersedia jika Adam menyentuh di tempat lain. Nak kena bunuh kalau berani.

+++

"Assalamualaikum!" Adam memberi salam sesudah sampai di rumah Puan Maria.

"Waalaikumsalam." Puan Maria muncul di depan pintu. Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Mari lah masuk, bawa beg sekali. Adam, tunjuk bilik untuk isteri kamu ni." Puan Maria sudah bersuara.

"Tak pe lah mak cik." Aku tak tahu nak panggil mak Adam ape. Jadinya aku hentam panggil mak cik.

"Lah.. Kenapa panggil mak cik, panggil je ibu. Bawa beg tu naik bilik, lepas zohor kita makan sama-sama ye?" Ibu pon boleh lah!

"Okay ibu." Adam membawa aku ke biliknya. Bilik dia tidaklah sebesar di dalam cerita melayu ataupun di dalam novel. Muat untuk solat, tidur dan bilik air tersedia sekali.

Adam mengangkat beg aku dan letak di tepi katil. "Sayang pergi siap-siap untuk solat. Kejap lagi azan. Abang nak turun sekejap."

"Okay abang tapi jangan lama-lama, nanti rindu." Ahahah pandai pula aku bersweet-sweet.

Adam memandang aku dengan sebuah reaksi yang pelik. "Sejak bila pandai sweet ni?"

Sejak bila ek? Hentam sajalah. "Sejak abang suka curi coli sayang! Dah lah pergi turun. Nanti solat berjemaah okay."

Usai solat berjemaah, aku hendak turun kebawah tetapi aku perlu tukar baju dahulu. Bau pun sudah masam. Aku menukar baju di dalam tandas. Aku terperasan ada darah di seluar aku.

'Alamak! Period!' Aku dah lah lupa bawa tuala wanita.

"Abang!" Jerit aku didalam tandas.

"Ye sayang?" Sahut Adam.

Aku berfikir dahulu. Adam tahu ke tuala wanita? Lenjan je lah. "Boleh tak amikkan tuala wanita dalam beg?"

"Tuala? Nak tuala ke?"

"Bukan tuala!" Ish susah betul kalau cakap bahasa baku ni. "Amikkan pad!"

"Nah amik ni." Nasib baik betul. Ingat Adam tak tahu.

Selepas beberapa minit di dalam tandas, aku keluar. Aku rasa dah lama juga aku berada di dalam tandas.

"Sayang period eh?" Suami aku bertanya.

Dah tahu aku pakai pad, mestilah period cik abang oi! "Haah." Acuh tak acuh sahaja aku jawab.

"Tak pe, nanti kita keluar beli coklat banyak-banyak eh?" Wow! Suami aku ni memang pakar ke ape?

"Ikut suka hati abang lah.. Dah lah jom turun. Kesian ibu masak sorang-sorang." Kami turun kebawah bersama.

Rasanya adik perempuan Adam dah balik. Suara macam ada. Mesti dah balik! Rindunya nak jumpa.. Boleh borak-borak.

"Ibu masak ikan siakap tiga rasa, pengantin dah balik sini." Ibu berbual dengan Ana, adik kepada Adam.

"Dah balik dah ke?" Adam menegur Ana.

Ana yang sedang berbual dengan ibu terus memandang ke arah kami. "Dah. Kak Ania!! Rindunya! Maaflah masa perkahwinan haritu tak dapat datang. Ada exam pulak."

Ana berlari kearah aku dan terus memeluk aku. "Tak apa. Kak Ania pun rindu Ana. Last jumpa masa sekolah menengah kan? Lama tu."

"Haah. Makin cantik kak Ania sekarang. Makin putih." Kata Ana.

Ana ni, biarpun muda setahun daripada aku, tetapi dia lebih tinggi daripada aku. Aku sentiasa pendek tapi comel huhu.

"Tapi tetap pendek daripada Ana" Sengaja aku merendah diri.

Puan Maria bangun daripada sofa. "Semua dah ada.. Jom makan. Ana tolong ibu hidang makanan eh?"

"Tak apalah ibu, Ania ada.. Sian Ana penat-penat." Aku terus membantu ibu menghidang makanan.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now