15

13.6K 573 2
                                    

Pagi-pagi itu lagi aku sudah memasak spagetti. Selepas solat subuh, mata aku segar-bugar akibat semangat nak menyampaikan berita gembira kepada keluarga aku.

Seluruh ahli keluarga aku berkumpul di meja makan kecuali abang aku. Keadaan senyap.

Mak aku memandang aku. "Angah, rajin kau masak harini.. Tak pernah-pernah rajin pagi-pagi."

"Haah.. Tapi sedap jugak.." Hehe ayah aku puji..

Mulut aku terkunci. Nak bagitahu ke tak ek? Bagitahu je lah. "Sebenarnya, orang dah buat keputusan... Lamaran tu patut ditolak.. sebab ma tak bagi gambar lelaki tu.." Semua muka sudah cuak.. Muka tidak puas hati pun ada.

"Tapi..! Kalau ma tunjuk.. Orang terima." Senyuman aku terukir sehingga nampak barisan gigi.

"Eh kau ni mengada pulak.. Takde.. Syarat dia memang macam tu. Tak boleh tengok gambar si Edric tu." sebutan nama lelaki tu agak berbeza kalini mak aku sebut.

Ya Allah.. Mampu ke aku terima Eric sedangkan aku masih memendam perasaan terhadap Adam. Aku hanya berserah kepadamu.

"Nape ma cakap nama dia Edric? Bukan Eric ke?"

Mak aku menyuap makanan. "Sama je.. Kiranya setuju lah ni? Alhamdulillah."

Ayah aku tersenyum. "Alhamdulillah.

"Sebenarnya lelaki tu datang meminang atau ma yang pilih?"

"Dua-dua." Aik? Pelik. Dahi aku berkerut.

+++

Aku terpaksa melayan kerenah anak-anak murid kelas tingkatan 4. Aku relief kelas tingkatan 4 kerana Cikgu Zubaidah tidak hadir.

"Cikgu.. Saya nak tanya, masa cikgu masuk U.. Best tak duduk dengan kawan-kawan?" Salah seorang murid perempuan bertanya.

Aku teringat kembali zaman ketika aku di U. "Awak akan jumpa dengan pelbagai jenis ragam kawan. Ada yang cerewet, manja dan paling seram ialah lesbian." Murid-murid perempuan mula ketawa.

"Eh awak jangan nak ketawa, betul tau. Pernah terjadi dekat saya."

"Wow... Lagi cikgu, kenapa cikgu belum kahwin?" Mula dah budak-budak ni buka cerita kahwin pulak..

Aku memandang ke serata kelas. Mata aku makin ligat. "Ni ha.. Cikgu dah bertunang dah .. Cuma tunggu cuti sekolah baru kahwin." Mujur aku pakai cincin emas.

"Lah iya ke cikgu? Muda-muda dah nak kahwin? Saya baca kat internet, kahwin umur 16 hingga 25 tahun bagus. Sebab masatu tengah subur."

"Amboi..awak ni gatal betul. Dah pukul 1 dah ni. Dah bunyi loceng?" Aku mengemas barang-barang.

"Dah!!"

Aku menyusun atur untuk pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah. Mak aku mula memberitahu bahawa tarikh kahwin aku berlangsung tidak lama lagi.

"Angah.. Ma dah bincang dengan keluarga Eric tu. Majlis kahwin kau tak lama je.. Cuti sekolah bulan depan." Maksudnya tinggal beberapa minggu sahaja. Sempat ke nak buat persiapan? Kenapa tak nak bagi aku berkenalan dengan si Eric tu?

"Sempat ke ma persiapan?"

"Dah siap dah pun. Keluarga Eric dah aturkan. Tinggal nak cari cincin dengan ukuran baju kahwin kau.." Cepatnya.. Diaorang ni memang dah rancang ke ape?

Aku membuka tudung. Hanya memakai skarf kepala di rambut. "Warna dah pilih?"

"Belum.. Nanti hari Jumaat ni, lepas sembahyang jumaat kau pergilah dengan mak Eric. Cari baju pengantin."

"Habistu ma? Tak ikut?"

"Kau pergi lah dengan Irah. Ma kena pergi airport. Ada aktiviti syarikat buat."

"Ye lah. Orang naik dulu solat." Nak ajak Irah ke tak? Macam menyusahkan je nak ajak dia. Aku pergi sorang je lah.

+++

Masa berlalu dengan pantas. Harini sudah hari Jumaat. Berdebar hati nak kena jumpa dengan mak Eric. Cantik ke tak ek? Kene tunggu lepas ni lah.

Azan berkumandang. Menandakan sudah masuk waktu zohor.

Usai solat zohor, aku bersiap-siap untuk ke Butik perkahwinan. Aku memakai baju ala kadar sahaja. Berseluar jeans dan t-shirt berwarna merah dikenakan. Tudung pula berwarna hitam.

Sampai sahaja di butik yang Maju Bridal , aku terkaku. Besarnya butik ni. Mesti mahal pakaian dia.

Aku disapa oleh seseorang daripada belakang. "Ni Ania ke?"

"Haah." Cantik juga Mak Cik yang berasa dihadapan aku ni. Mak Eric ke ni? Putih, cantik, gebu..

"Mak cik perkenalkan diri. Mak cik ni Puan Maria, mak kepada Eric." Lah iyake? Aku terus hulurkan tangan untuk bersalam.

"Saya Ania Zahra. Sorry lah tak perasan mak cik."

"Tak pe.. Mak cik paham. Jom lah masuk." Jom..

"Ania dah pilih nak warna ape baju kahwin?" Soal Puan Maria.

Aku suka warna ungu, peach, hitam, putih.. Erm nak warna ape ni. Hua hua.

"Kalau warna hitam boleh? Nampak grand sikit." Aku cuba menyuarakan pendapat aku.

"Hitam? Okay juga. Warna lagi satu? Untuk digandingkan dengan hitam." Aku memilih hitam supaya jika aku ABC pada hari perkahwinan, berlaku tembus atau apa-apa.. Tak de lah nampak.

"Putih lah." Kata aku.

"Lawa jugak." Puan Maria menerima cadangan aku.

Puan Maria menyuruh pekerja di butik itu mengambil baju pengantin bertemakan hitam dan putih. Pelbagai corak ada. Aku menjadi rambang mata. Terlalu banyak pilihan.

"Cuba yang ni Ania." Puan Maria memilih beberapa baju.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now