17

13.7K 629 19
                                    

Solat maghrib dan isyak juga kami solat bersama. Itu pun Adam yang ajak. Selepas solat, aku tolong keluarga aku untuk mengemas meja, dapur, dan mencuci periuk belanga.

"Ya Allah, banyak lagi periuk nak dibasuh. Letih lah aku macam ni." Aku mengental periuk sampai bersih.

Tiba-tiba Adam mengambil satu periuk dan duduk di sebelah aku.

"Kesian isteri abang, kena buat kerja susah-susah. Tak payah buat kerja lah, pergi duduk dekat dalam bilik berehat. Daripada semalam tak rehat." What? Dia cakap abang? Euww.. Aku pun tak panggil abang aku sebagai 'Abang'.

Aku malas nak layan. Biar dia cakap sorang-sorang.

"Ania, nak tahu tak macam mana abang boleh kahwin dengan Ania?" Sudah... Topik ni pulak.

"Macam mana?" Aku layan lah. Nak tahu juga macam mana dia boleh nak kahwin dengan aku.

"Perasan abang tak masa pergi majlis kahwin Irah?" Mana aku nak perasan, dah dia pon tak datang.

"Mesti tak perasan. Tak pe abang cerita. Sebenarnya yang Ania terlanggar orang tu, lelaki tu abang lah. Abang perasan Ania tapi Ania langsung tak pandang abang. Ania pergi macam tu je.. Kecik hati abang." Ya Rabbi... Macam mana lah aku boleh tak perasan. Malunya!!

Tapi, macam mana dia boleh meminang aku? "Dah tu macam mana kau boleh nak kahwin dengan aku?"

"Abang dah lama pendam perasaan. Daripada sekolah menengah lagi. Ania ingat tak abang ade kata, satu hari nanti abang akan suka dekat Ania. And one more thing, sebenarnya surat abang bagi masa form 2 tu, crush yang abang cakap tu sebenarnya Ania. Ania je tak perasan. Abang tanya lah Irah, Ania ada datang tak tadi. Then Irah kata ada jadi abang mintak lah nombor telefon Ania dan alamat Ania." Sambil mencuci periuk belanga semua Adam menceritakan semua ini.

"Masa abang pergi melancong dengan keluarga dekat Pulau Pinang, abang terjumpa Hafiz. Abang rancang dengan Hafiz nak masuk meminang semua ni. Abang mintak tolong supaya Hafiz beri kerjasama. Dan juga.. Mak Ania. Mak Ania tu dulu satu kelas dengan mak abang. Ania je tak tahu." Patutlah ma kata dua-dua masatu.

"Angah. Dah malam dah ni. Pergi tidur lah. Sambung esok." Ayah aku bersuara daripada belakang.

Aku akhiri menyental periuk. Begitu juga dengan Adam. "Okay abah"

Aku terus tinggalkan Adam dan pergi ke dapur untuk minum air. Berdebar rasa. 'Perlu ke aku masuk bilik? Nak tidur bilik orang lain tak boleh. Masuk je lah bilik, pastu terus buat-buat tidur.'

Seperti yang aku rancang, aku masuk ke dalam bilik. Adam sedang mengemas bajunya. Baju yang didalam beg dikeluarkan untuk diletakkan ke dalam alamari.

Amboi, siap nak letak kat bilik aku baju-baju dia. Lama ke cuti? "Berapa lama nak duduk sini?"

"Ikut sayang lah." Makin melampau Adam ni. 'Sayang' lah, 'Abang' lah.

Aku pura-pura tidak dengar. Aku baring di katil dan menarik selimut. Aku buka mata, Adam dah tidak ada. Yess, aku rasa dia tidur luar. Huhu.

"Cari abang ke?" Adam yang berada di sebelahku menegur.

"Oh mak kau!" Terkejut aku. "Eee kau ni!! Buat terkejut je. Dah la, baik aku tidur je!" Aku menarik selimut sekali lagi.

Selimut aku ditarik. Apa lagi lah suami aku nak..

"Nak ape!?" Kasar aku tanya.

"Nak sayang.." Lembut suara dia. Jantung aku pun dah nak terkeluar.

Ouh nak aku eh? Boleh je. "Nak sayang eh? Amik kau!" Aku baling bantal dekat muka Adam.

Adam dapat mengagak respon aku. Dia sempat menahan bantal tersebut. Aku dah tak ada bantal dah ni. Apa aku nak baling? Selimut? Mana terbang..

Adam mendekatkan mukanya. Semakin rapat sehingga aku dapat merasa hembusannya. Aku menutup mata. Tahu-tahu je Adam mengucup pipi aku. Euwww!!!

"Kau ni!" Muka aku menjadi merah padam.

Adam tersenyum. Boleh senyum lagi? Nak kena suami aku ni..

"Aip, jangan marah. Nanti abang cium lagi. Ni abang buat betul ni."

Ish! "Dah lah, pergi lah cium lampu tu! Aku nak tidur."

Aku betul-betul dah malas nak layan suami aku. Penat sangat. Esok nak bangun subuh lagi. Aku terus terlelap. Pinggang aku seolah-olah berat namun aku membiarkannya.

Keesokan paginya, aku terjaga daripada lena pada pukul 5 pagi. Aku berada dalam dakapan suami aku. Kepala aku pula berada di atas lengan Adam. Ni kalau Adam perasan, malu aku.. Nak gerak, nanti Adam bangun pulak.

"Hai sayang." Adam memandang aku. "Seronok semalam tidur? Siap bantal empuk abang bagi. Ehehe." Tangan Adam mencubit pipi gebu aku.

"Sakit lah! Tangan ni cuba jangan sentuh-sentuh orang! Ingat aku ni patung? By the way, thanks lengan kau! Puas hati? Dah tepi, aku nak bangun. Nak solat!" Aku cuba lepaskan pelukan Adam. Lemas aku dibuatnya. Namun tidak terdaya, tangannya begitu kuat.

"Alololo, siannya dia! Meh abang tolong bangunkan ya?" Adam bangun daripada katil. Akhirnya aku bebas! Belum sempat aku bangun, Adam mengangkat aku daripada katil. Dia meletakkan aku dihadapan pintu bilik.

"Lain kali tak payah buat! Aku boleh bangun sendiri." Marah aku.

Adam buat-buat tidak dengar.

Usai solat subuh berjemaah, aku pening kepala. Rasa macam nak pengsan pun ada. Mungkin sebab migrain kot. Baik aku tidur.

Aku baring di atas katil. Muka Adam menunjukkan reaksi hairan.

"Sayang kenapa?" Prihatin juga suami aku ni wkakaka.

"Migrain kot."

Adam pergi ke laci meja solek aku. Mengambil sesuatu tapi aku tidak pasti.

"Pusing sini." Adam menyuruh.

"Tak nak lah. Tak pe aku tidur dulu." Malas aku nak dengar dia ni.

"Jangan degil." Suaranya keras namun aku tidak mengendahkan.

Adam bersila di atas katil. Ape yang dia nak buat ni?

"Nak apa?" Aku soal.

Adam mengangkat kepala aku dan meletakkan kepala aku di atas ribanya.
"Abang nak urut."

Alahai..Sweetnya suami aku ni. Aku je yang tak perasan. Tapi biasanya, mula-mula je lelaki baik. Nanti bila dah dapat mulalah aku yang angau. Aku nak tengok, berapa lama dia bertahan dengan aku.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now