29

12K 495 5
                                    

Baru aku perasan, sejak dua menjak ni Adam asyik memanggil 'awak' dan 'saya' sahaja. Mungkin sebab kena marah dengan aku haritu dia terus hilang panggilan 'sayang'. Perlakuannya juga pelik dua hari ini. Sarapan yang aku buat dia tidak makan, balik pun lambat. Ada apa-apa yang aku buat tak kena ke?

Apa aku nak buat ek? Tanya pendapat Irah? Boleh juga. Nama Irah dicari dalam contact. Aku terus menekan call.

"Assalamualaikum Ania." Belum sempat aku beri salam, dia sudah mendahului.

"Waalaikumsalam. Wei! Aku nak tanya pendapat ni."

"Kau mesti ada problem lagi kan? Problem haritu dah settle belum? Ada-ada je kau punya problem."

"Kau nak tolong aku tak? Kalau tak nak tak apa lah. Terima kasih." Kenapa aku tiba-tiba rasa kecil hati? Sedangkan Irah cuma tanya.

"Eh! Kau ni! Sejak bila pandai merajuk ni? Aku tanya, kau nak minta pendapat apa?" Irah mula memujuk.

"Suami aku tu, tiba-tiba je dua tiga hari ni kurang bercakap. Lepastu tak makan pun apa yang aku masak." Adu aku. Mungkin Irah mampu memberi pendapat.

"Kau ada buat apa-apa salah tak? Mana tahu dia kecil hati dengan apa kau buat? Kau tidur dengan dia tak? Kau minta izin tak kalau nak keluar?"

"Hah? Alamak! Aku tidur asing-asing dengan dia. Mungkin tu kot sebab dia merajuk." Kenapalah aku ni lambat sangat nak pick up? Adui. Kepala aku ditonyoh.

"Tu lah kau.. Lain kali beringat sikit." Pesan Irah.

"Iye lah." Lembut sahaja suara aku. "Baby kau macam mana? Mengidam semua tu dah okay?"

"Alhamdulillah okay. Morning sickness pun dah hilang. Tak lama lagi aku bersalin lah." Beruntung Irah. Aku ni bila entah nak ada anak.

"Bagus lah tu. Okay lah terima kasih. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Talian dimatikan.

Cara apa aku nak bodek laki aku ni? Main merajuk-merajuk pula. Aku ni mana reti memujuk.

+++

Jam menunjukkan hampir pukul 10:30 malam. Adam masih lagi belum pulang. Agaknya macam ni perasaan Adam bila aku merajuk. Aku hanya bersila di atas katil di bilik Adam. Ops! Bilik aku juga. Hehehe.

Kedengaran kereta Adam mula memasuki perkarangan rumah. Pintu rumah juga seperti dibuka. Aku terus berpura-pura tidur.

"Astaghfirullah! Ingat perempuan mana tiba-tiba dekat atas katil. Isteri aku rupanya." Adam terus berkata sebaik sahaja membuka pintu biliknya.

Aku merasakan bahawa rambut aku sedang dibelai. Kemudian hilang. Adam hendak kemana? Aku cuba membuka mata. Dia seperti hendak keluar daripada bilik.

"Abang! Nak pergi mana?" Sungguh aku rindu hendak memanggil seperti sedemikian rupa.

Adam terhenti langkah. Kemudian dia teruskan jua langkahnya. Aku terus turun daripada katil dan berdiri dibelakangnya.

"Kalau sayang ada buat salah, please bagitahu! Jangan buat macam ni. Sayang tak suka!" Setitik demi setitik air mata aku berjurai keluar. Adam memusingkan badannya menghadap aku.

"Sayang.. Lama abang tak dengar perkataan tu. Baru harini abang dengar. Sayang tak salah apa-apa. Abang yang terasa hati. Shh! Stop crying. Abang tak sanggup tengok sayang macam ni. Abang terluka." Aku terus berada didalam pelukan Adam. Aku menangis di bajunya.

"Dah-dah. Apa kata kita tengok movie? Abang ada download dekat dalam pendrive." Aku terus mengesat air mata aku. Baju Adam sudah pun basah.

"Tak payah lah. Dah malam. Sorry baju abang basah." Kesian pula Adam, terpaksa menukar baju.

"Kalau macam tu kita....." Habislah aku malam ni. Ehem. Ehem.

+++

"Awak kalau nak bercakap, bercakap dekat depan sini! Bukan dekat belakang." Aku bercekak pinggang. Pasti ada sahaja murid bercakap bila aku tengah mengajar.

"Tahulah sudah pandai. Kalau rasa-rasa lebih pandai daripada saya, boleh ajar dekat depan ni, awak jadi cikgu.. Saya jadi murid. Senang cerita." Satu kelas menjadi diam apabila aku membebel.

"Saya tak suka bebel lama-lama, buat muka surat 47. Latihan B. Kalau tidak faham boleh tanya saya. Dah siap... Tunjuk dekat saya. Lagi satu, kalau semua siap awal, saya akan cerita sesuatu." Murid kelas tingkatan 5K mula membuat latihan yang aku suruh. Bukan apa, aku tak nak lah murid-murid benci dekat aku. Aku lebih suka jika mereka sayangkan aku.

20 minit berlalu dengan pantas. Ternyata murid-murid ni nak dengar cerita aku rupanya sampai sanggup buat cepat-cepat. "Semua dah siap?"

"Dah."

"Cikgu yakin, ramai dikalangan perempuan kat kelas ni gatal-gatal nak kahwin awal betul tak?" Sengaja aku tanya soalan begitu. Dulu masa aku sekolah menengah pun sibuk bercakap mengenai kahwin dengan Hana, Irah dan Nureen.

"Betul cikgu! Lagi-lagi geng perempuan yang gedik duduk dekat belakang. Saya lalu je, mesti dengar pasal kahwin." Jawab budak lelaki. Siapa lagi kalau bukan Aiman, budak paling kecoh dalam kelas.

"Saya nasihatkan supaya awak belajar sungguh-sungguh dulu. Kumpul duit bagi lelaki. Perempuan pun kena kerja jugak, jangan harapkan lelaki."

"Dengar tu budak perempuan!" Aiman sudah jerit.

"Eh Aiman ni! Awak tu yang tak sedar diri, patutnya awak pun kena jadi matang sikit." Satu kelas gelakkan dia.

"Ada je murid kahwin lepas SPM, tapi itulah.. Dulu masa cikgu muda, ada budak bawah umur cikgu dah kahwin. Dulu cikgu pun teringin nak kahwin awal. Biasalah, zaman muda-muda. Tapi saya nasihatkan supaya awak semua belajarlah dulu."

Kringgg!

"Bangun! Terima kasih cikgu!" Aku mula mengemas barang-barang aku. Masa untuk pulang. Teringin pula aku nak rasa masakan mak aku. Padahal minggu lepas aku dah rasa.

"Assalamualaikum! Ma! Abah!" Laju sahaja kaki aku masuk ke dalam rumah. Mencari makanan di dapur.

"Waalaikumsalam, amboi! Datang-datang terus cari makanan di dapur?" Perli mak aku.

"Biarlah, orang malas nak masak. Tiba-tiba teringin nak makan kat sini. Ma masak apa?" Aku bersalaman dengan mak aku.

"Ayam masak lemak cili api." Wow! Aku terus membuka periuk nasi lalu mencedok nasi ke pinggan.

Aku makan dengan penuh selera. Mana tak nya, daripada pagi cuma makan kuih.

"Berselera kau makan ngah. Sebelum ni ma masak ni biasa je kau makan. Kau mengandung ke?" Gulp!! Apehal mak aku tiba-tiba tanya soalan camtu.

"Mana ada, kalau tak orang dah tahu awal-awal." Bantah aku.

"Baik kau pergi beli pregnancy test kat pharmacy." Cadang mak aku.

"Eee, tak hingin! Dah la ma, orang nak makan. Ada pulak cakap pasal tu tengah makan."

"Ikut kau lah ngah. Ma bagi cadangan je. Kau solat dulu zohor kat sini." Mak aku terus bangun daripada kerusi lalu tinggal aku keseorangan.

"Orite!"

Cinta classmateDonde viven las historias. Descúbrelo ahora