21

14.7K 585 3
                                    

Lumrah jika perempuan datang bulan atau dikenali sebagai period. Hampir seminggu aku period. Lebih sengsara jika senggugut. Mungkin lelaki fikir ia tidaklah sesakit mana tetapi perempuan rasa seperti mahu tercabut organ dalaman.

Harini aku dapat solat kembali. Solat subuh aku solat bersama suami tercinta.  Aku merancang untuk ke pasar bersama Adam untuk mencari barang-barang dapur.

Ikan disini semuanya segar belaka kerana ikan mudah didapati disini. Aku ingat lagi, semasa umur belasan tahun.. Aku selalu ikut pakcik aku menangkap ikan pagi-pagi buta di tepi pantai.

Aku melihat terdapat pelbagai jenis ikan, lagi-lagi ikan siakap. Aku teringin pula nak masak ikan siakap tiga rasa.

"Abang, apa kata beli ikan siakap ni? Nanti boleh sayang masak siakap tiga rasa." Pinta aku.

"Nak berapa ekor?" Adam memandang aku.

"Dua ekor? Cukup?" Aku menyentuh ikan siakap didepan mata. Memang cukup segar untuk dimasak.

"Cukup lah tu. Beli lah, abang bayar." Adam menyerahkan wang rm50 sekeping.

Aku memilih dua ikan siakap yang besar dan bayar dengan menggunakan duit yang Adam beri.

Setelah membeli ikan, aku bersiar-siar di bahagian makanan. Aku ternampak kek coklat. Dulu aku suka makan kek coklat di dalam kelas. Jika coklat comot di mulut aku, Adam pasti akan menegur. Memang best masa sekolah menengah, tak sangka orang yang caring tu lah.. Jadi suami aku. Huhu.

Aku menarik Adam supaya pergi ke gerai kek coklat. "Abang, nak kek coklat ni tak? Sayang craving lah."

Adam meminta dekat penjual supaya memberikan dua bekas kek coklat. "Ni ye duit." Adam menguhulurkan duit kepada penjual.

"Terima kasih abang." Senyum aku.

"Baru kahwin ke?" Tegur penjual itu.

"Haah." Kata Adam.

"Sweet betul korang dua. Harap bahagia eh. Bukan senang nak kahwin masa muda.. Acik ni pun umur masa muda kahwin, banyak juga dugaan.. Tapi alhamdulillah bahagia." Terang penjual itu.

"Terima kasih mak cik. Inn shaa Allah saya ingat." Balas aku. Kami terus duduk di tempat duduk yang disediakan di pasar sebaik sahaja barang-barang yang dibeli sudah cukup.

"Abang, kek coklat ni nak makan tak?" Aku membuka penutup bekas kek coklat tersebut.

"Sayang suap lah." Pinta Adam.

Nak suap? Mengada betul suami aku ni. Tempat awam pun nak bersweet. Ish-ish-ish.. "Nganga mulut tu.." Aku menyuapkan sesudu kek.

Adam mengambil sudu ditangan aku kemudian mencedok kek coklat. "Nganga mulut. Kalini abang suap. Cepat bukak luas-luas."

Kek itu selamat masuk di dalam mulut aku. Aku pun makan dengan penuh selera. Memang sedap lagi-lagi moist coklatnya penuh.

"Sayang ni makan comotlah. Meh abang bersihkan. Daripada dulu selalu comot. Comellah sayang kalau makan kek coklat suka abang tengok. Geram! Macam nak cium je bibir sayang tu." Adam mengeluarkan tisu poket lalu mengelap bibir aku yang comot.

Mula dah suami aku gatal. Ni kalau dia berani, aku tumbuk muka dia kang. "Suka hatilah nak comot ke apa. Bukan muka abang pun. Bwekk!" Aku jelirkan lidah kepada suami aku.

"Ingat comel lah tu buat muka macam tu." Eh tadi kata aku comel. Sekarang nafikan pulak?

"Tadi abang yang cakap sayang comel. So mestilah sayang comel!" Adam mencubit pipi aku.

"Eee perasan! Nak abang habiskan atau sayang nak makan?" Tanya Adam.

"Abang makan lah. Sayang nak merajuk kejap! Sakit tahu tak kene cubit pipi!" Aku memusingkan badan sebanyak 90 darjah ke arah kanan.

Adam bangun kemudian melutut di hadapan aku. "Alololo, cubit pipi pun nak merajuk. Ni belum abang cium sayang depan orang ramai, nanti mesti tak nak bercakap dengan abang. Dah tak payah nak merajuk. Meh abang suap kek ni.. Kalau tak makan abang cium sayang depan orang ramai eh?"

Ish dia ni! Memaksa pulak. Terpaksa lah aku makan nanti tak pasal-pasal kena cium. Malu aku kang.

Aku mengangkat barang-barang. "Abang, jomlah balik. Ikan ni nanti berbau pulak."

Adam bersetuju. Kami terus pulang selepas membeli barang-barang.

+++

Usai solat isyak dan makan malam bersama-sama nenek dan atuk aku, aku terus duduk didalam bilik. Hanya termenung memikirkan jika aku ada anak. Teringat aku dekat anak mak cik aku. Petah bercakap walaupun baru 1 tahun. Teringin aku nak ada anak perempuan begitu.

Adam memerhatikan aku. Dia datang menghampiri lalu duduk disebelah aku diatas katil. Dia menyandarkan kepalanya di bahu aku. Tangannya ligat menyentuh aku.

"Abang, tangan ni jangan gatal-gatal." Marah aku.

Aku cuba untuk turun daripada katil.

"Sayang...." Panjang Adam panggil sayang.

"Abang nak ape? Nak air? Sayang boleh buatkan." Kata aku.

"Sayang tak teringin ke nak anak?" Tanya Adam.

"Teringin juga tapi sayang nak anak lelaki dulu. Boleh jaga anak perempuan bila dah besar nanti." Aku membelek-belek jari Adam. Kuku dia lawa. Putih sahaja.

"Nak anak kembar pun boleh sayang. Sayang.. Jom..." Matanya mula memandang ke tubuhku.

"Jom apa?.." Aku dah berdebar. Laki aku ni jangan bukan-bukan. Mentang-mentang aku pakai seluar pendek dalam bilik, jangan-jangan dia nak..

"Kata nak anak?" Adam mula menolak bahu aku supaya baring. Muka dia amat berseri.. Aku hilang tumpuan.

Aku cuba berdalih. "Tapi.." Mulut aku ditutup oleh jari telunjuk Adam. Jarinya mula turun daripada mulut ke dagu.. Daripada dagu ke dada..

Malam itu.. Aku sudah menjadi isterinya yang sebetul-betulnya. Kami melayari malam yang indah bersama. Menambah pahala dan membunuh syaitan-syaitan. Memang indah apabila berkahwin, mampu melakukan  segalanya dan mengelakkan daripada melakukan dosa. Semestinya aku seorang perempuan yang bertuah kerana berkahwin awal. Terima kasih Allah!

Cinta classmateKde žijí příběhy. Začni objevovat