5

17.8K 761 1
                                    

Aku terfikir untuk memberikan hadiah kepada Adam pada hari lahirnya tidak lama lagi. Puas aku tanya budak lelaki kelas aku apa yang lelaki suka. Namun hampa, jawapan mengarut diberikan.

"Ma, nak pergi mana?" Aku ternampak ibu aku bersiap-siap.

"Ma nak pergi Tesco." Bulat mata aku.

"Betul eh?, nak ikut!" Aku bingkas bangun lalu capai tuala di ampaian dan mandi.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Aku berjalan seorang diri memikirkan apa yang perlu diberi kepada Adam. Hampir 15 minit aku berjalan di bahagian yang sama. Entah apa yang aku fikirkan.

"Dik,tumpang lalu.." Berangan aku semakin pudar. Aku beralih ke tepi sedikit.

Aku terpandang ke arah kanan. Aku ternampak coklat 'Toblerone'. Aku pernah lihat rakan kelas aku membeli coklat tersebut.

Aku terfikir untuk memberikan coklat tersebut kepada Adam. "Amik ni je lah! Senang cerita.. Penat aku pusing-pusing daripada tadi."

Aku membayar coklat tersebut dan pulang ke rumah dengan gembira. Aku bercadang untuk menulis sebuah surat kepada Adam.

Aku mula menulis surat tersebut dengan 'Assalamualaikum'.... lebih afdhal.

Kemudian disusuli dengan ucapan.

Happy birthday Adam! Even baru hampir 2 tahun kenal, aku dengan kau dah rapat macam kawan baik.

Aku sambung menulis surat itu sehingga penuh dua muka surat. Aku sengaja pilih kertas itu mengikut warna kegemarannya.

Aku berhasrat untuk memberikannya kepada dia esok. Berasa gemuruh pun ada. Kemudian aku terfikir sesuatu tentang surat.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

"Happy birthday Adam!!!" Aku menghulurkan sebuah bungkusan berisi coklat.

Adam tersenyum. Subhanallah. Nak tercabut jantung aku. Senyumannya terlampau menawan.

"Terima kasih." Adam menyambut hadiah aku beri.

"Sama-sama. Sorry ar aku terpaksa bungkus dengan kertas putih takut ada cikgu nampak aku bawak coklat. Tadi kan ada spotcheck. Hehe nanti kena rampas, tak pasal-pasal aku tak dapat bagi kau."

"Tak pe. Tak kesah pon. Terima kasih sangat."

Aku membalas dengan sebuah senyuman.

"Okay lah aku nak pergi rehat dulu." Aku melambai kepada Adam sebagai tanda okay.

'Yesss! Misi surat bermula. Heheheheheheh'

Aku memerhati sekeliling. Tiada sesiapa. Aku mengeluarkan surat daripada poket baju sekolahku. Aku meletakkan surat berwarna peach itu ke dalam beg Adam.

Dan misi berjaya!!! Horeyyy!!

Malam itu aku cuba untuk chat Adam. Tetapi masih ragu-ragu untuk menegur dia. Aku solat dahulu untuk mengambil ketenangan dan kekuatan.

Usai solat isyak, aku terus menegur Adam di Whatsapp.

Assalamualaikum Adam.

Waalaikumsalam. Kenapa?

Aku ada benda nak bagthu. Tdi aku ada selit surat dekat dlm beg kau. Cuba cari kalau ada. Surat warna peach.

Inn shaa Allah aku cari. Btw, thanks au wish aku semalam dah la pukul 12.02 tepat dekat wasap.

Welcome. Dah jumpa surat bagi aku.

Aku terus off wifi untuk tidur kerana kepenatan. Boleh dikatakan aku tidur dalam keadaan tersenyum.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now