11

13.5K 606 2
                                    

Keesokannya..

Penat aku berjalan seharian.. Shopping sana.. Shopping sini.. Ni sebab ikut mak cik aku yang gila shopping lah ni.. Mak dengan mak cik aku lain  pun ikut join sekaki.

"Dah.. Jom balik." Yeay!! Tak ada lah sakit sangat kaki aku berjalan kehulur kehilir.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

"Angah kemas baju.. Kita nak pergi tempat lain.. Pergi ICT pulak malam ni ikut kawan ma.."

"Yeay!! Mina jom ikut?" Aku beria memohon Mina join.

"Mana boleh Mina ikut.. Esok nak balik Johor dah.." Alooo...

"Alah ma.. Cakap lah dekat Mak Long suruh ikut kita.." Aku merayu sambil membuat muka kasihan. Tak sanggup nak tinggalkan sepupu aku yang gila-gila sama dengan aku.

"Tak boleh lah.." Amaran mak aku dah diberikan. Suaranya keras. Serius.

"Ialah..." Aku menjeling kearah lantai. Kata putusnya adalah tak boleh..

Selesai kemas baju, aku bersama mak dan adik-adik aku tunggu di pintu utama kondominium. Menunggu sebuah kereta datang dan membawa kami.

"Tunggu siapa Nur?" Pak cik aku yang garang mula bersuara.

"Ni ha..Tunggu..kawan datang.." Suara mak aku agak sekat-sekat. Tangannya pula masih bermain handphone.

Sebuah teksi Avanza berwarna biru meluncur datang dan parkir di hadapan kami.

Rasa macam kawan ma. "Ma ni ke ma?"

"Dah jum angkat barang." Mak aku mula mengangkat beg dan barang-barang. Aku masih lagi tidak berganjak.

"Nur.. Kenapa lelaki pulak? Kata kawan.." Suara garang Pak cik aku mula bertanya soalan.

"Ni suami dia.. Isteri dia ada kat rumah.. Isteri dia suruh amik.." Mak aku bercakap tanpa memandang ke arah Pak cik aku.

Aku masih terdiam dan tidak bergerak. Masih lagi berdiri di sebelah Pak cik aku. Mak aku sudah memanggilku dengan bahasa tangan.

Aku meletakkan beg ke dalam kereta dan masuk. Tangan dilambai kearah Pak cik aku. Bye..

Kami tiba di sebuah hotel kecil di kawasan Selayang. Kami check-in.

Aku mendapat bilik yang mempunyai dua katil king. Aku berasa lega kerana dapat berehat. Tapi.. Lelaki yang membawa teksi tadi turut masuk ke bilik kami.

Apa masalah lelaki tu!! Aku mula menjeling kearah lelaki itu. Kau ni siapa sebenarnya.. Mesti ada sesuatu sampai nak masuk bilik aku..

Lelaki itu duduk di sebuah kerusi kecil di sebelah tv. Aku berasa tidak tenang. Aku masuk ke bilik air dan melepaskan hajat. Boleh rasa otak aku macam nak gila!

Akhirnya.. Lelaki itu keluar daripada bilik.. Aku terus pergi dekat mak aku.

"Ma! Apehal lelaki tu siap masuk bilik ni?" Suara aku makin kasar. Kemarahan di dalam dada membuak-buak.

"Ma pun tak tahu lah.." Kata tak tahu.. Tapi siap sengih-sengih. Apa sebenarnya rancangan korang ek? Ya Allah.. Bantulah hamba mu.

Aku makin buntu.

"Angah.. Tak payah tukar baju lagi. Kita pergi ICT kejap lagi."

"Okay" Hanya okay yang mampu terucap.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Balik daripada ICT, adik-adik aku si Hamizan dan Hamdan sudah pun lena tertidur.

Manakala aku.. Tak dapat nak lelap kerana aku terbaca chat mak aku dan lelaki itu.

Anak2 U kan dah tido.. Tapi bagi dyeorg tido di satu katil. Satu lagi untuk kita.

Aku tersentak. MashaAllah. Kerja ape yang mak aku nak buat ni. Ya Allah kau jauhkanlah semua ini.

"Angah tidur lah.." Mak aku cuba paksa aku tidur. No!! Aku tahu rancangan korang. So, aku tak akan tidur walaupun aku dah ngantuk!

"Tak nak lah.. Ni ade cerita best. Nanti orang tidurlah.." Memang ada cerita best pun dekat tv3 ni.

Mak aku mula tidak tenang. Kehulur-hilir dalam bilik tu. Kejap keluar.. Kejap masuk.

"Angah.. Tidurlah.. Ma ada reunion dengan kawan-kawan ma dekat bawah." Mana ada orang buat reunion pukul 1 pagi!! Dia ingat aku senang kene tipu! Mesti dia dah tempah bilik yang lain. Haih..

Mak aku sambung lagi. "Kalau adik nangis, call ma."

Mak aku pun berlalu pergi. Aku tahu, adik aku si Hamizan paling kuat menangis dan hanya mak aku yang berjaya pujuk.

Jadi aku terfikir satu idea!

Baru 10 minit mak aku keluar.. Aku cuba kacau adik aku supaya adik aku nangis. And.. Yess berjaya!

Berkali-kali aku call mak aku.. Selepas 4 kali barulah mak aku angkat. "Hello ma.. Adik nangis."

"Ma datang."

Pintu bilik aku terbuka. Pasti ma..

"Adik dah tido ni..Ma nak turun jap." Tak sangka mak aku nak pergi lagi! Rancangan aku gagal.. Aku hanya berserah kepada Allah. Hanya dengan membenci dalam hati yang mampu aku lakukan.

'Ni semua lelaki punya pasal!' Desis hati aku! Aku dah tak mampu menahan semua ini.. Lelaki lah penyebab mak aku lupa Allah! Aku berjanji.. Aku tak akan percaya lelaki jahanam!!!!

Cinta classmateDonde viven las historias. Descúbrelo ahora