31

15.4K 512 2
                                    

Aku terjaga daripada lena. Rasa macam lama betul aku tidur akibat keletihan. Aku pusing ke kanan untuk melihat jam dinding. Sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Rasanya Adam tak kerja tadi. Kemana perginya dia?

Aku turun daripada katil untuk turun kebawah. Mesti dia ada dekat bawah. Satu persatu langkah aku turun dengan berhati-hati.

"Abang.." Aku memanggilnya sebaik sahaja nampak kelibatnya.

"Eh sayang! Hati-hati! Nanti baby dalam perut tu sakit." Adam memapah aku ditangga terakhir.

"Apa abang merepek? Sejak bila sayang ada baby dalam perut?" Aku duduk di sofa.

"Tadi kan sayang tidur. Lama betul sayang tidur.. Abang call kawan abang suruh check sayang.. Mana tahu demam. Rupa-rupanya, ada bayi di sebalik perut sayang ni." Tangan Adam terus memegang perut aku.

"Doktor tu lelaki ke perempuan?"

"Kalau abang cakap lelaki?"

"Hah! Abang biar betul? Takkan abang sanggup? Abang mesti tipu kan?"

"Ahaha sayang ni! Baru nak kelentong sikit. Mestilah perempuan. Sayang kena jaga baik-baik baby ni, baby ni baru 2 bulan lebih. Nampaknya usaha kita nak buat baby haritu menjadi." Adam mengenyit-ngenyit matanya.

"Ish! Gatal betul abang ni! Alhamdulillah. Nampaknya kita kena buat makan-makan keluarga, kena jemput ma, ibu, abah, ayah dan lain-lain. Nanti kita buat suprise dekat diaorang. Tak sabar nak bagitahu Hafiz, biar dia cemburu tengok sayang!"

"Bagus juga idea tu. Apa kata minggu depan kita panggil semua? Sayang nak masak ke? Kalau tidak..abang tempah dekat Mak Jah?"

"Tak apa lah, biar sayang masak. Nanti abang tolong belikan barang dapur eh?"

"Inn shaa Allah."

Alhamdulillah, nampaknya aku dan Adam bakal jadi seorang mak dan ayah. Tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran bayi ni. Nampaknya lagi beberapa bulan lah aku kena tunggu. So, aku pun kena jemput Irah juga lah! Sebab kami berdua akan jadi mommy!

+++

"Jemput makan ye semua!" Kata Adam kepada tetamu yang hadir pada hari ini. Ofcourse lah parents aku, parents Adam, adik beradik aku dan dia juga turut hadir. Irah? Aku sudah bincang dengan husband aku, minggu depan baru panggil mereka. Barulah boleh rasa jadi mommy-mommy gitu.

"Abang, sebelum balik nanti jangan lupa bagitahu." Bisik aku di telinga Adam.

"Inn shaa Allah, abang tak lupa."

"Ma, ibu.. Best berbual?" Aku cuba mula menyelit diantara perbualan mereka.

"Ish kamu ni. Tak ada, ma dengan ibu kamu ni berbincang pasal kawan sekolah lama."

"Haah! Betul tu. Tapi, ibu pelik lah. Kenapa tiba-tiba jemput semua makan-makan hari ni?" Alamak! Semua pandang aku. Nak jawab apa ek?

"Ania! Sini jap.." Adam sudah panggil. Aku terus toleh kebelakang.

"Kejap ye, suami dah panggil hehehe." Nampaknya aku sudah terlepas daripada soalan itu.

"Kenapa bang?"

"Kuah koktail dah habis. Kat mana sayang letak?"

"Dekat tepi pinggan mangkuk kat dapur.."

Sudah makan, semua berkumpul di hadapan tv. Tengok apa? Tengok cerita favourite aku iaitu Manisnya Cinta di Cappadocia. Ni mesti Hamdan yang pasang.. Sebab dia suka selongkar cd dekat rumah aku.

Sweet betul Shaheizy Sam dalam cerita tu, sanggup jadi driver bas padahal pilot.. Jam dah nak pukul 10 malam. Aku terdengar abah dah nak balik. Aku terus dapatkan Adam, nak suruh dia umumkan.

"Okay." Kata Adam sebaik dengar bisikan aku.

"Perhatian! Niat sebenar kami buat makan-makan malam ni, sebab nak umumkan tentang Ania mengandung!"

"Ia ke?" Ma dan ibu berbalas pandangan. "Alhamdulillah! Jadi nenek lah kita nanti!"

"Alhamdulillah! Dah-dah, Puan Ainur! Jom balik, dah pukul berapa dah ni.. Nanti kita datang balik." Abah sudah keluarkan arahan. Nampaknya semua ingin pulang apabila abah beri arahan.

"Terima kasih sebab datang ye semua." Kata aku.

"Ania, jaga baik-baik cucu ibu ni, kalau nak makan apa-apa.. Bagitahu ibu, nanti ibu masakkan."

"Inn shaa Allah." Kata aku sambil bersalam dengan Ibu.

+++

"Argh!!! Kau biar betul Ania? Kita sama-sama jadi ibulah!" Kata Irah.

"Tapi kau jadi ibu dulu nampaknya!"

"Eleh kau! Blah ar.. Lambat ke cepat ke.. Sama je.."

Hujung minggu ini, seperti yang aku inginkan.. Irah dan suaminya datang bertandang ke rumahku. Perut Irah makin besar dan mukanya turut membesar. Ahaha bukan lah, makin tembam.

"Kau ni bila bersalin? Tak sabar aku nak tengok anak kau. Ni lelaki ke perempuan?" Aku dan Irah berbual di sofa manakala husband-husband tu berbual di meja makan. Mereka beri peluang kiteorang duduk di kerusi empuk ehehe.

"Mungkin lagi dua bulan. Cuba teka lelaki ke perempuan?" Aku terus memerhati perutnya. Orang kata kalau perut bulat maksudnya perempuan.

"Perut kau bulat ni.. Perempuan eh?" Teka aku. Aku rasa betul!

"Ahahahah! Kau ni.. Mana kau dapat info tu? Betul lah anak aku perempuan."

"Yes! Nureen bagitahu aku. Kau tahu je lah dia ni kaki info lagi-lagi pasal mengandung. Dia dah tak sabar nak mengandung. Belum kahwin ada hati nak mengandung ahahah." Gelak sakan kami berdua. Bila cerita mengenai Nureen, aku teringat akan Rith.

"Nureen macam mana sekarang? Dia dah ada boypren belum?" Irah pasti sudah lama tidak berjumpa dengan Nureen.

"Guest what? Haritu aku jumpa dia, dia dah bertunang."

"Lah iyeke? Tak pe, aku akan pastikan masa kahwin nanti dia jemput kita."

"Wei.. Dah lah jom makan. Aku masak sedap-sedap tu." Aku mempelawa dia untuk merasa hidangan aku.

"Tak sabar aku, kau kan dulu kaki memasak dekat sekolah.. Sampai Adam pun terpikat. Ahahaha."

"Betul lah tu!" Entah daripada mana sesat si Adam ni. Curi-curi dengar ke cik abang? Ahaha.

"Eleh! Abang tu cakap je lebih."

"Eh? Abang pulak kena. Saiful, jom lah makan. Ibu-ibu dekat meja ni dah tak sabar nak makan. Anak dalam perut kebuluran." Pecah gelak seorang-seorang. Habis riuh rumah. Suara di dalam tv pun tidak boleh lawan.

Masing-masing makan dengan penuh selera. Sambil makan sambil cerita mengenai anak Irah yang tidak lama lagi akan lahir. Aku pula teringatkan Rith. Dia pernah cakap dia juga duduk di JB. Inn shaa Allah jumpa satu hari nanti.

Cinta classmateDonde viven las historias. Descúbrelo ahora