28

11.8K 525 22
                                    

"Rith! Aku nak minta maaf. Sorry kalau aku berkasar dengan kau. Aku terus jadi berang bila kau kata kau boyfriend isteri aku." Adam menghulurkan tangan untuk meminta maaf kepada Rith.

Keadaan sudah pun reda. Nureen sudah menjelaskan perkara sebenar kepada Adam. Mujur Nureen tiba pada waktu yang tepat bersama tunangnya.

Rith menyambut salaman tersebut. "Aku pun nak minta maaf. Aku tak tahu pulak dia ni isteri kau. Patutlah selama ni bila aku cuba nak takle Ania ni, dia tak suka. Rupanya dah kahwin. Kau beruntung dapat Ania ni beb! Kau patut hargai dia, jangan bagi dia sedih walaupun sikit. Dengar tu bro!"

Adam yang dengar tu tercengang. Aku yakin dia pasti terasa. Aku berharap Adam terasa kerana buat aku sedemikian rupa.

"Inn shaa Allah bro! Aku akan dengar nasihat kau." Adam melemparkan senyuman terbesarnya kepada Rith.

"Okaylah, aku balik dulu. Lagi satu, aku duduk Johor. Aku yakin kita akan jumpa lagi. Bye! Yan jom balik!" Rith dengan tunang Nureen sudah pun beredar pulang. Aku? Masih lagi terdiam. Tak tahu macam mana nak mulakan perbualan dengan Adam.

"Nureen.. Diaorang dah balik tu. Jom lah kita balik." Aku terus menarik tangan Nureen menuju ke kereta Saga berwarna hitam milik Nureen.

"Suami kau, wei?" Tanya Nureen.

"Lantak dialah! Dia nak ikut, dia ikut. Itu dia punya pasal. Aku tak nak tahu." Aku terus masuk kedalam kereta.

Sampai sahaja di rumah Nureen, aku mendapati Adam juga berada di depan rumah. Rupa-rupanya dia follow daripada belakang. Apa lagi dia nak sebenarnya. Aku naik rimas.

Aku keluar daripada kereta. Aku menghampiri Adam yang berada di pagar rumah Nureen. Nasib baik dah petang, jadinya tak ada lah panas sangat.

"Nak apa lagi? Tak cukup tumbuk orang?" Perli aku. Siapa tak geram? Dah lah curang, lepastu tiba-tiba serang orang. Makin mendalam luka aku.

"Sayang, balik JB eh?"

"Kalau aku kata tak nak?"

"Tempat isteri disisi suami. Dianggap derhaka kalau tak dengar cakap suami." Gulp! Tertelan air liur aku dengar perkataan derhaka tu.

"Okay fine! Tapi kita belum lagi settle okay! Tunggu jap." Aku terus masuk ke dalam dan mengemas beg-beg aku.

'Tahulah dia suami tapi tak payah lah nak guna perkataan derhaka tu! Ingat aku ni sorang je derhaka? Dia tu tak jaga hati aku boleh pulak!' Desis hati aku. Sempat lagi marah-marah, tapi dalam hati je mampu.

Aku keluarkan beg daripada dalam bilik dan meletakkan berhampiran pintu rumah.

"Nureen, aku balik dulu tau. Nanti nak kahwin jangan lupa ajak aku. Terima kasih sebab sanggup tumpangkan aku selama beberapa hari ni." Aku berkata sambil berpelukan dengan Nureen.

"Kau ni, tak ada hal lah! Small matter only. Nanti kalau ada masalah ke apa, berbincang dulu dengan suami kau okay?" Aku hanya menggangguk tanda faham.

Beg-beg aku dibawa keluar. "Meh saya angkat." Adam cuba menawarkan diri. Aku tahu dia cuba ambil hati aku balik, tapi aku tidak tahu agenda disebalik kebaikan yang dia lakukan.

Sepanjang perjalanan pulang ke JB, hanya suara radio yang menemani. Aku langsung tidak bersuara sebaliknya memandang ke luar tingkap sahaja. Adam pula ralit memandu.

"Sayang." Adam cuba menghidupkan suasana.

"Boleh tak jangan panggil sayang? Rimas tahu tak?"

"Okay-okay! Ania. Nanti balik saya nak bagitahu awak sesuatu."

Cinta classmateWhere stories live. Discover now