16

13.5K 630 25
                                    

Hari yang dinantikan oleh semua orang telah pun tiba. Abang aku pun pulang untuk meraikannya bersama aku. Ramai jiran-jiran aku saling bantu membantu. Sepupu-sepupu aku yang berada di utara pun datang. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan aku yang setia disamping dan kawan sekolah dahulu.

Sampai sekarang, aku masih lagi tidak dapat hubungi Adam. Mungkin dia belajar di luar negara. Entah lah.. Lupakan lah..

Teringat aku betapa meriahnya malam tadi ketika merewang..

Irah dan suaminya datang di malam hari untuk membantu keluarga aku merewang. "Ania, ada apa-apa aku boleh tolong?"

"Weh!! Ya Allah, ingat datang esok. Mana suami kau? Kau nak tolong eh? Boleh lah amik tembikai tu potong-potong." Aku sibuk dipakaikan inai di jari oleh Mak Cik aku di dalam rumah. Kesian yang lain, disebabkan aku semua penat.

"Tak, aku datang malam ni sebab nak tolong kau. Suami aku ada kat luar, berbual dengan ayah kau. Aku pergi dulu eh.. Nak tolong mak kau dulu." Irah beredar pergi.

Biasanya malam-malam macam ni, bakal pengantin perempuan sibuk berhias. Pakai inailah, nak putihkan muka lah.. Yang lelaki pula tolong memasak. Tapi pengantin lelaki aku, batang hidung pun tak nampak.

"Oi!" Irah menerjah. Terus hilang lamunanku.

"Eh kau rupanya, lawa baju kau. Bila kau sampai?" Muka aku sedang di mekap oleh Mak Andam.

Ish..ish..ish. "Kau ni, dah lama aku sampai. Kau je tak perasan. Tahu lah tengah berangan pasal malam ni.." Aku terus menerajang perlahan dekat Irah.

Irah mengelak. "Kau ni, dah nak kahwin pun ganas lagi. Memang patutlah kawan kau aku sorang je perempuan. Mana tak nya, ganas sangat ahaha."

Aku tak mampu nak gerak, Mak Andam sedang mekapkan aku. Kalau tidak, aku balik mekap ni dekat Irah.

"Untung kau Ania, dapat suami idaman. Hensem pulak tu." Aik? Apa maksud Irah?

"Apa maksud kau?"

"Tak de lah.. saja.." Ye ke? Jangan-jangan Irah dah tengok siapa Eric.

Mak Andam menyudahkan solek. "Okay dah siap. Simple seperti yang awak nak."

"Terima kasih." Terasa ngantuk pula tutup mata lama-lama.

"Sama-sama. Nanti pakai tudung hati-hati. Jangan sampai kena mekap." Mak Andam tersebut mengemas barang-barangnya dan menunggu di luar.

Irah mengambil tudungku. "Meh aku tolong kau lilit tudung."

Siap juga akhirnya. Aku memakai baju pengantin berwarna putih dan bercorak hitam. Tudung pula berwarna putih.

Mak aku masuk ke bilikku. "Angah dah siap? Jom. Pengantin lelaki dah sampai."

Aku berjalan keluar daripada bilik dan turun menerusi tangga dengan mukaku tertutup. Aku pun tak tahu kenapa Irah menutup muka aku dengan menggunakan kipas tangan.

Aku tak dapat melihat berapa ramai yang hadir dan siapa pengantin lelaki. Sehinggalah tok kadi memberikan surat untuk ditandatangani.

Ayah aku sebagai wakil yang mewalikan aku. "Adam Aldric bin Nazim. Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku iaitu Ania Zahra binti Ghulaman Zakiya dengan mas kahwin sebanyak RM seribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Ania Zahra binti Ghulaman Zakiya dengan mas kahwin sebanyak RM seribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah"

Aku terkejut. Rupa-rupanya!! Adam kahwin dengan aku. Macam nak pengsan!!!!! Ya Allah... Perancangan kau sentiasa yang terbaik.

"Tahniah Ania!!" Irah yang menjadi pengapit aku di atas pelamin mula membisik di telinga aku.

"Aku rasakan, kau dah tahu kan sebenarnya?"

"Tahu ape?"

"Pasal Adam bakal suami aku." Aku mula memandang ke arah Adam. Adam senyum.

"Heheh, adalah!"

Aku langsung tidak bercakap dengan Adam melainkan semasa acara membatalkan wudhu' tadi. Malu woi!! Kalau aku tahu siapa punya rancangan, memang aku lipat macam ketupat nanti!

+++

Majlis sudah pun habis. Aku masuk ke bilik untuk menunaikan solat asar. Mujur majlis mula pukul 2 jadi aku sempat solat zohor tadi.

Baru masuk dua langkah ke dalam bilik, aku merasakan tangan aku ditarik. Aku pusing ke belakang. Adam yang menarik tangan aku. Aku menarik kembali tangan aku. Tidak biasa lelaki menyentuh aku.

"Ania." Adam memulakan bicara.

"Nak ape?" Ingat Ania. Lelaki tak boleh dipercayai!

Adam senyap. "Solat sama-sama eh? Saya jadi imam."

Nak gugur jantung aku. Tak pernah-pernah solat berduaan.

"Okay. Aku ambik wudhu' dulu."

"Assalamualaikum warahmatullah." Usai solat asar bersama. Aku lantas bangun untuk menukar baju.

"Eh awak nak pergi mana?" Adam bertanya.

"Aku nak pergi tolong orang basuh pinggan dekat belakang. Lagi satu, dah siap kan? Boleh tak keluar sekejap? Sebab aku nak tukar baju." Kata aku dengan kasar.

Adam senyum. Eh mamat ni, senyum-senyum pulak.

"Apa salahnya? Saya suami awak. Tak kan tak boleh tengok?" Eeeee!! Aku terus ambil bantal di katil dan baling dekat Adam.

"Ish ganasnya!! Okay-okay. Saya keluar." Ha, mengalah pun!

Cinta classmateWhere stories live. Discover now