10

14.8K 581 17
                                    

Buka sahaja mata, jam menunjukkan pukul 9 pagi. What!! 9 pagi? Fuhh nasib baik ABC. Ehh...bukan makan abc. Tapi orang kata, Allah Bagi Cuti. Eheheh. Kelebihan perempuan.

"Hah bangun pon kau..! Kejut banyak kali tak bangun-bangun.." Memang acapkalinya mak aku sering membiasakan diri memanggil aku sebagai 'kau'. Ganas bukan?

Menarik bantal adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menutup muka.

"Dah tak payah nak amik bantal apa semua, pergi siap-siap.. Cik Maz kau dah buat nasi lemak special punya.." Bantal yang ditarik tadi mak aku merampas kembali.

Mak aku ni kecoh lah!! Terpaksa lah aku ikut juga cakap mak kesayangan ni.. Kalau tak derhaka orang kata! "Ya..ya.. Orang mandi lah ni......"

Terus aku bangun dan capai tuala berwarna merah kepekatan dan melangkah masuk ke bilik air.

Usai mandi, aku berpakaian kemas di pagi hari. Perut aku terasa lapar. Mak oi!! Dah nak tengahari rupanya.. Memang lah perut meragam.

Aku menarik telinga mak aku untuk menghampiriku. "Ma orang lapar.." Suara aku sedikit perlahan.

"Hah?" Ma ni pon satu.. Telinga dah dekat..

"Orang lapar lah..."

"Tu ha Cik Maz kau ada buat nasi lemak pagi tadi.. Ada bawah tudung saji. Pergi lah buka.." Kata Puan Ainur dengan suara yang kuat.

Adoii!! Kenapa ma cakap kuat-kuat... Ni yang nak nangis ni. Karang Cik Maz dengar.. Malu lah aku..

Cik Maz muncul di meja makan. "La.. Lapar ke? Meh sini.. Ada lagi nasi lemak ni.." Tangan Cik Maz mula menyedok nasi lalu diletakkan ke pinggan.

Aku teragak-agak.. Malu lah katakan!! Ahaha apepon kita makan..

"Bismillahhirrahmanirrahim................" Aku mula membaca doa makan dan menjamu selera.

Subhanallah.. Sedap nya!! Fuhh.. Siap menjilat jari.. Nak tambah lagi boleh tak? Huhuhu ni lah kerja aku. Lapar je kerja.

"Angah.. Nak lagi tak? Pergi ambil dekat periuk. Makan kenyang-kenyang, lepasni nak pergi kondominum yang Pak cik kau sewa." Perasan pula mak aku ni..

"Ye ke? Ha okay-okay. Pukul berapa nak gerak? Ingatkan duduk sini je." Rancak mulut aku berbicara, nasi pun berancak juga bersembur keluar daripada mulut.

"Tak lah.. Pergi lepas solat zohor. Nantikan nak hantar tok ngan tokki kau tu pergi dekat airport." Puan Ainur pun berlalu pergi meninggalkan aku seorang makan di ruang makan.

•~•~•~•~•~•~•~•~••~•~•~•~•~•~•~•~

"Wowwwww...." Ternganga mulut aku apabila tiba di kondominium yang mak aku kata. Siap air-cond, tv besar beserta astro, bilik luas dan macam-macam lah.

"Tutup mulut tu Ania. Kekgi (nanti) masuk lalat baru tahu." Tu dia.. Sepupu daripada Terengganu menegur. Maklumlah kita orang Terengganu. Heheh.

Aku melontarkan sebuah senyuman daripada pintu masuk. "Ya..ya. Hehe. Bilik ada berapa? Dua ke se (satu) je Mina?" Saja aku bertanyakan soalan itu sedangkan aku sudah tahu.

"Ada dua.. Meh sini.." Mina mula menunjukkan bilik utama yang semestinya luas dan sebuah katil king beserta tandas didalam bilik itu.

"Tu bilik perempuan.. Jadi kalau mu (kau) nak bubuh(letak) barang.. Bubuh dalam ni.." Aku mula meletakkan beg di tempat yang Mina tunjuk.

"Dah tu bilik satu lagi? Besar pon sama ke?"

"Tu bilik lelaki. Kecik je bilik.. Ada katil single dengan gerobok serta cermin." Bilik ini tentulah tak besar dan ruangannya sedikit sempit.

"Ouh.. Jomlah siap-siap. Lepas maghrib nak pergi dekat tempat haji tu pula.."

Sepanjang perjalanan ke tempat Tabung Haji di Kuala Lumpur.. Pelbagai kerenah kami tempuhi. Ada yang kencing dalam botol kerana tak tahan kesejukan di dalam kereta akibat traffic jam.. Semestinya budak lagi.

Lebih kurang pukul 10 malam barulah kami tiba. Rasa ngantuk pun ada. Mujurlah ramai sepupu aku yang hadir daripada Kedah, Kuantan dan Terengganu. Dapatlah bermain-main.

Masa menunjukkan hampir 1 pagi. Aku sudah tidak tahan dengan mata aku yang hendak tidur. "Ma ngantuklah!!" Aku terpaksa jerit sedikit kerana terlalu ramai orang.

"Pergi mintak dekat Pak Cik kunci kereta, pastu tidur dalam kereta." Bila mendapat arahan.. Aku terus berlari kearah Mina yang sebaya denganku dan minta kunci.

Kami berada di sebuah kedai yang berhampiran dengan kawasan itu. Ni semua gara-gara Pak Cik aku.. Dia tak nak bagi kunci kereta. Terpaksa lah aku join dia melepak.

"Pukul berapa dah?" Pak Cik aku menegur. Tangannya cuba tunjuk kearah pergelangan tangannya.

"Dah nak pukul 2..." Membungkam mata Pak Cik aku. Pak Cik oi!! Aku dah letih.. Orang Indon kata capek..

"Dah lah jom balik.. Yang lain tu naik kereta lain.." Yess. Green light!

Cinta classmateWhere stories live. Discover now