20

15.2K 603 8
                                    

Perjalanan ke Terengganu mungkin mengambil masa lapan atau sembilan jam. Berpandu kepada kelajuan yang dipandu . Aku sengaja memilih negeri ini kerana negeri ini mempunyai keindahan alam yang teramat cantik. Semestinya pantai!

Kampung aku tidak berada di Kuala Terengganu, tetapi hanyalah di kawasan Dungun. Kampung aku ini mempunyai keunikannya. Banyak kenangan aku disini. Disini jugalah tempat aku lahir.

Aku memandang kearah suami aku. Dia kelihatan letih. "Abang ngantuk ke?"

Suami aku hanya memandu. Langsung tidak memandang ke arah aku. "Tak pe, sikit lagi nak sampai."

Suami aku pun pernah tinggal di Terengganu tetapi hanya sementara. Itupun dia kena pindah bersama keluarga kerana urusan kerja ayahnya.

Aku membiarkan suami aku memandu. Tinggal beberapa kilometer sahaja.

"Sayang, dah sampai kawasan Dungun ni, nak belok mana?" Tegur suami aku.

Aku memerhati sekeliling. Sudah berada di traffic light di hadapan Sekolah Menengah Sains Dungun. "Kena U-turn ni, lepastu ada simpang kecil abang belok kiri."

Suami aku hanya ikut arahan yang diberi.

"Belok kiri. Straight.. Je.. Nanti ada satu kedai tu berhenti tepi."

"Kenapa suruh berhenti tepi?" Soal Adam.

Aku memandang ke luar tingkap kereta. Aku tersenyum. "Dah sampai lah! Tu ha rumahnya!" Rumah nenek aku berada di tepi kedai. Rumah masih lagi tradisional.

Walaupun sekeliling rumah nenek aku rumah banglo, tetapi rumah nenek aku paling cantik kerana masih mengekalkan rumah zaman dahulu iaitu rumah kayu.

Suami aku turut memandang kearah kiri. "Kalau macam tu abang masukkan kereta dalam pagar lah. Parking di bawah garaj." Garaj lama masih lagi kukuh. Atuk aku bina muat untuk dua buah kereta.

"Boleh je."

Nenek dan atuk aku sudah terpacak di pintu dapur. Sedia untuk menyambut cucunya.

"Assalamualaikum!" Daripada jauh aku menjerit.

"Waalaikumsalam." Jawab mereka.

Aku turun daripada kereta bersama suami aku. Aku mendapatkan nenek dan atuk aku kemudian menyalami mereka. Biarpun usia mereka sudah lanjut, tetapi masih lagi kuat untuk berdikari.

"Mari ar masuk, tok buat tomyam arini. Gi bawak masuk beg-beg dulu kat dalam bilik utama. Lepas maghrib nanti makan sama-sama." Memang orang timur memanggil nenek sebagai 'tok'.

Adam mengangkat kesemua beg yang berada didalam kereta dan meletakkanya di dalam bilik utama. Bilik utama itu dulu milik mak teh aku. Sekarang sudah duduk Kedah, jadi bilik itu kosong. Bila cuti sahaja bilik itu digunakan.

"Alhamdulillah dah sampai pun." Kata Adam.

"Abang pergilah mandi dulu.. Ikut tokki pergi sembahyang di masjid." Tokki aku memang rajin pergi ke masjid. Lagipun masjid tidaklah jauh mana. Jalan kaki pun boleh sampai.

Adam mencapai tuala di beg. "Sayang period kan? Lepas abang balik nanti kita makan sama-sama." Baiklah boss!

"Haah sayang period. Sayang tak boleh solat. Abang mandi dulu, nanti tak de lah terkejar-kejar nak pergi masjid." Ingat jugak suami aku pasal aku. Ingatkan dah lupa.

Adam terus pergi ke bilik air dan mandi.

+++

Keesokan harinya, aku terbangun dari lena pada pukul 5 pagi seperti biasa. Aku tahu aku tidak boleh solat tetapi aku perlu mengejutkan suami aku supaya dia pergi ke masjid dan solat.

"Abang.." Aku menepuk-nepuk lengannya. Masih tidak bangun.

'Nak kejut macam mana ek? Mesti letih memandu semalam. Siannya suami aku.' Celoteh hati aku.

Aku terfikir satu idea. "Abang, bangunlah.. Dah subuh.. Pergi masjid. Kalau abang tak bangun.. Sayang cium bibir abang eh?" Gertak aku.

Aku cuba menghampirkan bibir aku dengan bibir Adam. Cupp! Suami aku mencium bibir aku. Aku tergamam.

"Eleh, kata nak buat? Abang jugak yang buat.." Adam!! Malulah aku..

Adam terus menolak badan aku dan kini badan Adam betul-betul berada di atas aku. Dengan keadaan suami aku hanya memakai singlet, menampakkan suami aku seksi.

Muka Adam makin dekat dengan muka aku. Aku tak sanggup nak buat onar di pagi hari. "Abang nak buat apa ni?! Abang kena ingat, sayang period ni.. Mood tak okay!!"

Amaran aku tidak berjalan. Dia masih tidak berganjak. Aku makin lemas. Aku menolak badannya yang sasa itu. Mana larat nak angkat suami aku. Suami aku terus mencium pipi aku dan pergi mandi.

Aku menggelengkan kepala. "Ada-ada je suami aku ni." Terlekang senyuman aku di bibir. Jari jemari aku menyentuh bibir. Teringat balik tadi suami aku cium. Macam nak jerit pun ada. Aku menyambung tidur kembali.

Pukul 7 pagi aku sudah bersiap-siap untuk berjalan-jalan di sekeliling kampung. Aku pergi ke dapur. Makanan sudah pun terhidang. Tak kan nenek aku yang beli?

"Tok, sape beli makanan ni?" Tanya aku.

"Suami mu ar beli pagi tadi. Lepas balik daripada masjid. Agaknya dia singgah dekat kedai sebelah masjid kot." Ye lah kot. Rajin suami aku. Ahahah.

Suami aku turut berada di dapur. Cukup kemas dia hari ini. Baju t-shirt lengan pendek dan seluar slack hitam. Dia duduk di meja makan.

"Abang nak makan ape? Ni ada nasi lemak dengan mee." Aku sudah sedia mencedok makanan.

Adam tunjuk ke arah mee. "Bagi mee je lah."

Aku menyediakan makanan. "Abang, lepasni kita jalan-jalan kampung tau. Ambik angin segar."

"Abang okay je daripada duduk tak buat apa-apa."

"Bagus juga tu.. Nanti pergilah tengok pantai.. Tak pun tengok kebun atuk dekat belakang ni." Sampuk nenek aku.

"Okay!" Aku mengambil mee dan makan.

Kini masa untuk bersiar-siar di kawasan kampung. Aku pergi ke pantai dahulu. Hanya beberapa langkah sahaja daripada rumah. Keluar daripada pagar dan terus.

"Abang, nak tahu tak?" Aku memulakan bicara sambil berjalan di tepi pantai.

"Macam mana abang nak tahu kalau sayang tak bagitahu lagi." Bergurau pulak suami aku.

"Sebenarnya.. Sayang minat kat abang daripada sekolah menengah lagi. Sayang tunjuk tajuk-tajuk novel yang menunjukkan perasaan sayang kat abang contohnya.. 'I LOVE YOU, STUPID!'. Abang langsung tak faham maksud disebalik tajuk tu. Banyak lagi sayang tunjuk tapi abang buat tak tahu je." Tertunduk aku.

Suami aku mengangkat muka aku. "Alololo siannya sayang."

"Mestilah kesian! Sayang ingat lagi dulu masa abang minat dekat Siti. Sayang dapat cam sebab abang selalu tanya pasal Siti. Rupanya memang betul abang minat dia. Masatu patah seribu hatiku~~" Mula dah aku nyanyi lagu Patah seribu by Shila Amzah.

Suami aku menekup mulut aku. "Dah!"

Aku pelik. Kenapa tiba-tiba je ni? "Kenapa?"

"Abang tak nak orang lain dengar suara comel isteri abang. Cukuplah abang sorang je dengar." Ish! Aku ingat suara aku sengau ke ape.. Rupanya..

"Abang ni! Orang betul-betul lah!"

Adam mengangkat aku. Dia berpusing 360 darjah sambil menjerit "Abang pun cintakan Ania!!!"

Tak sangka aku bahagia disisi suami tercinta. Ania pun cintakan abang!

Cinta classmateWhere stories live. Discover now