22

14.6K 560 14
                                    

Setelah siap solat subuh, aku terus mengemas cadar katil, membasuh baju, menyapu rumah dan sebagainya. Aku teringin nak makan nasi lemak. Lapar pula lepas penat buat kerja. Aku memasak nasi lemak kemudian makan bersama suami tercinta.

Aku langsung tidak berbual dengan Adam pagi itu mungkin sebab malu kerana semalam. Aku masuk ke dalam bilik dan merenung ke luar jendela. Pinggang aku dipeluk oleh seseorang daripada belakang ketika itu. Aku yakin pasti Adam jadi aku membiarkannya.

"Abang eh?" Tegur aku.

"Yup. Tak sangka seksi juga isteri abang semalam." Kata Adam.

"Abang ni.. Perkara yang lepas tak payah diungkit." Aku terasa hangat bila didakapan suami aku di pagi hari.

"Comel je muka sayang walaupun dalam gelap. Ahaha." Mula lah tu nak sakat aku. Malas nak jawab, nanti habis aku kene lagi.

"Sayang.. Sayang tak jawab lagi soalan abang haritu." Soalan yang mana ek? Banyak soalan suami aku.

"Soalan apa?" Aku menggaru kepala aku yang tak gatal.

"Saiz apa sayang punya coli?" Tanya Adam.

"Abang ni!" Aku terus cubit lengan Adam. Mana tak nya, soalan pelik-pelik ditanya. Cuba tanya aku suka apa ke, suka warna ape ke, ni tak!

"Auw! Sayang! Abang geletek nanti!" Ugut Adam.

"Geletek lah!" Adam terus menggeletek aku. Aku ketawa berdekah-dekah.

"Abang! Stop! Dah! Gelilah!!" Jerit aku.

"Tahu pulak geli, tadi suruh sangat. Sayang.. Abang bersyukur sangat dapat kahwin dengan sayang. Walaupun sayang ni pendek tapi tetap comel dimata abang. Abang doakan sayang dapat masuk syurga sama-sama dengan abang okay!"

"Terima kasih abang! Inn shaa Allah cinta kita sampai ke syurga". Aku terus mencium pipi suami aku. Memang aku mencintainya sejak dahulu cuma ego yang menutupi cinta.

"Lagi satu abang! Terima kasih sebab tak malu masa teman sayang beli coli haritu. Ehehe. Kalau abang nak tahu kan, masa sayang belum kahwin.. Sayang pernah jumpa satu pasangan kahwin macamtu. Nampak bahagia je kan.. Macam kita." Luah aku. Memang betul apa yang berlaku.

"Lah iyeke? Ingat abang orang pertama yang berani buat macam tu. Melepas lah abang. Tak apa, lepasni abang yang beli coli untuk sayang. Sayang cuma bagitahu je nak warna apa, saiz apa, corak apa." Tersenyum aku. Pandai suami aku buat lawak.

"Apa lah abang ni! Ke situ pulak jadinya. Dah la jom kemas barang-barang nanti nak balik Johor dah." Aku mula berpusing untuk pergi mengemas beg.

Adam menahan daripada bergerak. "Nanti dulu, abang ada benda nak bagitahu. Nanti balik abang ada suprise untuk sayang. Tunggu eh sayang!" Suprise apa pulak ni? Ada-ada je lah.

"Iyalah abang. Sayang ikut je."

+++

Beberapa jam berada di dalam kereta membuatkan badan aku lenguh dan sakit sendi-sendi belakang. Kami singgah di kedai makan dahulu sebelum pulang ke rumah mak aku.

Seperti biasa aku akan memesan tomyam ayam dan nasi putih dua beserta telur dadar. Itu sahajalah makanan kegemaran aku dan Adam.

"Sayang.. Ingat tak abang ada suprise nak bagitahu?" Kata Adam semasa makan di restoran.

Aku berfikir. "Ouh a'ah ada. Kenapa?"

"Nanti abang tunjuk ye.."

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mak aku, Adam menggunakan jalan lain. Aku hairan. Kemana pula nak pergi?

"Abang.. Rasanya ni bukan jalan nak balik rumah ma?" Jalan yang dituju menuju ke arah rumah teres dua tingkat.

"Okay dah sampai!" Adam memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat yang besar berwarna putih. Adam keluar daripada kereta dan membuka pagar. Dia memakirkan kereta di halaman rumah.

Aku hanya menjadi pemerhati. Rumah siapa ni? Kenapa nak datang sini? Jangan-jangan rumah isteri nombor dua? Maklumlah aku tak ada rumah.

"Jom masuk." Pelawa Adam.

Aku keluar daripada kereta dan masuk ke rumah tersebut. Memang cantik! Perabotnya tidak berserabut dan simple. Memang ikut citarasa aku.

"Abang! Ni rumah siapa?" Tanya aku.

Adam berdiri dihadapan aku sambil memegang kedua-dua tangan aku.

"Sebenarnya, ni lah rumah kita." Aku terperanjat. Sejak bila pula aku dengan Adam beli rumah?

"Abang beli rumah ni sebulan sebelum kita kahwin. Abang dah standby awal-awal. Masa kita pergi cuti dekat Terengganu, kawan abang yang uruskan perabot dalam rumah ni. Lawa kan?" Terang Adam lagi.

"Ya Allah abang! Cantik! Alhamdulillah. Jadi ni lah suprise yang abang kata tadi?"

"Yup and one more thing.." Adam mengeluarkan sejambak bunga di tangan daripada belakang badannya. "Khas untuk sayang only." Adam mencium dahi aku.

"Terima kasih abang. Muah sayang abang!" Aku menyambut sejambak bunga itu. Sungguh terharu.

"Sayang berehat dulu, abang angkat barang jap." Adam bergerak ke kereta untuk mengangkat barang-barang manakala aku naik ke atas untuk menukar pakaian.

Setelah Adam selesai mengangkat barang-barang, dia naik ke atas dan masuk ke bilik. Aku kasihan melihat suami aku. Dah lah memandu kereta hampir 10 jam, lepastu angkat barang-barang lagi.

"Abang, pergi tukar baju tidur lepastu datang sini!" Kata aku. Aku berada di atas katil sambil bersila.

"Kenapa?" Adam datang mendekati aku.

"Nanti abang tidur tak selesa."

"Okay!" Adam terus membasuh muka, menukar baju kemudian duduk di sebelah aku.

"Abang baring!" Adam memandang aku pelik.

"Sayang ni kenapa? Nak goda abang eh? Abang tak kuat kalau sayang nak goda, abang cepat cair." Adam membuat mimik muka cair.

Ish suami aku ni, aku nak urut dia.. Bukan nak goda!

"Abang ni! Gatal je tahu! Tak lah sayang nak urut, abang kan penat. Abang baring kat bantal ni." Aku mula mengurut badan Adam yang sado gitu.

+++

Aku mengemop lantai ruang tamu rumah. Rumah itu agak berhabuk sedikit, tu yang aku mop. Kebetulan mop tersedia di dalam stor rumah. Aku pun tak ada kerja pagi-pagi macam ni, nak masak bahan-bahan tak ada.

Aku membuka lagu 'goyang dumang' di iphone 6 aku kemudian aku menari sambil mengemop lantai. Memakai seluar pendek paras bawah lutut menambah keseksian aku.

Aku yakin Adam tidak akan turun kerana dia sedang tidur di dalam bilik. Selepas solat subuh pagi, tadi dia terus tidur balik kerana letih memandu semalam. Aku bebas buat apa yang aku suka huhuhuh.

"Ayuh goyang dumang! Biar hati senang~~.... Ah!!" Terkejut aku! Badan aku diangkat sekali dengan mop pun terapung.

"Abang!!" Aku memukul dada Adam.

"Sayang comel sangat sampai abang geram! Jom goyang dumang dengan abang! Abang joget sekali." Adam meletakkan aku ke bawah kemudian dia berjoget. Entah apa-apa dia menari.

Berdekak aku ketawa. Aku pun join dia menari. Sungguh kelakar Adam menari.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now