24

12.7K 506 18
                                    

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Aku baru bangun daripada tidur. Bukan aku tidak solat subuh tetapi aku sambung tidur selepas solat. Aku tidak pasti Adam pun turut sambung tidur atau dia pergi bersenam atau sebaliknya.

Tekak aku terasa haus. Aku turun kebawah untuk minum air kegemaran aku. Semestinya milo! Sampai sahaja di meja makan, didapati sarapan pagi sudah pun terhidang. Air milo panas pun ada. Aku pelik, Adam ke buat?

Adam menatang sebuah pinggan sedang berjalan menuju ke meja makan. "Hah! Dah bangun pun! Come, sit here!"

Adam menyuruh aku duduk di kerusi meja makan. Aku pun sahajalah.

"Sayang nak makan apa? Ada mee hoon goreng dengan roti cicah air milo. Kalau nak mee hoon abang boleh letak." Beria Adam bercakap. Aku tahu dia nak tebus kesalahan dia yang semalam.

"Tak apa, sayang boleh amik sendiri." Aku terus ambil pinggan dan makan mee hoon goreng. Aku langsung tak hiraukan Adam yang beria nak cedok makanan untuk aku.

Makan pun dah kenyang, jadi aku duduk di sofa untuk menonton televisyen. Aku bercadang nak tengok cerita ilmiah di pagi hari, dapat ilmu sikit.

Baru nak tengok televisyen, Adam datang ke sofa lalu duduk di sebelah aku. Aku terus bangun daripada sofa untuk menunjukkan tanda protes.

Tangan aku ditarik. "Aip, Sayang nak pergi mana? Teman abang tengok tv."

Aku terduduk di atas peha Adam semasa dia menarik tangan aku. 'Ish dia ni, tak paham ke aku merajuk?' Aku bangun semula lalu naik ke atas.

+++

Hari ini aku tidak bersweet-sweet atau bergurau senda pun dengan Adam tetapi tiba-tiba Adam tergesa-gesa keluar daripada rumah tanpa memberitahu aku hendak kemana. Jam menunjukkan sudah hampir 6 petang.

Aku pelik dengan suami aku ni. Jangan-jangan ada emergency kot kat hospital? Baju pun dia pakai sekadar baju t-shirt dan seluar slack hitam. Biar je lah.

Aku hanya menonton televisyen sementara menunggu suami aku balik. 'Dah nak maghrib dah, mana suami aku ni?'

Phone aku berdering diatas meja, aku terus ambil. Nombor tidak dikenali tertera. Aku angkat sahaja.

"Assalamualaikum! Ni isteri Encik Adam Aldric ke? Saya nak beritahu yang suami cik kemalangan di hadapan hotel Amansari. Cik sila datang sini ye!" Tergesa-gesa perempuan itu bercakap.

"Ya Allah!"Phone aku terlepas daripada genggaman. Aku terus naik ke atas dan menukar baju yang menutup aurat dan kemas. Tudung bawal hitam disarungkan di kepala. Aku terus hidupkan enjin kereta aku.

Bila aku sampai di hadapan hotel Amansari, tiada kemalangan yang berlaku. Mungkin sudah dibawa ke hospital. Aku masuk ke dalam kawasan hotel Amansari untuk bertanya orang.

Aku ternampak seorang pekerja lelaki sedang berdiri di kawasan pagar. Aku turunkan tingkap kereta lalu bertanya.

"Assalamualaikum. Nak tanya ada kemalangan tak dekat depan hotel ni tadi?" Tanya aku daripada dalam kereta. Pekerja itu memakai baju kerja.

"Waalaikumsalam, ouh ada. Ada seorang masuk kedalam hotel ni tadi mintak tolong. Rasanya ada lagi kot kat dalam ni."

"Terima kasih." Aku parking kan kereta aku kemudian aku masuk ke dalam hotel.

Seorang pekerja hotel menegur aku. "Ni Puan Ania ke?"

"Haah." Aku pelik, macam mana dia boleh tahu aku? Sedangkan aku bukannya artis.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now