Part One

295K 8.1K 858
                                    

'Kalau saya gabungkan Ell dengan Leana?" Farid menulis gabungan nama yang dia fikirkan di kertas sambil ditunjukkan kepada Rozana. Anak kacukan melayu dan mat salleh seharusnya agak sedikit moden. Nama Leana sengaja Farid pilih memandangkan agak dekat dengan nama isterinya.

"Jadinya Elleana? Saya suka. Terima kasih abang selama ni abang jaga Zana. Zana minta kalau anak ni lahir abang tolong jaga dia elok-elok ye? Abang anggap anak ni nyawa abang. Boleh?" Pintanya merenung ke dalam mata Farid tanda dia benar benar maksudkan.

"Kenapa Zana cakap macam tu? Zana nak pergi mana?" Farid mengelus wajah Rozana dengan mimik muka sedikit terkejut. Kenapa pula disebut benda macam ni sedangkan tarikh kelahiran sudah hampir dekat...

×××××

Elleana melihat babanya sedang menarik nafas namun sedikit tersekat-sekat. Babanya memang selalu mengalami sesak nafas sejak akhir akhir ini, puas diajak membuat rawatan susulan ke hospital namun dia menolak. Elleana memicit butang penapis air lantas dia bawa air suam itu kepada Farid untuk diminum babanya.

"Baba, minum air masak ni. Baba tarik nafas perlahan-lahan." Arah Elleana menyentuh bahu Farid lantas lelaki itu bangun dalam posisi duduk.

Melihat babanya kembali tenang, Elleana menghulurkan dua biji ubat kepada lelaki itu lantas ditelannya laju. Tegukan demi tegukan air suam diminum lagi. Hati Elleana sedikit tenang melihat babanya sudah mampu bernafas dengan lebih baik daripada tadi. Biarpun usia Elleana baru saja enam belas tahun, dia sudah pandai memasak hasil didikan Farid memandangkan selama ini dia hanya hidup berduaan dengan babanya. Maksu dan Makngah kadangkala melawat mereka berdua juga sekurangnya sebulan dua atau tiga kali. Puas juga kedua makciknya mengajaknya mereka hidup di kampung namun kedegilan Farid untuk tetap menyekolahkan Elleana di bandar lebih menebal.

"Abang dengan Ell baliklah kampung, kami ada boleh tengokkan Ell dengan abang. Sampai bila nak duduk bandar, abang pun tak sihat sangat kan?" Elleana masih teringat kata-kata maksu Fatihah. Adik bongsu ayah yang sudah berusia namun belum juga mendirikan rumahtangga. Jarak hubungan mereka tiga beradik agak jauh juga menyukarkan makngah kurang bersetuju dengan semua keputusan maksu.

"Takpelah Fatihah... abang dah biasa hidup berdua dengan Ell. Abang mampu lagi nak sara dia. Fatihah, Fatma. Andai kata abang tak ada suatu hari nanti... abang nak minta tolong, jagakan Ell. Penuhi segala permintaan dia selagi termampu." Pesan Farid kepada maksu dan makngah masih berlegar diingatan Elleana. Mahu ke manakah baba?

"Abang ni degil lah! Kau sanggup ke jaga budak tu Usu? Aku tak campur eh." Bentak makngah Fatma sememangnya asyik berangin saja dengan abang dan adiknya.

"Janganlah macam tu angah. Ell tu anak saudara kita, darah daging kitalah angah."

Makngah menjeling ke arah maksu dan Elleana  tanda dia benar menyampah. Elleana masih tidak faham mengapa makngah begitu membencinya. Perangai makngah berubah sejak kematian anak pertama, suami dan maktok. Sebelum ini layanan makngah baik saja kepada keluarga besar mereka.

"Aduh! Auwwww. Sakitnya!" Elleana meniup tangannya yang terkena periuk panas sebaik saja dia baru tersedar daripada berangan. Dia masih tidak puas hati sering terfikir kenapa baba suka bercakap seolah-olah mahu meninggalkannya.

"Kenapa tu Ell?!" Farid menyapa ke dapur tatkala suara anak gadisnya mengaduh kesakitan.

"Takde apa baba cuma terkena periuk panas tapi sikit je baba. Baba pergi rehatlah. Nanti Ell dah hidangkan lauk, Ell panggil baba."

"Baba sayang anak baba. Baba taknak Ell sakit sikit pun. Nanti baba letakkan krim ye? Kesian melecur tangan anak baba." Farid meniup-niup tangan Elleana yang bertukar kemerahan.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now