Part Fourty Five

86.6K 4.6K 268
                                    

Dah ada benda besar tu asyik peluk itu je, aku ni? Dah lama tak dipeluk. Peluk masa dia sedih je.

"Ell, peluklah aku. Asyik peluk Pinky je." Rengek Iman sengaja mengusik Elleana.

"Eee peluk kau? Kau tak gebu, Pinky gebu. Kan sayang?" Elleana menyembamkam mukanya ke atas perut gebu Pinky. Tangan Pinky dipicitnya geram.

Menyesal aku belikan benda besar tu. Baru nak jadi romantik, dah dipinggirkan.

Sebut pasal romantik--- buku tadi! Haa rasanya ni lah masanya nak baca buku tu.

Iman terus duduk di meja belajarnya. Buku latihan Mathematics tadi dikeluarkan sekali dengan buku rahsia lelakinya tadi.

Cara Memikat Isteri?

Jadilah lelaki yang Gentleman :
Ketika isteri penat, bantulah isteri memasak, mengemas rumah, membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk dan banyak lagi. Hal ini akan membuatkan si isteri terasa lebih dihargai.

Sado-sado macam ni cuci pinggan? Jemur baju? Aduh! Jatuhlah air muka aku depan Ell nanti. Iman menutup buku rahsia lelakinya tadi. Cukuplah point pertama dahulu. Point pertama saja sudah cukup merunsingkan fikirannya.

Bila nak laksanakan point pertama ni?

"Iman, aku nak pergi dapur kejap, tolong ibu masak. Kau duduk sini jagakan Pinky aku!" Arah Elleana sambil ketawa jahat dalam hati.

Selesai makan malam, Makcik Yani masih sibuk melayani kerenah Nina di meja makan. Elleana dan Iman berjalan ke dapur meletakkan pinggan dan gelas. Selalunya Iman akan letak saja di sinki, dibasuh oleh Elleana atau makcik Yani. Kali ini dia mendapat akal mahu meringankan kerja Elleana alang-alang melaksanakan point pertama.

"Dah, kau pergi masuk bilik. Biar aku basuh semua ni." Iman terus membuka air di sinki usai mengusir Elleana.

Elleana memandang wajah Iman sekilas. Dah tebiat ke suami aku ni?

"Takpelah biar aku yang basuh, aku dah biasalah Iman." Elleana merampas span daripada tangan Iman kembali.

"Listen here Nur Elleana, jangan jadi derhaka. Pergi masuk bilik!" Arah Iman dengan nada meninggi. Tak mahu dimarahi lagi, Elleana terus berjalan keluar dari kawasan dapur.
So nak mula dari mana? Periuk? Kuali? Pinggan? Gelas?

"Basuh gelas dulu." Suara Elleana mencelah dari tepi dinding.

"Ell, pergi masuk bilik!" Halau Iman lagi. Elleana terus berlari keluar sambil ketawa terbahak-bahak.

Perangai menantunya itu diperhatikan oleh Dato Hamid. Apa yang lucu sangat?

"Ell tak tutup air ke?" Tanya Makcik Yani hairan masih menyuap nasi kepada Nina.

"Iman tengah basuh pinggan tu. Entah angin apa malam ni dia offer nak basuh semua benda dalam sinki." Jawab Elleana selamba berbisik masih mengawal tawanya. Epal hijau dipotongnya cantik dan disusun dalam piring.

Iman basuh pinggan? Pelik. Dato Hamid seakan tidak percaya dengan apa yang baru saja didengari.

"Cepatlah suap ibu! Nina nak tengok abang basuh pinggan." Suara Nina mematikan lamunan Makcik Yani dan Dato Hamid yang saling berpandangan daripada tadi.

Iman memicit sabun Dettol mencuci tangannya setelah selesai membasuh semua alatan yang digunakan untuk memasak tadi  sebelum membilas dengan air paip. Dia menarik nafas lega dapat membantu Elleana meringankan bebannya. Point pertama settle!

"Kau kenapa gelakkan aku?" Tanya Iman yang tahu Elleana masih geli hati melihatnya melakukan kerja dapur tadi.

"Saja. Kau nampak sado sangat bila basuh pinggan tadi." Gelak Elleana masih teringat kejadian tadi.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now