Part Thirty Four

97.4K 4.9K 288
                                    

"Ell rindunya aku dengan kau!" Wana terus memeluk bahu Elleana teruja.

"Orang tengoklah Wana, nanti dorang ingat kita---- lesbo pulak." Ujar Elleana serba salah kurang selesa wajahnya ditekan begitu.

"Alaa biarlah orang tengok, aku bukan lesbo eh! Aku normal sebab tu lah aku suka Hilman." Jawab Wana tergedik-gedik sebaik saja Iman lalu di depannya. Sungguh Wana gembira dapat melepaskan kerinduan kepada lelaki itu.

"Hilman, dah banyak kali awak tak reply whatapps saya. Melampau." Wana berpura-pura merajuk namun suaranya tidak kedengaran serius.

"Sorry, saya memang tak sempat. Nak reply je ada kerja." Bohong Iman meninggalkan mereka berdua kerana dia harus menuju ke pejabat memandangkan hari ini perhimpunan sekolah.

Elleana dan Wana rancak berbual di kantin tentang percuatiannya di Bali. Laut cantiklah, pantai bersihlah. Sungguh Elleana tercabar dengan usaha Wana yang cuba untuk bertanya khabar Iman meskipun dia jauh di negera orang. Fariz yang baru sampai mendekati mereka berdua untuk mencuri dengar apa yang kedua gadis itu bualkan.

"Tu buah hati kau dah sampai." Wana mencuit peha Elleana membuatkan dia terus merenung kepada Fariz.

Wajah Fariz agak ceria pagi ini diserikan lagi dengan senyuman manisnya. Kadangkala pelik juga kenapa semua gadis di sekolah ini asyik tergilakan Iman sedangkan Fariz lebih manis dan kacak. Lesung pipit di pipinya sungguh menawan hati, jika bukan kerana hati ini sudah dimiliki sudah tentu dia akan memberi peluang buat lelaki baik ini.

"Morning Elleana!" Sapa Fariz teruja.

"Morning," Balas Elleana senyum malu malu.

"Korang ni formal sangatlah. Kalau dah suka sama suka, panggil je lah sayang ke dear ke apa ke." Wana memberi cadangan tergelak mengekek dapat mengusik kedua sahabatnya. Elleana menepuk peha Wana supaya gadis itu tidak memalukan dia lagi.

Geli geleman Elleana mendengar cadangan panggilan yang Wana beri tadi. Fariz nampaknya sudah mulai tersengih malu apalagi diusik begitu. Lain pula dengan Elleana, dia sedang membayangkan panggilan tadi digunakan untuk memanggil Iman. Jujur dia ingin sekali Iman memanggilnya dengan panggilan manja namun apabila tiba gilirannya lidah ini terasa kebas dan geli pula.

Iman sayang? Dear Iman? Eeeee.

"Hai cikgu, cepat-cepat nak pergi mana?" Tegur Cikgu Wati menahan Cikgu Hadif daripada keluar daripada bilik guru.

"Ada kelas BM. Saya pergi dulu ye---"

"Eh cikgu kejap--kejap! Nah kopi tadi saya singgah kat drive thru mcD, saya teringat cikgu so saya belikanlah." Cikgu Wati tersengih memberikan kopi tadi kepada Cikgu Hadif. Awalnya dia terasa berat untuk mengambil kopi namun apabila melihatkan sekeliling cikgu lain sedang memandang kesian pula jika dia menolak. Pasti Cikgu Wati malu.

"Untuk saya? Terima kasih." Cikgu Hadif mengambil kopi tadi sebelum naik ke kelas 5 Science.

Cikgu Hadif ketawa sendiri membayangkan wajah Elleana. Rasanya sudah lama dia tidak bersua muka dengan anak murid 'kegemarannya'. Cuti sekolah yang lama benar membuat dia tidak senang duduk memikirkan gadis itu. Sungguh dia dilamun cinta, itu pun dengan pelajarnya sendiri.

"Kau kenapa?" Tanya Iman setelah melihat Elleana terbongkok menundukkan badannya seperti menahan sakit. Wajahnya sudah berpeluh sambil perut ditekan.

"Gastrik kot." Jawab Elleana lemah sukar untuk duduk menegak lagi. Rasa senak itu tiba tiba saja menyerang sekaligus membuatkan dia sukar bernafas.

"Tadi kan aku suruh sarapan, degil!" Marah Iman perlahan dalam nada berbisik, jujur dia juga tidak tahu mahu berbuat apa. Masakan hanya melihat Elleana menahan sakit sebegitu? Mana mungkin!

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now