EPILOG :)

147K 5.6K 462
                                    

"Atok, susahlah tak tahu cakap bahasa orang sini." Rungut Elleana biarpun sudah bertahun di sini, topiknya tetap sama susah mahu belajar cakap Perancis. Silap hari bulan boleh berbelit ikat kemas lidah ni! Dia teringat kawan satu kampusnya, tak habis-habis berbahasa Perancis, macam tak boleh speaking English je! Aku ni foreigner tahu tak.

"Oh Ell jangan risau, atok boleh ajar Ell sikit-sikit." Jawab Richard masih bertatih. Dia sanggup belajar bahasa Melayu sebelum cucunya datang belajar di sini. Dia mahu benar-benar meluangkan masa dan menceritakan semuanya kepada Elleana demi menebus kesilapan yang dia lakukan belasan tahun dahulu.

Masih dia ingat lagi pertama kali Elleana dan Iman tiba di France, semuanya nampak kekok dan pelik. Wajah Elleana saling tak tumpah dengan anak perempuannya, Rozana. Andai saja dia mampu undurkan masa lalu, sudah pasti Elleana ditatang bagai minyak yang penuh. Cucu perempuan pertama seharusnya dimanjakan, lain pula dengannya yang menolak untuk menerima Farid dahulu.

Elleana memaut bahu Iman mesra, dagunya diletakkan atas bahu Iman cukup menggelikan telinga Iman. Sesekali dia menggeliat tidak mampu menahan kegelian dengan hembusan nafas isterinya. Pelukan Elleana terasa hangat, cukup selesa biarpun cuaca di sini teramat sejuk. Sudah tiga lapis baju dipakainya namun tetap juga terasa sejuk sehingga ke tulang! Beberapa bulan pertama disini Iman sering selsema sehingga Elleana mengajak Iman pulang ke Malaysia namun apabila sudah terbiasa segalanya mampu diatasi.

"Buat apa tu..."

"Tengah cari line nak video call dengan Nina. Rindulah nak tengok Hateem tu, pipi dia tu tak boleh tahan. Gebu betul!" Ujar Iman teruja. Syazwan Hateem adik kedua Nina daripada Makcik Yani kini sudah berusia tiga tahun sedangkan Nina sudah berusia sepuluh tahun. Cepat betul masa berlalu.

Rozana berasa tenang berada dekat dengan Elleana sekarang. Walaupun dia tidak dapat melihat Elleana membesar sebagai anak kecil lain namun hatinya tetap gembira dipertemukan lagi dengan buah hati hasil perkahwinannya dengan arwah suami tercinta. Tangan Rosell memegang bahu anak perempuannya lembut mematikan lamunan Rozana. Wajah orang tuanya dipandang sekilas sambil tersenyum manis.

"Mummy..."

"Mummy seronok tengok Roz happy, kalau daripada dulu mummy tahu Elleana kebahagiaan Roz, mummy akan halang daddy bertindak kejam dengan Roz. I'm so sorry my dear..." ujar Rosell kesal hanya melihat tindakan Richard dahulu. Senyumannya diselangi airmata, sebak mengenangkan penderitaan Rozana terpaksa dijauhkan dengan anak dan suami.

"Its okay mummy... kita lupakan benda yang dah lepas. Roz dah lama maafkan daddy, sekarang Roz percaya setiap kesedihan pasti dibalas kebahagiaan. Allah tu Maha Adil lagi Penyayang..." Ujar Rozana lembut menyapu airmata yang masih di pipi perempuan tua itu. Elleana yang masuk ke dapur tidak sengaja melihat perbincangan mereka.

"Eh kenapa tok mummy dengan ibu sedih ni? Ell tak sukalah tengok buah hati Ell dua orang ni menangis. Macam Ell nak mati pulak dah..." Usik Elleana memeluk bahu dua ratu hati dalam hidupnya sekarang. Siapa sangka perginya arwah baba dia diganti dengan atok, tok mummy, ibu dan paling penting Iman. Sekarang baru dia faham mengapa Iman sering menegah dia daripada mengeluh, inilah hikmah yang Allah janjikan buat hambanya yang sabar.

Melihat Iman leka bermain telefon sejak dari tadi Elleana menjengahkan kepalanya mahu tahu. Video call dengan Nina ke?

"Apa? Nak kahwin? Alaaa tak boleh baliklah tarikh tu. Exam dah start lusa..."

Siapa pulak yang nak kahwin ni? Wana ke? Tapi-- tak ada pun dia bagitahu aku. Mana boleh Iman tahu dulu!

"Eh hai Ell!" Tegur Abang Afi setelah melihat Elleana lalu di belakang Iman.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now