Part Five

124K 5.7K 362
                                    

"Macam mana persiapan abang? Banyak lagi ke?" Tanya Makcik Yani sambil menghidangkan minum petang.

"Semuanya dah nak selesai. Hantaran dah beli. Tempah pelamim nikah pun dah. Budak-budak ni jelah belum fitting baju dengan beli cincin." Balas Dato Hamid menandakan buku notanya.

"Bila abang nak bawak Ell Iman fitting dengan beli cincin?" Makcik Yani duduk di sebelah suaminya menanyakan lagi.

"Fatihah cakap esok dia dengan Ell balik KL, jadi rasanya lusa dah boleh pergi ambik Ell." Balas Dato Hamid mengigit kuih karipap panas yang baru digoreng oleh Yani.

"Bagus jugak boleh sekali dengan beli barang sekolah budak-budak tulah. Senang. Minggu depan dah start sekolah kan." Cadang makcik Yani mengingatkan Dato Hamid barangkali dia terlupa.

"Ya Allah. Nasib baik awak ingatkan. Saya lupa! Patutlah semalam Nina tanya bila nak keluar. Saya tanya keluar pergi mana, dia tarik muka pulak." Baru dia faham mengapa Nina begitu dingin dengannya.

"Haa itulah abang. Busy sangat uruskan hal abang dia, adiknya pulak terlupa." Sindir Makcik Yani bukanlah berniat mahu menyakitkan hati suaminya namun ada seorang lagi anak yang memerlukan perhatian mereka juga.

"Takpelah. Nanti saya pujuk Nina."

Melihat papanya menuju ke bilik, Nina cepat-cepat menukar papan tanda 'No Entry' tanda masih merajuk. Rancangannya tidak menjadi setelah dia tersedar dia lupa kunci pintu bilik. Dato Hamid menguak pintu bilik Nina sekaligus papan tanda perkataan 'No Entry' tadi ditukarkan kepada 'Welcome'.

"Hi princess. Buat apa tu? Drawing ye? Nak papa tolong?"

"Nina boleh buat sendiri. Nanti papa draw jari tangan jadi gemuk." Sindir Nina membahasakan papanya yang agak tidak berseni.

"Amboi, ejek papa! Papa tahulah papa tak pandai draw macam Nina. Papa nak bagitahu sesuatu ni, pasal Kak Ell."

Sebut saja nama Kak Ell terus berdesup Nina mendekati papanya.

"Kenapa Kak Ell? Kak Ell nak datang sini ke? Dia nak duduk dengan kita ke papa?" Soal Nina bertubi-tubi menduga apatah lagi setelah mendengar perbicaraan orang tuanya.

"Sabar Nina... papa jawab satu-satu ye, untuk soalan pertama. Ye Kak Ell nak datang sini. Jawapan soalan kedua pulak belum, maksudnya Kak Ell belum boleh duduk dengan kita. Kecuali--" Ayat Dato Hamid tergantung.

"Kecuali apa papa?!"

"Kecuali Abang Iman dah kahwin dengan Kak Ell."

Nina menundukkan mukanya sedikit hampa. Dia juga tidak faham dengan masalah orang dewasa. Kenapa bibik tak kahwin tapi boleh duduk dengan Nina? Kenapa Kak Ell tak boleh?

"Okay. Done with discussion. Lusa kita bawak Kak Ell beli barang sekolah sekali. Nak?"

"Betul ni? Ingatkan papa dah lupa. Papa asyik sibuk je." Nina mencebik manja.

"Tak mungkin papa lupa. Anak papa nak masuk tadika dah tahun depan. Dah besar. Mulut pun dah banyak. Potpetpotpet ajee." Usik Dato Hamid sambil mengusap kepala Nina.

×××××

"Besar juga rumah Maksu. Maksu duduk sorang je ke?"

"Maksu duduk sorang. Lepas ni pun Ell pindah rumah Dato, Maksu duduk sorang jugak kan?"

"Alaa tak boleh ke Ell duduk sini. Teman Maksu..."

"Tak bolehlah. Ell kena ikut suami. Maksu dah biasa duduk sorang. Dato cakap esok pagi dia nak ambik Ell pergi fitting baju nikah, beli cincin kahwin dengan beli barang sekolah sekali. Ell kena tidur awal ye?" Pesan Fatihah tidak mahu Elleana membuat Dato Hamid menunggu lama pula.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now