Part Fifteen

99.1K 5.4K 428
                                    

"Bangun solat Subuh!" Jerit Iman betul-betul ditelinga Elleana.

"Kau ni kenapa hah?!" Elleana menepuk bahu Iman kuat. Berdesing telinganya.

"Bangunlah solat Subuh, Ell. Jangan sentuh aku, aku dah wudhuk tadi." Larang Iman terus menjauhi isterinya, hanya menguis berlapik selimut.

"Yee bangun ni." Elleana berjalan terhuyung-hayang masuk ke bilik air.

Keluar saja daripada bilik air, Elleana tersengih lalu ditarik selimut semula. Iman yang sedang tunggu di atas sejadah panas hati dan perlu menegur perbuatan Elleana.

Penat aku tunggu kau nak berjemaah!

"Eh Ell, aku tak kisah kau nak marah aku ke apa tapi jangan buat perangai macam ni. Aku tunggu kau nak solat berjemaah. Kau sedap naik katil? Aku taknak tanggung dosa kau kat sana nanti. Bangun solat!" Selimut putih itu ditarik kembali dengan lebih kasar.

"Apedialah Iman! Nak tidurlah. Pergilah solat. Aku--- MC." Jawab Elleana selamba dan malu juga jika mahu disebut dengan lebih terperinci.

"MC otak kau! Ingat solat boleh MC? Dah bangunlah. Aku jirus air nanti." Ugut Iman mahu ke bilik air mengambir air.

"Aku period lah! Hergh!" Bentak Elleana menutup tubuhnya dengan selimut.

"Oh, cakaplah! Manalah aku tahu. Kau sambunglah tidur balik."

Inilah masalah orang lelaki. Tak ambik tahu.

"Ell, dah pukul sepuluh pagi ni. Kau memang taknak bangun lagi ke?" Kejut Iman menggoncang tubuh Elleana memandangkan sudah lama gadis itu tidur.

"Taknak----sakit perut. Jangan kacaulah." Kaki Elleana dikeluarkan sempat menolak Iman supaya menjauh daripadanya.

Eh tolak aku pakai kaki? Ingat aku kucing?

"Alaaa kenapa pulak sakit perut, kau period kan macam mana boleh sakit perut pulak?"

Bukan ke orang period tu bahagian situ... kenapa perut pulak yang sakit?

"Maksu--- tolong Ell. Sakit..." Elleana mula menjerit lalu menangis. Dia belum biasa sakit 'orang perempuan' tanpa maksu atau arwah baba disisi.

"Kenapa kau nangis pulak ni? Sakit kat mana. Sinilah aku tengok, keluar daripada selimut tu." Iman merentap selimut menampakkan Elleana yang sedang baring meringkuk.

"Janganlah! Kau tak faham ke aku tengah sakit, janganlah kacau. Maksu----" Tengking Elleana lalu nama maksu Fatihah dia jerit sekuat hati.

"Okay okay... aku call maksu. Tunggu." Iman mencapai telefon dan terus mendail nombor maksu Fatihah jika dengan cara itu mampu membuat Elleana lebih membaik.

"Sekejap lagi Maksu kau datang. Kau nak apa-apa tak? Aiskrim? Air tebu? McD? Kek ke---"

"Taknaklah! Aku cakap keluar, keluarlah!" Tangan Elleana dihulur keluar sempat mencubit geram peha Iman yang tidak habis habis menyemak di sisi katil.

"Okay aku keluar Ell! Hergh susah orang perempuan ni." Rungut Iman geram sempat menjeling sebelum berlalu keluar duduk di sofa memikirkan sesuatu.

Apa yang boleh legakan sakit orang perempuan ni? Tak fahamlah. Dia period tapi kenapa sakit kat perut? Sakit boleh pindah-pindah ke? Hish!

Iman masuk ke dapur menuangkan air susu ke dalam gelas. Dia juga menyediakan roti kaya pandan, sempat dibakar selamat dua minit. Dulang bulat itu dia letakkan hidangan tadi dengan harapan mahu membantu gadis itu. Jika mahu menunggu maksu mungkin mengambil masa yang agak lama memandangkan perjalanan ke sini memakan masa beberapa minit juga. Takkan aku nak jadi suami tak guna tengok je isteri sakit?

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now