Part Fifty Two

91.1K 4.8K 138
                                    

"Iman, bangun sekolah..." Elleana mengusap lembut tangan suaminya. Serba salah juga dibuatnya mahu mengejut Iman memandangkan tubuhnya masih berhaba panas.

Iman menggeliatkan tubuhnya saat terasa dahinya panas, berpeluh. Semua coolfever yang ditampal Elleana dia tanggalkan lalu dibuang ke dalam tong sampah. Elleana sengaja biarkan lelaki itu membersihkan badan dahulu, mengalah dengan suaminya hari ini. Semalam selsema hari ini Iman sudah mulai batuk pula. Elleana yang tadinya duduk di sofa terus bangun merapati Iman yang baru saja keluar dari bilik air lalu dia duduk atas katil menggigil sedikit, hembusan nafas kedengaran di hela.

"Kau okay tak? Rasa macam mana? Kalau kau tak larat... cutilah." Iman memberi cadangan, nada suaranya lembut.

"Aku okay je... harini ada perhimpunan. Aku kena sampaikan hal penting." Ujar Iman suaranya sudah mula berubah akibat batuk selsema.

"Hal penting apa sampai kau tak pentingkan kesihatan diri?" Sindir Elleana terus masuk ke bilik air. Semakin lama dia berdiri di situ semakin banyak pula kata menyakitkan hati Iman akan keluar, lebih baik di angkat kaki.

Aik? Kena marah lagi.

Mama... semalam Iman mimpi mama. Iman rindu mama sangat sangat...

Iman memegang gambar Hasnida yang terselit dalam diari hitamnya. Matanya sempat berkaca namun segera dia hapuskan cecair jernih itu, hidungnya yang berair dia kesat dengan tuala muka kecil. Bunyi pintu bilik air dibuka Elleana membuatkan Iman cepat-cepat menyorokkan gambar mamanya.

Sorok apa tu? Macam lipas kudung.

×××××

Kayuhan Elleana sentiasa diperlahankan tatkala Iman seakan tertinggal di belakang. Dia tahu lelaki itu memaksa tubuh untuk ke sekolah juga pagi itu. Dato Hamid ada menawarkan mahu menghantar Iman ke sekolah namun dia tolak mentah mentah bimbang pula Elleana mengayuh basikal seorang diri nanti. Bagaimana acuan begitulah kuihnya, dua dua keras kepala akhirnya membawa kepada pergaduhan lantas Iman meninggalkan rumah begitu saja. Sukar untuk Elleana bentuk lelaki supaya menghormati orang tua.

"Ketua pengawas kita tak sihatlah. Isteri tak jaga suami ke?" Sindir Wana gelak terkekek-kekek mengusik Elleana.

"Tak jaga suami kau kata? Aku terlebih jaga, sebab tu manja sangat tu." Jeling Elleana kepada Iman membuatkan lelaki itu malas mahu membalas. Dia ada tugas penting pagi itu mahu membongkarkan beberapa orang pelajar yang sering menganggu pelajar perempuan atau lebih tepat mencabul. Pantang pencabul dilepaskan begitu saja!

Sesi ucapan Iman dihentikan oleh guru yang bertugas atas faktor kesihatannya. Setiap patah perkataan yang disebutnya pasti diselangi dengan batuk. Elleana agak panik kerana dia terlupa membawa ubat mahu pun lagi inhaler Iman, risau juga jika lelaki itu sesak nafas memandangkan dia sukar menarik nafas akibat selsema. Melihat Iman meletakkan kepala atas meja dalam kelas, Fariz segera menerpa lelaki itu menyentuh dahinya namun pantas ditepis kasar.

"Teruk jugak batuk kau ni. Ell tak bawak pergi klinik ke?" Sapa Fariz yang masih belum serik menganggu Iman, biarpun dilayan kasar dia tetap prihatin dengan keadaan kawan baiknya.

"Dah bawak pergi klinik semalam, tak ada beza pun. Serupa je tak makan ubat---"

"Eh petang ni teman aku---- cari hadiah untuk Wana? Harijadi dia lagi dua hari." Ujar Fariz tiba-tiba berbisik pula.

"Ahh malaslah. Baik aku tidur kat rumah." Iman menolak.

"Pleaselah... aku tahu taste kau mesti A+ kan. Jomlah kejap je?" Rayu Fariz lagi. Naik geli pelajar kelas itu melihat kegedikan suara Fariz meminta sehingga menggoncang lengan Iman.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now