Part Fifty One

87.9K 4.6K 113
                                    

"Eeee hidung merah!" Usik Elleana.

Iman menjelingnya geram saja. Nasib baiklah aku sayang kau!

"Hacummmmm!" Iman menggosok hidungnya. Pemanduannya di jalan raya mula tidak fokus.

"Aku rasa ubat semalam tak berkesanlah. Nanti sampai KL kita pergi klinik ambik ubat doktor je terus." Omel Elleana mengeluarkan minyak cap kapak.

Dia menyapu sedikit di leher Iman dan mencalit ke hidung Iman sedikit. Segar rasanya dilayani begini oleh isteri!

"Dah takpayah berangan senyum sorang-sorang. Pandang depan!" Arah Elleana menukar mood Iman yang tadinya mengelamun.

"Alaa kau ni. Membebel macam mak nenek."

Mak nenek ni lah yang kau sayang!

"Opssss! masuk Petronas." Elleana memegang tangan Iman mengejut sehingga dia memusingkan stereng menuju ke Petronas di depan. Bahaya betul lah si Ell ni!

"Nak buat apa berhenti sini, minyak kereta full lagilah." Rungut Iman yang terpaksa mengikuti kehendak Elleana berhenti betul depan pasaraya petronas.

"Nak beli air lah. Haus..." Rengek Elleana mengangkat keningnya lantas beg tangan dia gantung ke bahu sebelum turun seorang diri. Iman hanya menunggu di kereta melihat isterinya berjalan terkedek-kedek.

Beberapa minit kemudian dari jauh kelihatan Elleana membimbit satu beg plastik dan secawan minuman di tangannya menuju ke kereta. Wajahnya gembira jika berkaitan makanan.

"Nah air kopi untuk kau, bagi lega sikit hidung kau tu. Minumlah." Elleana menghulurkan cawan air kopi kepada Iman, dihirupnya dengan penuh berhati-hati kerana sangat panas. Haha panas itu benar membuat hidungnya berhenti bersin buat seketika.

Iman merenung Elleana yang membuka tin air bergas sejuk, dapat dia lihat cecair putih mengalir tanda air itu baru saja keluar daripada peti sejuk. Elleana selamba menghirup air sejuk di depannya, bunyian hirupan gadis itu benar membuatkan dia terliur. Itulah pengubat tekak yang sebenarnya, tidak seperti kopi panas itu.

"Ell nak sikit air tu..."

"Mana boleh! Selsema mengada nak minum air sejuk. Minum kopi tu je." Elleana menjauhkan air sejuk tadi daripada Iman membuatkan lelaki tadi memuncungkan bibir.

Kedekut!

Sampai saja di klinik berdekatan rumah, Iman memimpin manja tangan Elleana persis kanak-kanak. Sementara menunggu nama dipanggil untuk ke bilik doktor sempat juga Elleana berbual dengan seorang perempuan berumur linkungan 20-an. Comel saja bayi yang dipegangnya, mahu saja dia picit picit kaki tembam bayi itu.

"Ell, comel kan baby tu? Kau tak teringin nak ada anak sendiri ke?" Tanya Iman tiba-tiba saja. Elleana memandang dengan aneh.

"SPM pun belum kau nak baby? Nantilah." Jawab Elleana selamba tanda dia masih belum bersedia. Kakinya digoyang ke depan ke belakang mulai rasa bosan.

"Syafiq Hilman!" Panggil seorang jururawat.

Iman menarik tangan Elleana masuk ke bilik doktor sekali membuatkan dia hanya menurut.

"Oh awak anak lelaki Dato Hamid kan? Demam ke?" Tanya Doktor Kamal tadi seakan sudah mesra dengan Iman.

"Saya--- tak demam cuma selsema. Itu je, datang nak dapatkan ubat selsema." Terang Iman tidak mahu pula ditambah dengan pelbagai ubat lain.

"Kalau awak selsema itu tanda nak mula demam, saya yang merawat awak sejak kecil. Saya tahu betul awak ni, takpa saya bagi ubat demam, ubat batuk, ubat antibiotic dan ubat selsema ye?" Terang Doktor Kamal sambil tersenyum. Dia asyik merenung Elleana dari tadi. Gadis itu kelihatan asing baginya.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now