Part Fourty One

85.5K 4.6K 254
                                    

"Aku dah baca whatapps kau dengan Wana. Sampai hati kau kan tak bincang dengan aku? Nampak sangat aku tak penting pun."

Apa yang Iman baca ni? Aduh!

Tangan Elleana mencapai telefon lantas Whatapps daripada Wana dibaca dari atas hingga ke bawah. Semuanya tentang rancangan orang tua Cikgu Hadif dengannya semalam. Menjadi Hazwani untuk Cikgu Hadif? Ergh! Si Wana ni pun tak ada masa lain ke nak whatapps...

"Sorry Iman... aku nak bagitahu kau semalam tapi aku tak sampai hati." Ujar Elleana bersalah memegang lengan Iman.

"Jadi kau setuju lah nak jadi Hazwani untuk dia..." Tanya Iman menginginkan kepastian.

"Aku--- aku terpaksa. Aku tak sampai hati tengok mak Cikgu Hadif merayu semalam... aku kalah---"

"Kenapa kau tak fikir dulu Ell? Benda ni bukan main-main tau. Kau kena jadi girlfriend sementara dia, habis aku ni?" Omel Iman geram merasa diduakan oleh isterinya.

Kenapalah kau tak mati je masa accident tu? Menyusahkan orang. Menyusahkan aku, nak pinjam-pinjam isteri orang!

"Aku minta maaf Iman... kalau kau marah aku boleh cakap dengan mak Cikgu Hadif aku tak sanggup jadi Hazwani. Aku minta maaf---"

"Takpelah Ell, aku izinkan. Bukan lama pun kau jumpa dia kat sekolah." Balas Iman setelah fikir masak-masak, dia juga tahu alasan kenapa Elleana bersetuju menjayakan rancangan ini. Dia juga bukan jahat sangat mahu membiarkan lelaki itu gila, tambah keadaan cikgunya sedang memburuk. Bagaimana pun Cikgu Hadif tetap guru Bahasa Melayunya, dia tetap harus menghormati lelaki itu.

×××××

"Kenapalah awak yang dia nampak sebagai Hazwani, kenapa tak Cikgu je?" Cikgu Wati merungut bernada sayu.

"Itulah. Kenapa saya? Kesian suami saya..." Elleana mengeluh panjang memikirkan perasaan Iman yang berpura pura senyum biarpun jelas dimatanya tidak begitu tulus.

"Takpelah, saya cuma berharap dia cepat sembuh dan ingat balik semua tentang hidup dia. Oh petang nanti awak kena pergi hospital lagi ye? Saya tak sure boleh hantarkan ke tidak sebab takut ada urusan lain..."

Berita kemalangan Cikgu Hadif menjadi topik hangat pagi itu selepas diumumkan guru bertugas. Iman yang sudah tahu tidak mahu mengulas lebih panjang lagi, ucapannya pagi itu hanya berkenaan larangan merokok di kawasan sekolah memandangkan sebelum ke perkhemahan dia sempat menangkap beberapa orang pelajar merokok dalam tandas sekolah. Waktu mengajar Cikgu Hadif juga diganti oleh Cikgu Wati dan Cikgu Nisa.

Elleana kelihatan gelisah berulang alik memandang ke luar rumah seperti sedang menunggu seseorang. Iman menarik lengan isterinya memaksa gadis itu duduk, pening melihat kehulur kehilir bagai tiada tujuan. Elleana terpaksa jujur sekali lagi mengenai perihal Cikgu Hadif, nampak gayanya Cikgu Wati tidak dapat menjemputnya pergi bersama.

"Aku hantar kau. Siap cepat!" Arah Iman mula keluar sudah bersedia menunggu dalam kereta.

Kelam kabut Elleana mengenakan dress dan cardigan merah diluar risau dimarah pula terlambat. Tudung bawal ditiupnya supaya sentiasa membulat, melihatkan Elleana sudah berjalan ke arahnya Iman segera menghidupkan enjin kereta. Wajah isterinya diperhatikan seketika mengenangkan terpaksa berkorban buat kesihatan orang lain.

"Satu je aku nak pesan, apa apa yang kau buat lepas ni tolong beringat selalu kau tu isteri aku. Kau ada suami. Suami kau lagi handsome dari 'dia' tuh." Ujar Iman bangga diri lantas memandang ke depan mengundurkan kenderaan.

"Yayaya suami aku Syafiq Hilman, buruk, hitam, singa, kuat cemburu----"

"Kutuk suami nampak? Nak aku tinggal kat tepi jalan ke?" Ugut Iman pura-pura perlahankan kereta.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now