Part Fifty Six

84.1K 4.3K 391
                                    

Pagi itu Nina bangun awal pagi, usai mandi seperti diajar oleh ibunya Nina terus ke ruang tamu. Mainan LEGO disepahkan atas lantai supaya senang untuk dia memilih warna kesukaannya. Iman dan Elleana masih lena tidur setelah solat subuh lagi pula Nina mengamuk tidak mahu ke sekolah, mahu dipaksa takut pula budak itu merajuk mahukan ibu.Sesekali Elleana memeluk Nina di sebelah. Kenapa badan Nina kurus sangat ni?

Hargh?! Iman? Masa bila dia naik atas katil? Nina mana?

"Alaa kenapa lepas, peluklah lagi. Selalu asyik peluk bantal peluk je." Usik Iman yang sudah bangun namun pura-pura tidur lagi.

"Janganlah mengada, Nina nampak malulah..." Elleana memberi amaran.

"Semalam nak disentuh, harini taknak pulak." Iman mencebik pelik dengan sikap isterinya.

Puas Elleana memikirkan daripada semalam, rasanya ada betul apa yang dicakapkan oleh Iman, mereka sepatutnya habiskan peperiksaan penting dahulu memandangkan peperiksaan percubaan juga tak lama lagi. Kenapalah kau gatal sangat Ell? Tak malu ke!

"Apa yang buatkan Ell tiba-tiba fikir Iman tak sayang Ell? Cuba cerita. Jujur tau, tak baik tipu suami." Iman segera bangun meminta penjelasan.

"Nanti Ell cerita, Ell mandi dulu ye."

Aku syak ni mesti kerja si gatal tu. Entah apa dia racun fikiran Ell.

"Aduh!" Abang Afi mengaduh sakit setelah terpijak sesuatu yang keras di lantai. Nina mengetap bibirnya ketakutan.

"Opsss... sorry..."

"Ish apa ni Nina, pagi buta dah buat sepah. Nasib baik abang yang terpijak, kalau Kak Ell? Hish!" Omel Abang Afi yang baru turun berjalan tidak memandang ke bawah dahulu.

Nina mencebik menebalkan bibir bawahnya.

Iman membuka pintu biliknya lantas Nina berlari bersembunyi di belakang Iman meminta perlindungan. Wajah Abang Afi ditenungnya penuh rasa benci.

"Kenapa ni Nina? Abang tu buat apa dengan Nina?" Tanya Iman mula naik angin.

"Dia--- dia marah Nina." Nina mula merengek sengaja berlakon mahu Abang Afi dimarahi.

"Kau ada masalah dengan aku takpayah libat budak kecik!" Bentak Iman menolak Abang Afi sehingga bergerak sedikit tubuhnya yang berdiri tegak tadi.

"Kau jangan melampau! Abang dengan adik sama je!" Tengking Abang Afi kembali naik ke bilik atas tidak mahu panjangkan lagi masalah ini. Ringan saja kaki Iman ini mahu kakikan lelaki tadi namun dia segera menarik nafas memaksa diri supaya bersabar.

Iman menemani Nina bermain di ruang tamu sementara menunggu Elleana menjelaskan apa yang terjadi semalam. Jenuh juga Iman asyik menjawab pertanyaan Nina apabila ditanya tentang kepulangan ibunya. Iman melihat pintu biliknya yang masih tertutup, merasakan isterinya terlalu lama dalam bilik di memutuskan untuk menyusul.

"Nina, kejap ye abang masuk tengok Kak Ell buat apa. Kalau abang tadi kacau, Nina jerit je biar abang tumbuk muka dia!" Usik Iman menggeletek adiknya membuatkan Nina tergelak.

Elleana sedang ralit mengeringkan rambut panjangnya menggunakan tuala tebal. Iman menunggu di katil dengan penuh tanda tanya membuatkan gadis itu mahu melambatkan sengaja mengambil telefonnya, dia taip sesuatu  terkedek kedek satu persatu. Tulisan tadi dia baca semula dari atas hingga ke bawah, perfect!

To Wana :
Wana sayang! Happy birthday. Maafkan aku tak datang sekolah, semalam pun tak sempat nak wish. Nanti aku jelaskan apa yang jadi. Hadiah kau nanti aku cari ye. AGAIN selamat harijadi yang ke 17. Dah besar jangan nakal tauuuu!

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now