Part Two

148K 7.2K 344
                                    

"Wasiat baba? Baba tak pernah pun cerita pada Ell dia ada kawan baik di Kuala Lumpur? Sekejap! Ell kan muda lagi maksu... maksu yakin ke wasiat baba tu suruh Ell kahwin masa umur Ell tujuh belas tahun?" Tanya Elleana bertubi-tubi kerana dia seakan tidak percaya. Kenapa baba buat wasiat macam ni?

"Iyaa Ell. Ell boleh ambil surat ni baca sendiri. Ell sanggup hampakan permintaan terakhir baba?" Suara maksu sayu membuatkan Elleana terus merampas lantas dibacanya.

Mata Elleana laju membaca surat yang ditulis oleh Farid. Sungguh tak masuk akal!

"Maksu, tahun depan kan Ell SPM. Macam mana?" Alasan klise ini terpaksalah dia guna untuk selamat dirinya.

"Hal kecik je Ell. Time belajar--belajarlah. Dalam masa yang sama tumpukan perhatian juga kepada suami." Maksu Fatihah mengangkat keningnya memberi cadangan.

"Ell-- bukan Ell taknak ikut. Maksu sendiri pun belum kahwin kan?" Elleana sengaja menukar topik tentang Fatihah yang belum berumahtangga sedangkan umurnya sudah mencecah 30-an lebih.

"Itu Ell jangan risau. Lepas Ell kahwin je Maksu janji Maksu cari jodoh and kahwin terus." Ujarnya nampak yakin dengan percakapan.

"Tapi Maksu-- Ell. Ya Allah... okaylah, Ell setuju." Keluh Ell panjang memikirkan sedalamnya setelah menghembuskan nafas. Mahu ditolak tak mampu, mahu diterima pula entah bagaimana hidup aku lepas ni...

"Good. Minggu depan family bakal suami Ell datang tengok Ell kat sini.  Jangan lupa pulak." Fatihah menyimpan surat itu kembali ke almari lantas memberi isyarat supaya Elleana kembali berehat.

Malam itu Elleana lansung tidak dapat melelapkan matanya. Sedih kehilangan babanya belum hilang lagi masalah lain sudah datang pula. Sekolah baru? Rumah baru? Suami...

Pagi itu Elleana bangun awal mencari maksu untuk berbincangkan sesuatu, bukan perihal kahwin tapi aktiviti cuti sekolah yang perlu dia isi. Tak seronok juga duduk berdiam diri tanpa melakukan apa apa kerja, dirumah ini sudahlah ada komandor yang asyik menjerit jika ada saja yang tidak kena. Semuanya serbi tak kena setakat ini.

"Maksu, Ell nak minta pendapat sikit. Sementara cuti sekolah sebulan ni, boleh tak Ell nak jual kuih? Ell boleh buat karipap, nasi lemak ke..." Ujar Elleana kepada Fatihah yang sedang menghidangkan bihun goreng ke dalam piring. Teh o panas dia tuang ke dalam beberapa cawan yang Elleana keluarkan daripada almark kabinet dapur.

"Boleh tu boleh Ell cumanya modal macam mana pulak?" Tanya Fatihah memandangkan dia sendiri sudah berhabis banyak buat menguruskan jenazah arwah abangnya kerana Fatma lansung tidak mengeluarkan satu sen pun duitnya. Fatihah harus memikirkan ke depan apatah lagi Elleana bakal memasuki alam persekolahan baru.

"Lah maksu janganlah risau sebab baba selalu bagi Ell duit poket dan Ell tak pernah makan dekat sekolah. Ell simpan sikit-sikit... sekarang adalah dalam RM 400. Cukup tak?" Tanya Elleana mengeluarkan duit kertas yang dia ikat menggunakan getah.

"Cukup sangat tu! Baguslah Ell pandai menabung muda-muda. Bila Ell nak mula cari bahan semua tu?" Fatihah menghirup air yang masih bersisa dalam cawannya.

"Harini? Ell boleh pergi sendiri takpun Abang Afi pun boleh teman." Elleana menghabiskan air teh O sebelum mencuci cawan ke sinki lantas mengambil keputusan untuk duduk di tangga luar rumah.

Bunyi burung berkicau dan angin segar sangat menyamankan. Elleana berulangkali menarik nafas dan menghembus kembali. Matanya masih bengkak menangis semalaman memikirkan betapa janggalnya ketiadaan satu satunya jantung hati. Kerinduannya pada arwah baba masih ada terpahat di hati. Selama ini dia hanya melihat reaksi orang sekeliling saja yang kehilangan orang tersayang namun kini dia mengerti perasaan kehilangan itu begitu sakit...

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now