Part Fifty Four

87.4K 4.6K 189
                                    

"Assalamualaikum!"

"Haa dah sampai tu, bukak pintu abang." Arah Makcik Yani yang masih sibuk menyediakan makanan di dapur.

Selesai mengosongkan ruang tamu untuk majlis tahlil malam ini, Iman terus masuk ke bilik untuk mandi dan tukar baju melayu. Wajah Elleana dipandangnya sesekali. Kenapalah nasib Elleana begitu? Tak! Ell tak malang. Semua ini Ujian dari Allah.

"Oh Kak Fatma, Afi masuklah. Fatihah dengan Fendi belum datang lagi. Lepas Isyak baru orang masjid datang. Masuk-masuk." Pelawa Dato Hamid menjemput tetamu istimewa masuk ke rumah.

Mata Abang Afi melilau mencari kelibat Elleana. Dato Hamid mempelawa mereka naik ke bilik atas supaya dapat berehat dan membersihkan badan. Nina dari awal sudah menjeling ke arah Abang Afi. Benci seakan lelaki itu pernah menyakitinya. Melihat Abang Afi mahu mendekatinya, Nina berpura pura sibuk. Dia telah berjanji pada diri sendiri mahu mengunci saja mulutnya.

"Kak Ell mana?" Tanya Abang Afi membongkok sedikit bertanya tentang Elleana sesuai yang diduga Nina.

"Kak Ell--- taknak bagitahu! Cari sendiri." Balas Nina menjeling tajam.

Eh budak ni, sah mengikut perangai abang dia.

"Afi angkat beg ni naik atas, mak nak tolong isteri Dato apa yang patut." Arah Makngah kepada anak lelakinya membuatkan dia segera menurut saja. Barangkali Elleana sedang menunggunya di atas.

Mendengar suara orang di luar, Iman terus keluar melihat siapa yang datang. Oh makngah, tapi--- takkan sorang je? Takkanlah si gatal tu tak datang?

"Segak betul Iman pakai baju melayu ye!" Puji makngah ketawa, sekali imbas iras juga dengan arwah anaknya si Arif.

"Mana adalah makngah. Biasa je, makngah nak Iman tolong apa-apa tak?" Iman melayani makngah dengan santun memandangkan hubungan mereka sangat baik.

Makcik Yani memandang sekilas kedua mereka. Kenapa cuma makngah ditanya? Kenapa tidak dia? Susah sangat ke nak terima aku sebagai pengganti arwah mamanya?

"Ell mana? Makngah tak nampak pun dari tadi. Tak apelah Iman, semua dah siap. Tinggal nak hidangkan je." Balas makngah tersenyum manis, tidak lagi bengis seperti dulu.

Sesungguhnya ini wajah yang sama dengan wajah pembengis dahulunya. Benarlah kata orang, setiap orang pasti berubah dengan usaha sendiri. Makngah yang sekarang sangat ceria dan lembut saja. Dato Hamid dan Iman saling berpandangan. Andai saja keluarga Elleana tahu dia hampir dirogol sudah pasti mereka akan menyalahkan Iman. Melihat Iman di bawah, Abang Afi terus menerpa dengan menepuk bahu Iman.

Dari mana pulak datangnya si gatal ni?! Ergh!

"Ell mana? Tak nampak pun." Tanya Abang Afi bersahaja.

"Ell mana ke nak buat apa ke, bukan urusan kau. Dia isteri aku." Jawab Iman mendatar sebelum masuk ke biliknya.

Wajah Elleana ditatap sayu, kasihan jika ditenung. Bibirnya biru akibat ditampar kasar oleh seorang penyangak itu. Matanya bengkak juga kerana asyik menangis pagi tadi. Jika diikutkan hati dan amarah Iman, pasti dia sudah bunuh sampah-sampah tadi namun dia sedar Malaysia ini masih ada undang-undang. Iman yakin sampah tadi pasti diberi hukuman yang setimpal.

"Iman..." Panggil Elleana setelah membuka matanya merasa sudah terlalu lama berehat. Usai dia dibantu Iman untuk membersihkan badan dan solat, Elleana kembali lena. Hanya dengan cara itu jiwa dia lebih tenang sekaligus dapat melupakan tragedi buruk yang menimpanya.

"Ye sayang? Awak sakit kat mana?" Ujar Iman panik mendekati Elleana lantas tangan gadis itu dipegang lembut. Entah bila panggilan itu berubah serta merta dan Elleana juga mampu menerima.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now