Part Sixteen

104K 5.1K 98
                                    

"Awal kau siap harini? Tak sabar nak jumpa Fariz?" Tuduh Iman melulu sambil membetulkan kolar bajunya. Rambut yang baru saja dikeringkan dia sikat supaya lebih rapi.

"Siap awal salah, siap lambat lagilah salah." Elleana menjeling tidak mahu bertekak pagi ini bimbang merosakkan suasana baik mereka pula.

"Eh sini kejap," panggil Iman melihatkan Elleana sudah mahu keluar daripada bilik.

"Apa? Kata dah lambat." Tak pergi derhaka pulak nanti. Apa kau nak ni Iman...

Wajah Elleana ditenung lama oleh anak mata Iman lantas satu senyuman manis dihadiahkan buat Elleana pagi ini membuatkan dia berdebar melayang bagai dalam alam dunia mereka sendiri. Semakin Iman tenung semakin dia malu, entah apa muslihat Iman pagi ini. Tolonglah hentikan semua ni Iman...

"Kau----kau buruklah!" Tudung sudah yang Elleana rapikan tadi ditarik semula oleh Iman.

Kurang ajar punya singa! Jahat!

"Cepatlah terhegeh-hegeh!" Lari Iman meninggalkan Elleana di bilik seorang diri membetulkan kembali tudung.

"Yee datang ni!" Elleana memakai kasut dengan pantas.

Tunggu hari pembalasan ye Iman!

×××××

"Cikgu baru dah datang!" Laung sorang pelajar lelaki berlari masuk ke dalam kelas. Pagi ini Iman malas mahu mengambil pusing keadaan sekeliling, yang dia risaukan adalah tugasan minggu ini akan dibahagikan buat pengawas lain.

Cikgu baru? Oh Cikgu Wati injured masa ajar pendidikan jasmani haritu!

Bunyi tapak kasut cikgu baru itu cukup mendebarkan seluruh pelajar dalam kelas itu termasuk Elleana. Hanya Iman saja yang kurang mempedulikan, apa masalahnya kalau cikgu tu tua dan garang? Pembelajaran tetap harus diteruskan juga. Bagaimanakah rupa cikgu baru itu? Garang macam Iman jugak ke?

"Selamat pagi cikgu!"

"Duduk. Harini saya taknak cakap banyak. Saya akan ganti cikgu awak yang injured tu sekaligus cikgu baru Bahasa Melayu."

"Boleh saya tahu nama cikgu apa?" Wana mengemukakan soalan tiba-tiba.

"Oh bagus soalan tu! Saya memang tunggu orang tanya nama saya. Panggil saya Cikgu Hadif. Umur saya---- rahsia. Belum berkeluarga dan single."

"Kenapa single yee? Saya tengok cikgu handsome je." Wana mencelah lagi tanpa segan silu.

"Muka cikgu macam actor Nazim Othman tau!" Suara seseorang kedengaran di belakang membuatkan Cikgu Hadif malu pula.

"Oh terima kasih untuk soalannya lagi cik wartawan. Kenapa single yee? Belum sampai masa jumpa jodoh lagi." Usik Cikgu Hadif lagi memerhatikan Elleana yang asyik tersenyum. Iman melihat dua manusia ini saling berbalas senyuman pula dan itu sememangnya menganggu perasaan!

Iman mencubit perlahan tangan Elleana yang masih bertentang mata dengan Cikgu Hadif. Bukan main lagi tongkat dagu bagai!

"Apa dia? Sakitlah!" Getus Elleana menggosok tangannya yang dicubit Iman.

"Kau tu gatal sangat, lupa status kau?" Sengaja Iman mengingatkan lagi jika gadis itu sudah terlupa.

"Aku tahulah... aku memang akan suka dengan mana mana cikgu Bahasa Melayu, matapelajaran kegemaran aku. Dia handsome tu kira bonuslah." Gelak Elleana kecil terkekek kekek sengaja buat Iman lebih panas disebelah.

Selesai saja sesi pembelajaran, Cikgu Hadif keluar daripada kelas membuatkan Iman berasa lega dan lapang namun kegembiraannya tidak bertahan lama apabila Cikgu Hadif kembali berpatah balik dan memanggil Elleana dan Wana. Lebih menyakitkan hati kedua gadis itu hanya menurut, Elleana tahu ini peluangnya!

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now