Part Sixty One

104K 4.7K 155
                                    

"Huh penatnya..." keluh Elleana mula merebahkan tubuhnya ke katil saat semua orang mulai pulang. Majlis tadi berakhir pada sebelah petang.

"Penat buat apa? Bukan awak yang kena angkat meja pun, lainlah saya. Kena paksa angkat kerusi meja." Cebik Iman meletakkan kepala di bantal, sebelah Elleana.

"Alah buat kerja tak ikhlas, sia-sia je tak dapat pahala tahu tak," Sindir Elleana kasar. Kedua mereka memandang ceiling dan kipas saja saat suasana mulai sunyi, tidak larat mahu bertekak.

"Tapikan lagi penat harini saya kena pegang pinggang orang tu je, lenguh jugak tangan ni." Perli Iman mengurut tangannya sengaja tunjuk kepada Elleana sambil senyum sinis.

Elleana mula memandang suaminya dengan pandangan geram. Kenapa mesti ungkit?

"Nak tidur kejaplah, nanti kejut Ell." Elleana memalingkan tubuhnya membelakangi Iman, dia masih memakai gaun tadi membuatkan Iman berfikir isterinya adalah jelmaan sleeping beauty barangkali.

"Alaa nak tidur..." Rengek Iman menjengah melihat Elleana, gadis itu benar sudah memejamkan mata terlena. Penat sangat agaknya.

Sampai hati tidur dulu, yelah tinggalkan suami kau ni sorang-sorang.

Cuti sampai hari selasa... nak bawak Ell pergi mana ye? Takkan duduk rumah je. Bosanlah! Bercuti? Haa idea yang bagus. Tapi, nak pergi mana? Oversea macam sekejap sangat cuti 3 hari kot. Dekat-dekat tu kat mana? Kelantan okay, banyak tempat menarik kot.

Elleana terasa seperti telinga ditiup-tiup kuat. Argh hantu mana pulak yang seru ni?!

"Elleana!" Iman memekik ditelinga Elleana kuat, nyaring betul!

"Hantu!" Jerit Elleana menolak suaminya jatuh dari katil menggunakan kekuatan kaki.

"Aduh... sakitlah!" Bentak Iman menggosok punggungnya. Elleana menerpa ke arah suaminya. Mereka berdua serentak ketawa terbahak-bahak sesama sendiri.

"Padan muka! Lain kali takutkan saya lagi. Saya tolak awak sampai depan pintu pulak." Ugut Elleana bangga diri mulai bangun berdiri berpeluk tubuh diikuti Iman.

"Awak tak kuat sayang. Saya kuat!" Ujar Iman terus menolak Elleana rebah ke katil, tubuhnya diatas masih menahan menggunakan sekuat tenaga tangannya. Mata mereka bertentangan sesama sendiri.

Ahh Iman... tak pernah fail buat aku jatuh cinta lagi dan lagi.

Ell mata kau, bibir kau, wajah kau semuanya menawan hati aku setiap hari.

"Saya--- nak mandi." Elleana menolak Iman kembali ke katil dan terus masuk ke bilik air sehingga dia terlupa mahu mengambil tuala. Sedar Elleana terlupa tuala mandi Iman kembali mengetuk pintu bilik air.

"Ye Iman sayang!" Ujar Elleana terlepas pula tatkala hatinya masih ketawa kegembiraan dalam hati.

Aihhhh malunya tersasul! Mengadanya kau Ell...

"Oh sayang terlupa tuala ni," sengaja Iman membalas menyindir Elleana yang terlepas memanggilnya sayang dengan memberikan tuala lantas pintu itu dia tutup sekali lagi.

Awwww! Kenapa kau comel sangat ni Iman!

"Ell, Ell... makin hari makin sayang." Tutur Iman masih berbunga hatinya. Dia terus membuka website untuk menempah tiket kapal terbang ke Kelantan. Kata orang pantai disitu sangat cantik, makanan pun sedap sedap! Nak lagi bagus baik sewa homestay atau chalet di kampung-kampung.

"Buat apa tu Iman?" Elleana menyergah suaminya yang nampak khayal memandang komputer riba.

Bau haruman sabun semerbak memenuhi ruangan bilik.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now