Part Fourty Two

87.6K 4.6K 246
                                    

"Iman---" Elleana memanggil Iman manja.

"Ni kenapa merengek ni?" Sindir Iman. Selalunya kalau Elleana manja begini adalah mahunya.

"Saja nak ajak kau berbual. Aku nak tanya, kenapa kau benarkan aku jadi Hazwani untuk Cikgu Hadif? Kau tak jealous ke?" Tanya Elleana menginginkan kepastian.

Iman termenung sejenak. Soalan Elleana soalan paling susah di abad ini. Kalau cakap jealous, Elleana kembang pula. Kalau cakap tak jealous, nanti dia ingat aku tak sayang dia. Haish! Apa aku nak jawab ni? Tak ada pilihan jawapan lain ke!

"Entah." Jawabnya sepatah.

"Itu je? Soalan aku panjang kot." Elleana memuncungkan bibirnya ke depan.

Elleana mengangkat telefonnya yang berbunyi. Panggilan daripada Cikgu Wati rupanya.

"Oh yeke? Alhamdulillah. Haa okay, okay."

Iman tidak melepaskan pandangannya walau sesaat. Menanti berita yang baru diterima oleh Elleana biarpun dia sudah dapat mengagak panggilan itu pasti tentang Cikgu Hadif.

"Ada apa Cikgu Wati sampai call malam malam ni?" Tanya Iman tak sabar lagi.

"Berita baik, Cikgu Hadif dah boleh keluar wad. So esok petang Cikgu Wati datang ambik aku pergi jenguk Cikgu Hadif kat rumah dia. Kau nak ikut tak?"

"Taknak aku! Mengadap muka orang yang---"

"Orang yang apa?" Elleana memotong ayat Iman.

"Tutup lampu, aku nak tidur." Arah Iman tidak mahu menyambung ayatnya. Selimut ditariknya menutupi separuh tubuh. Dia cuba bermuhasabah diri, memikirkan tindakannya membenarkan Elleana dianggap kekasih orang lain. Dayus betul!

Elleana memandang belakang badan suaminya. Dia teringin sekali mengusap rambut Iman sekarang namun dia tahu lelaki itu masih belum tidur. Perasaan sayangnya semakin menebal. Walaupun Iman garang segarang nama panggilannya 'Singa', hatinya tak mampu menafikan rasa itu. Entah bila perasaan itu hadir.

Terlalu muda ke untuk aku merasakan kemanisan cinta? Ramai yang bercinta diusia muda lalu apa perasaan terhadap abang Arif dulu? Cinta atau sayang?

Iman kembali memusingkan tubuhnya mengadap Elleana merasa hembusan nafas Elleana menyentuh lehernya. Gadis itu sudah tidur nyenyak, bulu matanya diusik oleh Iman. Bibirnya dipegang oleh Iman lembut perlahan. Kenapa ramai orang mesti sukakan kau Ell? Aku penat nak bersaing. Aku nak kita hidup normal sebagai suami isteri muda.

Salah kau jugak Iman. Ego mengalahkan apa. Kesian Ell tak habis-habis kena marah. Bila lah angin kau nak okay kan? Sleeping beauty pun tak secantik kau Ell.

×××××

Elleana membuka matanya merasa tangan ini bagai dirantai oleh seseorang. Rupanya Iman memeluk erat tangan dia, wajah lelaki itu dia tenung. Indahnya setiap pagi sentiasa melihat wajah ini dahulu, terasa hilang segala masalah. Bebanan di kepala lesap entah kemana saat wajah comel itu menakhluki carta di atas. Mata Elleana beralih memandang jam di dinding, sudah pukul enam setengah!

"Iman! Dah lambat!" Tangan Elleana menggoncang tubuh lelaki itu.

"Ya Allah, kau tak set jam ke semalam. Ish!" Iman terus bangun dalam keadaan marah, serabut! Elleana dilihatnya sudah berlari ke bilik air dahulu.

Eh! Kata nak kurangkan ego? Tarik nafas, hembus... jangan marah Ell. Senyum Iman...

"Kau dah kenapa senyum? Tadi marah cakap dah lambat!" Ujar Elleana hairan setelah keluar dari bilik air, bukannya nak cepat tapi sengih macam tak betul. Suaminya dirasuk apa pagi ini?

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now